e-Buku Panduan Usahawan (Bantuan Kewangan &Sokongan Perniagaan)

Page 151

e-Buku Panduan Usahawan 2015 Keterangan Definisi Tanah Terbiar “Tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut.” Penentuan Lot Tanah Terbiar 

Penentuan lot tanah terbiar yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian adalah mengikut kaedah spatial berasaskan padanan data guna tanah dengan peta kadaster. Maklumat yang diperolehi seterusnya dibuat verifikasi di peringkat lapangan bagi menetusahkan lot tanah terbiar.

Bagi tahun 2014, Jabatan Pertanian telah mengenalpasti seluas 119,273.38 hektar tanah terbiar yang melibatkan 69,734 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengenalpastian Pemilik Tanah 

Berdasarkan maklumat nombor lot dan keluasan tanah terbiar yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh membuat carian rasmi di Pejabat Tanah bagi mengenalpasti pemiliknya.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

Page 140


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.