Going Places July 2016

Page 71

Teks Alexandra Wong Foto SooPhye Terjemahan Yeo Li Shian

Lemang Periuk Kera

/ Warisan

Lemang Periuk Kera Lemang unik ini pasti membawa kelainan sebagai juadah utama Aidilfitri ini.

goingplacesmagazine.com / 69 / July 2016

UMPAMA MENGOPEK BAWANG, kopek kulitnya ke bawah secara perlahan-lahan. Begitu arahan yang diberikan.

Sambil memegang periuk kera ungu itu dengan cermat, saya mula mengopek kulit lembutnya. Sedikit demi sedikit, muncullah setimbun pulut yang masih hangat dan gebu berkilat. Cukup pejal ketika disentuh. Aroma santan dalam pulutnya cukup menusuk hidung dan saya harus mencuba sendiri lemang periuk kera ini dengan gigitan pertama. Penggunaan periuk kera menggantikan batang buluh sebagai acuan mungkin kedengaran agak pelik dan baharu namun di beberapa negeri lain yang berimba di Malaysia seperti Pahang, Johor dan Sarawak, kaedah penyediaan lemang seperti ini telah dipraktikkan sejak berabad lamanya. Juadah tradisional tetap pada Hari Raya ini biasanya disajikan bersama rendang atau serunding pedas manis.

1. Lemang periuk kera juadah unik untuk santapan perayaan Lemang cooked in pitcher plants will make a unique dish this festive season 2. Atan hanya menggunakan periuk kera dari spesis Nepenthes Ampullaria Atan uses only pitcher plants from the Nepenthes Ampullaria species 3. Membuang kelopak penutup tumbuhan ini Snipping the lid off the plant

2

Sejak 15 tahun lalu, penduduk Lembah Klang cukup bertuah kerana berpeluang merasai keenakan juadah istimewa ini. Semuanya atas berkat kesungguhan seorang anak jati Pahang dalam memperkenalkan lemang periuk kera di Puchong. Bertubuh sasa dan tinggi, Noorshafry Abdul Malik sebenarnya lebih menyerupai seorang askar berbanding chef yang berbakat besar. Berasal daripada keluarga yang gemar memasak; datuknya merupakan pengendali majlis kenduri manakala ibunya pula penjual nasi lemak. Ayah Noorshafry pula sering menjual lemang pada musimmusim perayaan seperti Hari Raya. Sebagai pencinta alam semula jadi, Noorshafry juga gemar bersiar-siar di Taman Negara Endau Rompin yang terletak berdekatan kampungnya, Muadzam Shah. Dalam salah satu ekspedisi di Borneo, seorang doktor tentera berkongsi cara dia memasak nasi di dalam periuk kera. Tertarik dengan konsep tersebut, Noorshafry yang lebih mesra disapa ‘Atan’, mula bereksperimen dengan periuk

3 kera yang banyak tumbuh meliar di kampung halamannya. Setelah tiga bulan bereksperimen dengan gigihnya, akhirnya beliau berjaya mendapat hasil yang memuaskan. Berpindah ke Puchong bagi memulakan perniagaan katering, formula lemang periuk kera Atan bakal diuji jika ia mampu diterima pelanggan. Rupa-rupanya juadah istimewa itu terus menjadi popular di Lembah Klang. Pada tahun 2010, Atan telah dijemput untuk menyertai pameran “1001 Makanan Unik Malaysia�, sementara juadah tersebut turut disebut


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Going Places July 2016 by Spafax - Issuu