
1 minute read
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MENBENTUK PERPADUAN
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
Advertisement
PUNCA SUKAN MASIH GAGAL MEMBENTUK PERPADUAN
Secara amnya rakyat Malaysia menggamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang,tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan kawankawan.Bagi generasi muda sekarang,ramai masih bersukan atau beriadah mengikut kaum masingmasing,tanpa menghiraukan kaum yang lain.Ini dapat dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MENBENTUK PERPADUAN
Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.Selain itu,Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.Di samping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain.
3