GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Warisan Semulajadi dan Antikuiti

Page 13

1

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

1.

Relik Arkeologi

SKOP

1.1 Definisi Kawasan Tapak Arkeologi Definisi Di Bawah Seksyen 2 , Akta Warisan Kebangsaan, 2005 Monumen

Kerja senibina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains

Objek Warisan

Sesuatu objek yang diisytiharkan di bawah s49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51 sebagai objek warisan

Tapak Warisan

Sesuatu tapak termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan semulajadi, monumen atau bangunan di atas tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab arkeologi yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24

Rizab Arkeologi

Suatu kawasan yang di dalamnya relik arkeologi terletak

Mana-mana mendapan arkeologi atau artifak, peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi dan berusia lima puluh tahun atau lebih.

1.2 Kawasan Tapak Sebagai KSAS

Arkeologi

Tapak Arkeologi mempunyai peninggalan sejarah purba yang mempunyai nilai warisan yang tinggi. Kebanyakan tapak arkeologi mudah terganggu oleh faktor alam seperti iklim dan aktiviti pembangunan. Maka adalah penting supaya tapak arkeologi ini dipulihara dan diintegrasi dengan pembangunan.

Foto 1 : Candi sebagai rizab arkeologi

1.3

Kategori Tapak Arkeologi Sebagai Bernilai Warisan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Warisan Semulajadi dan Antikuiti by R&D, JPBD - Issuu