
1 minute read
Konvokesyen KKYS
Seramai 218 graduan pelbagai bidang menerima diploma/sijil masing-masing daripada Menteri Pembangunan Luar Bondar don Keusahawanan, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran dalam majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Komuniti Yayasan Sabah [KKYS] pada 28 Oktober, 2000 di Auditorium Yayasan Sabah.
Kesemua graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing selama 1 hingga 2 1/2 tahun dalam program Binaan & Bangunan, Teknologi Automotif, Teknologi Kayu, Autobody, Upholsteri, Kewartawanan, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Pengurusan Pejabat don Perhubungan Awam.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nasir menyeru para graduan agar mempertingkatkan ilmu don kefahaman dalam bidang teknologi maklumat sejajar dengan perkembangan semasa era siber.
"Adalah diharapkan para graduan akan menjadi pendukung kedaulatan negara dengan menanam semangat cintakan negara", tambahnya lagi. Beliau juga menegaskan Kerajaan Negeri melalui kementeriannya sentiasa mencari jolon untuk membantu mempertingkatkan taraf usahawan muda dengan memperkenalkan pelbagai skim latihan serta dona.
Sementara itu Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Mohd Tahir Jaafar dalam ucapan alualuannya menyatakan semenjak 10 tahun penubuhan KKYS, seramai 1,072 graduan telah menamatkan pengajian di kolej tersebut.
Beliau menambah bahawa yuran pengajian yang dikenakan merupakan paling minimum di samping kaedah pembayaran yang fleksibel.
1>-I Datuk Nasirmenyampal syabas. I jarsalah seorang pe a 'kan diploma kepada
KEM WAKTU CUTI YS
Seramai 250 orang pelajar dari lapan buah asrama Yayasan Sabah di seluruh negeri ini telah mengikuti program perkampungan/kem waktu cuti sekolah di SMK Lohan, Ranau bermula dari 30 Ogos hingga 3 September lalu. Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Mohd. TahirJaafar.
Sempena program ini. 13 keluarga dari Kg. Lohan Ulu mengambil 68 orang pelajor sebagai anak angkat.