TOKOH NEGERI JOHOR

Page 1

TOKOH PEMIMPIN JOHOR:Tun Hussein Bin Dato’ Onn


BIODATA SENDIRI NAMA:YAP ZHAN RUI KELAS:6A ALAMAT E-MAIL:zhanrui24@hotmail.com NAMA SEKOLAH:SJK(C)FOON YEW 5 ALAMAT SEKOLAH:Jalan Mutiara Emas 4/19Taman Mount Austin,81100 Johor Bahru.


BIODATA TOKOH PEMIMPIN  Nama tokoh : Tun Hussein bin Dato’ Onn  Tarikh lahir : 12 Februari 1922  Tempat lahir : Johor Bahru, Johor  Merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn Jaafar  Tarikh meninggal dunia : 29 Mei 1990  Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga  Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan"


PENDIDIKAN TOKOH  Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.  Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.  Beliau dihantar ke Maktab Tentera Sanghurst, di Dehradun, India pada tahun 1941.  Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.  Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.


KERJAYA TOKOH

 Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru  Beliau kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British.  Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung.  Beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.


SUMBANGAN TOKOH  1970. Memajukan Kementerian Pelajaran semasa menjadi Menteri Pelajaran  1974. Menekankan konsep Rukun Tetangga  1975.Mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan bersenjata Malaysia  1976. Menubuhkan PEMADAM  1978. Meneruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru)  1981. Melancarkan Rancangan Malaysia Keempat dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)  1983. Menjadi pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat Petronas  1986.Menubuhkan Hospital Mata Tun Hussein Onn


NILAI KEPIMPINAN  Beliau mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.  Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.  mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di sekelilingnya.


KESIMPULAN  Kesimpulannya, kita semua haruslah menerapkan sifat nilai murni dan semangat patriotik dalam diri kita agar kita semua dapat hidup dalam keadaan yang aman.  Selain itu, kita mestilah mempelajari semangat Tun Hussein Onn iaitu semangat perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum.


SUMBER RUJUKAN 1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn 2. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-hussein-bin-dato-onn.html 3. https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn 4. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-perlu-ada-pada-pemimpin


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.