10
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) DATARAN BANJIR, TANAH LEMBAP, BEKAS LOMBONG, TASIK DAN SUNGAI
1.
SKOP
1.1
Definisi Tanah Lembap (WETLANDS)
GP ini meliputi tanah lembap yang didefinisikan oleh Konvensyen Ramsar atau Konvensyen ke Atas Tanah Lembap sebagai “…areas of marsh, fen, peatland or water, whether natural or artificial, permanent or temporary, with water that is static or flowing, fresh, brackish or salt, including areas of marine water the depth of which at low tides does not exceed six metres”. Secara umumnya, tanah lembap didefinisikan sebagai „tanah yang ditenggelami (submerged) atau ditembusi (inundated) air sepanjang masa atau sebahagian masa sahaja‟. GP juga meliputi kriteria pengenalpastian tanah lembap yang berkepentingan antarabangsa.
1.2
Kawasan Tanah Lembap (WETLANDS) Sebagai KSAS
Tanah lembap merupakan habitat penting kepada pelbagai kehidupan flora dan fauna. Tanah lembap seperti Tapak Ramsar mempunyai kepentingan antarabangsa dan nilai warisan tinggi. Tanah lembap seperti tanah gambut mempunyai risiko bencana alam sekitar akibat pemendapan, kebakaran atau kejadian banjir sekiranya dibangunkan tanpa kawalan. Penukaran guna tanah lembap boleh menyebabkan kehilangan fungsi sokongan hidup terutama dari segi kepelbagaian biologi atau kehilangan kawasan yang mempunyai nilai warisan tinggi. Justeru, kawasan tanah lembap dikategorikan sebagai KSAS di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup, nilai warisan dan berpotensi sebagai kawasan risiko bencana.
GP ini menetapkan fungsi kawasan tanah lembap di dalam konteks KSAS.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia