Catatan Allahyarham Ayahanda

Page 1

YUSOF MAT SAH PERINGATANKU DALAM BERKELUARGA SUKA DAN DUKA TARIKH 14 November 69 – 16 Mac 88

Peringatan Penting

1. Aku berkahwin dengan Wan Salamah Wan Ahmad pada 14/9/67, bertempat: di rumah Ayah Haji 180 Jalan Haji Wan latif, Jerteh, Besut, Terengganu.

2. Umurku pada masa 37 tahun dan umur Wan Salamah 27 tahun. Beliau pada masa telah di buang kerja oleh kerajaan Perikatan negeri Terengganu. Dengan persetujuan bapa saudaranya Haji Wan Abdul Latif kerana sebab-sebab politik khas.

3. Wan Salamah Ahmad meninggal dunia pada 16/3/1988 jam 1.00 tengahari di rumah kakaknya: Ustaz Haji Wan Hassan Padang Luas, Jerteh.

4. Dan meninggalkan anak-anaknya :1. Kamaluddin Yusof – belajar di Ittifakiah, Jerteh – terus belajar di persiapan 2. 3. 4. 5.

UIA Kuala Lumpur. Muhamad Zahid Yusof – belajar Darul Quran Rusila. Jamaliah Yusof – belajar di Madrasah al-Saniah Pasir Puteh. Majdah Nasri Yusof – Sekolah Kebangsaan Padang Luas Ahmad Saifuddin Yusof – Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh.

5. Harta yang ditinggalkan kepada anak-anaknya :1. ½ ekar dekat Pusat Tarbiah 2. Sebuah rumah murah Seberang Jerteh. 3. ½ ekar tanah padi – Bukit Awang 4. 1/3 ekar tanah dusun di Bukit Awang.

1. 2. 1. 2. 3. 4.

Aku menghadapi masalah yang sukar di atas olehku sendiri :Ibundaku sudah tua – hidup dikampung yang tidak seperti masalah-masalah anak cucu di zaman moden ini. Setelah isteriku meninggal dunia – sukar bagiku untuk mencari ganti kerana beberapa perkara di atasnya :Aku mempunyai 5 orang anak. Aku orang miskin, tidak punya kekayaan – untuk memberi kemewahan kepada wanita zaman sekarang. Aku seorang yang tidak dapat memisahkan diri dengan alam politik – tanahair Malaysia. 2 perkara yang tidak disenangi oleh wanita dalam dunia ini, ialah : (1) anak tiri. (2) Bermadu.


5. Ramai wanita yang ku lihat – ku fikir tidak sesuai dengan keadaanku sendiri 6. Ku telah buat analisa dari agama Islam – jika kita tidak kahwin – maka kita tidak masuk neraka, akan tetapi jika rosak tarbiah anak-anak maka masuk neraka.

3. Ku sedar bahawa rezeki melalui seorang isteri yang baik – sukar hendak jumpa wanita yang baik – ada wanita yang ku sangka baik untukku, mereka sangka buruk padaku. Dan mereka mempersoalkan soal anak-anakku wanita seperti ini adalah hati kurang suci serta tidak ikhlas dalam jiwa – dan tidak ada akhlak Islam dalam jiwanya. 4. Ku akan cari wanita dusun yang agak terpelajar – yang lebih suci jiwanya dari wanita kota/Bandar – yang terpengaruh dengan alam barat/keduniaan. 5. Ada sahabat-sahabat wanita di Besut ini – memandang hina kepadaku. Kerana aku orang miskin, masalah ini tidak ada dalam kepalaku, yang ada dalam kepalaku hanya perintah Allah sahaja. Perhiasaan dunia yang tidak menuju kepada keredhaan Allah ku anggap palsu dan syaitan. Riwayat Hidupku

1. Aku dilahirkan di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1930 (lebih 1 kurang)

2 2. Ayahku nama : Mat Sah-Awang Mat, dan ibuku nama : Limah-Puteh ( ).

3. Aku mempunyai 6 beradik 2 perempuan 4 lelaki, nama-namanya : 1. Yusof Mat Sah (aku sendiri) 2. Sulaiman Mat Sah (telah meninggal terlebih dahulu) 3. Mek binti Mat Sah 4. Daud-Mat Sah 5. Abdul Wahab-Mat Sah 6. Hafsah-Mat Sah 4. Aku tidak belajar di sekolah Melayu kerana kesukaran zaman Jepun. 5. Pada tahun 1946 aku mula belajar di Madrasah Jami’ah Ittifaqiyah Jerteh besut dan berhenti belajar di Jerteh pada tahun 1949 dalam darjah tiga.

6. Pada tahun 1951 aku melanjutkan pelajaranku di Madrasah Amir Indera Putra di Beris Kubur Bachok Kelantan. Aku masuk belajar dalam darjah tiga (3) dan tamat darjah lima (5) di sekolah tersebut. 1953.

7. Pada tahun 1954 ku melanjutkan pelajaranku ke Madrasah : Jami’ Merbau kota Bharu (sekarang Maahad Muhammadi). Aku masuk belajar dalam darjah 6 dan berhenti dalam darjah 7 ( 1956 ( ‫الفصل السابع‬.


8. Pada 4/8/1957 jam 7.00 pagi, ku bertolak dari rumahku belayar ke Indonesia kerana melanjutkan pelajaran tinggi di sana. Sahabat-sahabat yang belayar bersamaku ialah terdiri daripada :1. Abdullah Ahmad – Pak Badol 2. Abdul Kadir-Abdul Rahman – Pak Badol 3. Daud Haji Ya’kub : Pak Badol 4. Daud-Salleh – Pasir Mas. Menaiki keretapi ekspress dari Kuala Krai – ke Singapura – pada 5/8/1957 jam 7.00 pagi sampai di Singapura – disambut oleh saudara Arifin Yahya. Sekarang bekerja di pejabat Kota Bharu. Pada 6/8/57 jam 6 petang ku dan kawan-kawan, belayar ke Indonesia menuju Jakarta dengan kapal laut bernama : (MARODO). Pada 8/8/1957 jam 7.00 pagi ku dan kawan-kawan menaiki keretapi menuju ke tempat pelajar Jogjakarta Indonesia jam 7.00 petang sampai di Jogjakarta disambut oleh para pelajar Melayu yang sedia ada di Jogjakarta pada masa itu, lelaki-lelaki dan wanita.

9. Pada tahun 1957 (setelah merayakan Hari Kemerdekaan) ku mulai belajar di Madrasah Menengah Tinggi (MMT) Jogjakarta, sebagai persiapan untuk satu tahun. Bagi melayakkan diri untuk belajar di mana-mana universiti Indonesia. Dalam pertengahan Ogos 1958. Ku melanjutkan pada Akademi Agama Islam, Surakarta/Kota Solo Indonesia. Yang menjadi dekan Profesor Hasbi Ash-Shiddiqiey.

10. Pada tahun 1959, tahun PAS memerintah Kelantan, ku dicuba oleh Allah dengan sakit yang amat berat, ku _________ tidak sedar diri di Hospital Jogjakarta ke mengalami kekurangan darah dalam badanku. Dengan pertolongan kawan-kawan wanita menderma darah mereka untukku. Teman wanita yang paling banyak darah kepadaku ialah : Saudari Maimunah-Ali (dari Temerloh, Pahang). Telah kahwin di Jakarta sekarang telah mati di Jakarta. Teman wanita yang selalu menziarahiku di hospital ialah Saudari Nafisah-Daud berasal dari Machang, Kelantan dan teman wanita lain selalu pergi juga.

11. Ku belajar di Akademi Agama Islam Surakarta itu, pada mulanya yang belajar bersamaku hanya 4 orang sahaja iaitu :1. Ku sendiri. 2. Saudara Ishaq Abdullah – Temerloh Pahang. 3. Mukhlis Farmawi – Sabak Bernam 4. Saudari Zainab Saleh – Kota Bharu Kelantan (sekarang penjaga asrama pelajar wanita Nilam Puri)

12. Pada tahun 1962 ku tamat pelajaranku dengan mendapat : Sarjana Muda (B.A) dalam jurusan Syariah. Pada 25/10/62 ku bersama saudara Ishaq Abdullah belayar balik tanahair dengan menaiki kapal terbang Garuda Indonesia Airways. Dari __________ Jakarta – terus ke


Singapura jam 3.30 petang disambut oleh sahabat baik di Singapura : Saudara Ahmad Far’i Basrah Street Singapura. Setelah ku berada di Kelantan – terus dalam bidang politik.

13. Pada awal tahun 1963 aku diminta oleh Saudara Amaluddin Darus pegang Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia pada masa itu. Supaya pegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan. Tetapi ku menolak kerana ku diminta oleh Saudara Muhamad Daud Abdul Samad (al-Marhum) supayaku bertugas dalam negeri Terengganu untuk kembangkan PAS. Pada awal tahun 1963 ku dilantik memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Besut dan dilantik juga ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Suka dan Duka Dalam Politik

1. Sejak awal tahun 1963 ku bergerak terus dalam parti PAS dalam kawasan Besut dan seluruh negeri Terengganu bersama sahabat karibku :1. Saudara Husin Jusoh 2. Saudara Hussein Uthman 3. Luqman Abdul Kadir 4. Saudara Daud Abdul Samad dan isterinya Fatimah Ismail. 5. Ayahanda Haji Hamzah-Idris 6. Saudara Muhammad Said 7. Dan para sahabat yang lain.

2. Pada tahun 1964 (25 April 64) ku diberi peluang oleh pejabat agung PAS Malaysia, menjadi calon Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, lawan calon Perikatan Zakaria Muda. Ku kalah dengan angka 380 undi. Pada tahun 1966 ku dilantik menjadi Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Malaysia hingga tahun 1968.

3. Pada tahun 1969 ku sekali lagi diberi peluang oleh pejabat agung PAS Malaysia, untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri Kawasan Setiu, Besut, Terengganu. Tetapi malangnya pada waktu itu ada kumpulan pemuda PAS Besut menentang aku menjadi calon di Setiu. Kumpulan penentang ini terdiri daripada : 8. Daud Majid 9. Abdul Latif Muhamad 10. Abdullah Noor


11. Muhamad-Jusoh (Setimat) 12. Rahmad Abd Rahman (guru di Sabah) Mereka mengadakan perarakan pergi berjumpa Dato’ Muhammad Asri Pemangku Yang Dipertua Agung PAS pada masa itu, jahatnya pemuda pada waktu itu. Penentangan mereka tidak diberitahu kepada PAS kawasan Besut, apabila ku dan PAS kawasan tahunya penentangan pemuda terhadap calon kawasan Setiu. PAS kawasan mengadakan mesyuarat Jawatankuasanya untuk menentukan calon Setiu. (Pada 24/4/ 69) dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS kawasan itu, ku menolak untuk menjadi calon Dewan Negeri Setiu untuk diberikan kepada Abdul Latif Muhamad kerana beriya-iya hendak menjadi calon.

4. Pada tahun 1968 – 1982 ku memegang jawatan Setiausaha kawasan Besut, sekira ku pegang jawatan itu, ku dapat kenal sahabat dan musuh dalam politik PAS. Ku kenal siapa pengkhianat kepada PAS Besut. Ku berani ramalkan bahawa jika golongan khianat pegang PAS, tentu PAS akan hancur (lihat sahaja).

5. Pada tahun : 1. 1966 ku dilantik Pengerusi Politik PAS Negeri Terengganu. 2. 1968 ku dilantik menjadi Pengerusi Penerangan PAS Negeri Terengganu. 3. 1966 – 1980 – dilantik menjadi Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu dan Pusat.

4. 1973 – 1976 dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Bandaran Besut. 6. Pada tahun 1983 -1986 ku mulai ditentang hebat oleh kumpulan Abdul Latif Muhamad. Ku mulai mengundurkan diri dari arena politk PAS Besut dan negeri Terengganu dan pada tahun 1987 – 1991 ku dilantik memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh, Pasir Puteh Kelantan tempatku lahir dan keluargaku. Pada tahun 1991 – 1993 ku dilantik memegang jawatan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS kawasan Pasir Puteh.

7. Pada tahun 1982 -1988, isteriku dimaki dan dicela oleh kumpulan Abdul Latif Muhamad. Isteriku dimasukkan di Hospital Besar Kota Bharu pada 6/2/88 – 16/3/88. Dia kembali ke rahmatullah, pada masa itu kumpulan-kumpulan Abdul Latif sedang mencaci maki isteriku. Ku harap Tuhan saja dapat membalas.

8. Pada tahun 1987 aku telah ditolak oleh masyarakat/keluarga PAS Besut dari memegang jawatan dalam PAS kawasan Besut. Ku terima dengan tenang hati. Ku faham bahawa hukum politik seseorang itu berkhidmat dengan jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Akan tetapi silap satu kali akan dihukum oleh politik. Sahabatku yang setia saudara Husin Jusoh (al-Marhum) beliau terlalu jujur dan setia dengan perjuangan. Abdul Latif Muhamad berusaha untuk membuang saudara Husin Jusoh dalam arena perjuangan.


9. PAS kawasan Pasir Puteh telah terima aku sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan P.P dalam Mesyuarat Agung pada tahun 1987. Pada tahun 1987 ku dan isteriku menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Pada tahun 1989 ku dipilih lagi memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh. Pada tahun 1991 ku menolak jawatan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh, hanya ku terima jawatan (ahli jawatankuasa kawasan) merangkap Pengerusi Lajnah Penerangan dan Naib Pengerusi Lajnah Tarbiah.

10. Pada – 8/7/1991 jam 9.00 pagi ku temuduga jawatan Pengelola Am bagi kawasan Pasir Puteh, temuduga itu bertempat di :1) Di pejabat Agama Islam Negeri Kelantan Lundang. 2) Juru Temuduga : 1) Haji Nik Abdullah Arshad 2) Syukri Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan 3) Ustaz Ismail Nuh Pengerusi Dakwah

11. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tempat-tempatku mengajar :Madrasah Tahzib P.P 1965 – 1968 Madrasah Khairiah Padang Pak Amat 1969 – 1979 (guru besar/mudir) Madrasah Diniah Gunung Reng Batu Melintang Jeli. 1980 Sekolah Polysains Kota Bharu 1981 Sekolah Azam Pasir Puteh. 1982 – 1986 Sekolah Bakti Jalan Haji Wan Latif 1987 Institut Jerteh. 1988 – ku bersama kawan Pusat Pendidikan Kami 1989 – 1991

12. Pada tahun 1996 saya terkena penyakit kencing manis – terpaksa kakinya dibelah selama 3 bulan saya berada dalam Hospital Kota Bharu dan Pasir Puteh. Pada tahun 1995 saya berpindah dari Padang Luas – ke Padang Landak pada akhir tahun 1996 saya akan pindah ke rumah baru di Jalan Tali Air Padang Landak. Anak-anak saya belajar di : (1) Kamaluddin-Yusof - Maktab Negeri Sembilan (2) Muhd Zahid-Yusof – di Azhar – Mesir (3) Jamaliah-Yusof – di Universiti Malaya. (4) Majdah Nasri-Yusof – Maahad Muhammadi (P) kelas sains. (5) Ahmad Saifuddin – Sekolah Arab Saniah.

13. Saya dipotong ibu jari kaki pada 17-12096 di Hospital Besar Kota Bharu, pada 14-1-97 saya keluar dari Hospital Besar Kota Bharu.

14. Pada 1 Januari 1997, saya dilantik semua sebagai Pengelola Unit Dakwah Halaqah kawasan Pasir Puteh. Dalam PAS kawasan Pasir Puteh ada golongan yang tidak senang


dengan sikap saya dan berusaha untuk memecat saya dari jawatan Pengelola Dakwah Halaqah. Pada akhir tahun 1996 isteri saya meletak jawatan setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Pasir Puteh.

*****Catatan ini ditulis Oleh Allahyarham Ayahanda dengan tulisan jawi dalam sebuah buku besar dan di salin semula oleh Ahmad Saifuddin (anaknya yang bongsu) dengan di bantu oleh abang-abangnya.

1 Tanda sebenarnya adalah 2 Telah Meninggal Dunia Pada Julai 2005


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.