Going Places July 2016

Page 72

Warisan / Lemang Periuk Kera

4

5 goingplacesmagazine.com / 70 / July 2016

6 Setiap sesi pengutipan periuk kera boleh memakan masa sehingga separuh hari. Oleh itu, Atan lazimnya hanya akan menerima tempahan lemang sekurang-kurangnya 10 kg pada hari-hari biasa. Walaupun terdapat lebih 100 jenis spesis periuk kera liar di Malaysia, hanya spesis Nepenthes Ampullaria yang digunakan untuk membuat lemang. Spesis ini telah disahkan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Periuk kera ini mudah membiak di kawasan hutan berpaya dan dingin di sekitar tasik. Setelah dipetik, periuk kera ini perlu digunakan dalam tempoh empat hingga lima hari sebelum ia melayu dan menjadi hitam.

dalam program animasi kanak-kanak tempatan paling popular, Upin & Ipin pada tahun 2013. Bahan-bahan untuk menyediakan lemang periuk kera sebenarnya agak mudah didapati. Misalnya, beras pulut dan santan harus diperah segar dan bukannya daripada kotak pra-bungkus. Cabaran utama di sini bagaimanapun terletak pada cara pemerolehan dan penyediaan periuk kera. Batang buluh mungkin mudah diperoleh dari pasar-pasar tani. Bekalan periuk kera bagaimanapun perlu dipetik sendiri dari hutan setiap kali Atan kembali ke kampung halaman.

Sebelum digunakan, sisa-sisa cecair penghadam dan makanan dalam periuk kera perlu disingkirkan dengan membilasnya beberapa kali di bawah aliran air bersih. Atan juga perlu membuang kelopak penutup, bulu halus dan sulur paut pada periuk kera. Setelah dibersihkan sepenuhnya, bekas periuk kera akan diisi dengan beras pulut mentah. Akhir sekali, Atan akan menyuntik santan ke dalam setiap periuk kera demi mengawal amaunnya sebelum disusun untuk dikukus. Cukup cerewet dengan hasilnya, dia juga memastikan hanya air mineral yang digunakan untuk mengukus. Menurut Atan, air paip biasa boleh menjejaskan keenakan lemang ekoran kandungan klorinnya. Saya sedar kulit periuk kera kelihatan lebih nipis selepas proses pengukusan. “Sewaktu mengukus, semua nutrien

4. Beras pulut mentah diisi ke dalam periuk kera Filling the cups with raw glutinous rice 5. Santan segar memberi rasa lemak pada lemang ini Fresh coconut milk adds a rich taste to the lemang 6. Atan memasak lemang dengan kaedah mengukus Atan cooks the lemang by steaming them 7. Kulit periuk kera lebih nipis selepas dimasak The skin of the cups is thinner after cooking


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.