3
4
goingplacesmagazine.com / 70 / March 2017
5
‘‘
Pendek kata, tugas cempuling banyak bergantung kepada keupayaan setiap individu dan keharmonian antara ahli-ahli kumpulannya.
‚‚
Sejak kemunculan pelbagai jenis hiburan moden, aktiviti cempuling semakin kurang mendapat sambutan. Kini, hanya sebahagian kecil penggiat seni cempuling yang masih aktif di Malaysia. Risau tentang kesinambungan seni warisan ini, penggiat seni cempuling generasi ketiga, Ariff Ahmad mula menghimpunkan kawan-kawannya dari kampung berdekatan untuk membentuk Cempuling Moden Cendana Klasik pada 2006. Kumpulan tersebut beroperasi di Homestay Banghuris yang merupakan gabungan tiga kampung di daerah Sepang, Selangor. Menerusi kerjasama dengan penduduk tempatan, mereka giat mempromosikan cempuling sebagai salah satu bentuk seni persembahan warisan. Kumpulan ini sebenarnya lebih kepada sebuah gabungan ahli-ahli muzik perseorangan berbanding kugiran, namun kemunculan
Cempuling Moden Cendana Klasik telah menarik semula perhatian orang ramai kepada seni tersebut. Paling penting, cempuling turut berjaya menarik minat penggiat seni cempuling baharu. Muhhammad Fitri, 25, anak lelaki Diro yang juga seorang pramugara merupakan seorang penggiat seni cempuling baharu. “Pada awalnya, saya tidak berminat langsung. Bagi saya, cempuling adalah hobi orang tua-tua. Tetapi, pada suatu hari, ayah mencabar saya untuk menyertai pertandingan cempuling. Waktu itu, saya perlu membuat persembahan berterusan selama 24 jam. Setelah merasai sendiri betapa mencabarnya mahu menyanyi, bermain alat muzik dan menghafal lirik pada masa yang sama, saya benar-benar tertarik dengan cempuling,” ceritanya. Bagi yang tidak pernah mengalaminya, peluang menyaksikan persembahan cempuling sememangnya satu pengalaman istimewa. Biarpun tidak berlatih secara kerap, mereka mampu mempersembahkan lagu dan muzik dengan harmoni seolah-olah telah lama bermain bersama. Jelas sekali, semua ini terhasil atas faktor minat, dedikasi dan kesefahaman bahawa muzik adalah bahasa universal tanpa batasan budaya.
Untuk menyaksikan persembahan seterusnya atau tempahan majlis, layari facebook.com/CempulingCendanaKlasik
3. Pemain cempuling mampu mempersembahkan sejumlah lagu tanpa bantuan kertas muzik The performers can perform a vast repertoire of songs without the aid of note sheets 4. Alat akordion memang popular dalam muzik rakyat termasuk cempuling Popular in folk music, the accordion has its place in cempuling 5. Gendang tradisional kaum Melayu The traditional cylindrical drum of Malay culture