
1 minute read
MESSAGE FROM MINISTER OF MEDAC
YB TAN SRI HAJI NOH OMAR

Advertisement
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives) Saya merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Yayasan Usahawan Malaysia yang berjaya menganjurkan SME and Entrepreneurs Business Award 2021 (SEBA21). Pengiktirafan yang diberikan oleh Yayasan Usahawan Malaysia kepada usahawan yang telah berjaya menempatkan nama di dalam industri serta berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringikat antrabangsa adalah satu usaha yang baik untuk disokong bersama.
Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh Yayasan Usahawan Malaysia ini, ianya membuktikan bahawa usahawan mampu berjaya dan bersaing secara sihat dan profesional dalam bidang serta kemahiran yang tertentu. Saya percaya ini adalah permulaan yang baik untuk menempuh cabaran menjadi seorang yang berjaya dan dikenali suatu hari nanti.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yakin visi dan misi dalam mencapai konsep bangsa usahawan akan berjaya dengan kerjasama dan semangat kebersamaan pelbagai latar selari dengan konsep Keluarga Malaysia.
Saya mewakili Keluarga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersatu memulihkan ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat Covid-19. Semoga usaha yang dilakukan oleh Yayasan Usahawan Malaysia ini akan terus manjadi pemangkin kejayaan kepada usahawan lain untuk berjaya mengemudi usaha yang telah dijalankan.
Sekian, terima kasih.
