6 4.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI
GARIS PANDUAN UMUM
Secara umum, pembangunan di kawasan tanah bukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya perlu mematuhi garis panduan umum. 4.1
Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipelihara Kawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai tanah bukit di bawah peruntukan Bahagian II, (Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960) (Akta 385) (Disemak 1989);
Kawasan yang mempunyai kepentingan geologi yang telah dikenal pasti atau diwartakan sebagai kawasan kajian atau penyelidikan; Kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi sumbersumber mineral yang penting tetapi mempunyai kesan risiko yang tinggi; Kawasan yang terletak kawasan tadahan air;
di
Kawasan yang mempunyai nilai sejarah, daya tarikan pelancongan dan kepelbagaian biologi yang tinggi;
Contoh : Kawasan tanah tinggi yang mempunyai nilai sejarah dan daya tarikan pelancongan perlu dipelihara.
Contoh : Kawasan tadahan air perlu dipelihara kerana ia merupakan sumber bekalan air bersih negara di samping menjamin kemampanan alam sekitar.