1 minute read

KESIMPULAN

Kesimpulannya,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

4

Advertisement

This article is from: