1 Peneraju
2
3
4
5 6 Mesej Pengarah Artistik Mesej Penerbit
Sinopsis “Rintik”
Sinopsis Karya
Penghargaan
Dalam usianya yang menjangkau tujuh dasawarsa, Perkumpulan Seni (PS) tetap bersemangat untuk memartabatkan seni untuk masyarakat.
"Rintik" adalah pementasan yang mengetengahkan barisan anak seni kita yang gigih mendukung warisan bonda.
Sememangnya menjadi harapan kami sebagai peneraju PS, sebagai salah sebuah badan kesenian mapan Melayu, untuk menzahirkan dan menyuburkan kecitraan seni Melayu dengan beralaskan jati diri bangsa yang menyantuni peninggalan leluhurnya.
Pementasan kali ini, biarpun hanya di sebuah ‘ruang’ berbanding dengan sebuah ‘pentas’ seperti mana di zaman kegemilangan PS dahulu, berani kami nyatakan, “Rintik” di Black Box @ Goodman Arts Centre kali ini berjaya menampilkan karya-karya tarian baharu daripada generasi pelapis PS.
PS amat berhati-hati dalam memilih para pelapisnya –makanya, tenaga pakar dan lebih berpengalaman masih terus diperlukan demi memastikan mutu persembahan PS sentiasa terjaga. Komitmen saudara kembar, Mohd Kamal dan Mohd Kamel Ridzuan dalam membentuk identiti tarian PS wajar diiktiraf. Penglibatan Dr. Noramin Farid selaku penerbit juga merupakan penghubung kukuh yang penting antara generasi.
PS sangat mementingkan kesinambungan demi memastikan ia kekal teguh.
Genre seni yang lain seperti nyanyian, puisi, pantun dan drama diterapkan kali ini, agar penonton diingatkan bahawa PS masih meneruskan perjuangan seni dari pelbagai sudut.
Dalam mencari pelapis aktivis drama, Saudara Yusoff Maruwi terus memainkan peranan mempergiat seni lakonan dan drama.
n untuk PS terus am melayari arus datang. aris
KAMEL RIDZUAN
Lumrah manusia memang suka percaya dengan apa yang nampak di mata. Sukar untuk terima sesuatu yang tersirat. Belajarlah menilai dari yang tersurat dan tersirat. Rintik, cinta dan kehidupan adalah sebuah persembahan yang boleh diambil sebagai pengajaran. Rintikan cinta yang mengalir dalam dada mengungkapkan rasa cinta pada masyarakat dan budaya. Jiwa dan raga menjadi taruhannya. Pengorbanan demi pengorbanan dan perjuangan yang penuh dengan ketabahan melimpah dalam kehidupan Perkumpulan Seni masakini. Terungkaplah karya-karya seni dengan pelbagai idea, corak, gerak langkah dan rasa. Seni pantun, drama dan puisi antara juadah yang boleh dinikmati dan dipelajari. Dalam hati ada jiwa, dalam jiwa ada rasa. Menikmatilah keindahan dengan rasa syukur dan cinta.
DR. AMIN FARID (SOULTARI)
Anggaplah ‘Rintik’ itu sebagai permulaan kehidupan, menghadirkan makna cinta yang
menyentuh di setiap sudut kehidupan. Cinta itu berlandaskan tekad untuk saling memahami dan membantu sesama insan. Dalam suka mahupun duka, cinta hadir untuk saling menghiburkan dan mengubah kesedihan menjadi kebahagiaan.
Begitulah rasanya cinta yang mencipta keindahan dan membawa keharmonian dalam perjalanan hidup.
KAMEL RIDZUAN
Hidup mendongak langit sambil mendabik dada hanya akan membawa kepada kerugian. Akan lebih baik jika berdamai dan merai kelebihan sesama sendiri. Sifat riak pasti wujud dalam diri manusia jika tidak peka dengan apa yang di depan mata. Seseorang itu hanya akan celik mata dan hati apabila bekerjasama dengan orang lain.
MUHAMMED IZWANSYAH
Kebahagiaan menguasai hati Hajjah Normah
Dasuki apabila dikurniakan empat cahaya mata, menantu dan cucu-cucu sekali gus dianugerahkan Ibu Teladan 1998. Ketika diwawancara wartawan, beliau berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal yang telah melalui asam garam kehidupan. Kejayaan ini menjadi inspirasi dan teladan yang berharga bagi masyarakat.
YUSOFF MARUWI
Cinta Normah terhadap kekasihnya, Hamzah, putus di tengah jalan apabila Normah terpaksa bertunang dengan sepupunya, Jabbar.
Bak pepatah “kahwin dahulu, cinta kemudian”, awal perkahwinan bermula dengan penuh debaran meskipun ada hati yang hampa, melihat kekasihnya menjadi tunangan orang lain.
YUSOFF MARUWI
Jika masaku di dunia hampir tamat, Aku ingin bersamamu.
Jika pesta imaginasiku sudah berakhir dan
masa kita di bumi kian habis, Aku ingin tetap di sisimu.
‘Kan aku dakap erat tubuhmu seketika dan akhiri masaku di dunia nan sementara ini dengan senyuman
Moga kita berjumpa lagi di hidup selanjutnya wahai sayang..
LUQMAN NURHAKIM
Gelombang cabaran melanda secara tiba-tiba menyebabkan mahligai Normah punah selamanya. Dia terpaksa membesarkan anakanaknya yang masih kecil seorang diri. Namun, berkat semangat wajanya serta sokongan daripada ibu bapa Normah, mereka akhirnya mencapai kejayaan dalam kehidupan. Secara ringkas, Hamzah, bekas kekasih Normah, kembali dalam episod hidupnya setelah sekian lama. Bagai biduk berlalu, kiambang bertaut, mungkinkah cinta mereka kembali gelora?
YUSOFF MARUWI
MUHAMMAD SA’ED
Hidup ini bak kitab jiwa di mana setiap insan
yang hadir menjadi lembaran bermakna dalam kisah kita. Setiap babak menyulam suka, duka serta kenangan abadi.
Namun, seperti angin yang membawa musim, setiap bab menghitung detik akhir.
Meski berat melepaskan, kita harus cekal menyelak halaman baru sambil menyusuri takdir seterusnya.
KAMAL RIDZUAN
Puisi dan Tarian Rintikan Gelombang Kehidupan ini adalah sebuah karya yang menggambarkan perjalanan hidup melalui metafora rintik hujan dan gelombang laut.
Setiap rintik hujan melambangkan harapan dan renungan, membawa kenangan akan masa lalu. Sementara gelombang menggambarkan pergerakan dan perubahan yang tidak terhindarkan.
Kisah ini meneroka tema pertumbuhan, kehilangan dan penemuan diri sambil belajar untuk menghargai setiap perjalanan hidup baik suka mahupun duka.
Perjalanan kisah ini menegaskan bahawa di sebalik kesulitan, terdapat pelajaran berharga yang membawa kita lebih dekat kepada diri sendiri dan kepada kehidupan yang lebih bermakna.
Siapakah diri anda sebenarnya? Adakah anda benar-benar mengenali diri sendiri?
Jika ya, baguslah. Jadikanlah sketsa ini sebagai peringatan. Jika tidak, mari kita temukan jawapannya bersama-sama.
NURI HAQIRAH
Kumpulan Artistik
Penerbit
Dr. Noramin Farid (Soultari)
Pengarah Artistik
Mohd Kamel Ridzuan
Pereka Tari
Mohd Kamal Ridzuan
Luqman Nurhakim Azlan
Muhammed Izwansyah Bin Rahimat
Muhammad Sa’ed Bin Abdul Fattah
Nuri Haqirah Binte Mohamed Hazmi
Pengarah ‘Gelora’ (Drama)
Yusoff Maruwi
Pengurus Pentas
Norisham Osman
Pereka Kesan Pencahayaan
Fadlin Faladino
Muhammad Sa’ed Bin Abdul Fattah
Mira Zaffira Binte Mahmood
Nur Amelina Binte Ayub
Luqman Nurhakim Azlan
Jurugambar/Video
Hasan Dailami
Kumpulan Pemasaran
Penari
Ainin Alfiyani Bte Jailani
Azyan Amelya Bte Azman
Fatin Hazira Binte Mohamad Juffery
Laila Qasdina Binte Sumadi
Luqman Nurhakim Azlan
Mira Zaffira Binte Mahmood
Muhammad Nazree Bin Nasrul
Muhammad Sa’ed Bin Abdul Fattah
Muhammed Izwansyah Bin Rahimat
Muhammed Syafiq Bin Rahimat
Nur Amalina Bte Abdul Rahman
Nur Amelina Binte Ayub
Nur Firzah Binte Afandi
Nuri Hafiqah Binte Mohamed Hazmi
Nuri Haqirah Binte Mohamed Hazmi
Nur Liyana Maisarah Binte Ibrahim
Nur Maisarah Binte Abdul Malek
Nur Maisarah Bte Muhd Redzwan
Nur Syafikha Bte Rahimat
Nurul Atiqah Bte Abdul Halim
Siti Nur Aishah Binte Mazlan
Rena Shafiqah Binte Rosmadi
Pelakon ‘Gelora’ (Drama)
Khadijah Abd Kadir
Nor Hazlinda Basiran
Nur Aza Musa
Rosma Othman
Zainal Mohamed
Zainudin Ihim
Zurianah Rajmat
Zuremi
Pemantun
Shahril Samri
Pembaca Puisi
Muhammad Irsadi Munaris
Penyanyi
Nurul Syafiqah Binte Mohd Muhdi
Penasihat
Dr Uztaz Shariff Shahar
Ketua II
Chairul Fahmy Hussaini
Setiausaha
Zarina Munaris
Bendahari
Masuniati Maswari
Penyelaras Rekreasi & Keahlian
Ramlan Rasidi
Penolong Penyelaras Rekreasi & Keahlian
Muhammad Dzulhairee Supratar
Juru Audit Dalaman I
Norhayat A Rahman
Juru Audit Dalaman II
Juraidah Abbas