Skip to main content

Going Places February 2017

Page 72

Warisan / Songket

4

5 6 goingplacesmagazine.com / 70 / February 2017

4. Songket bercorak bunga tabur beri sentuhan moden pada baju tradisional Scattered patterns on songket add a modern touch to traditional outfits 5. Aplikasi teknik songket pada barang hiasan Application of songket techniques on decorative items 6. Motif songket beri imej ekslusif pada barang hiasan Songket motifs lend an air of exclusivity to interior decor 7. Alatan seperti cuban digunakan untuk menggulung benang dan membuat motif Instruments called "cuban" are used to insert motifs

tinggi nilainya dengan corak berkilauan yang berlatarkan warna gelap ringkas. Corak-corak songket juga boleh diilhamkan daripada alam semula jadi seperti flora dan fauna, makanan dan objekobjek istana. Menurut Junaidah Salleh, Pembantu Pengarah Utama, Cawangan Adat & Budaya dari Jabatan Warisan Negara, bilangan corak songket yang dihasilkan sebenarnya tiada had. “Corak-corak tersebut terbentuk daripada pelbagai kenangan yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya menerusi seni kraftangan. Semua corak ini terdiri daripada falsafah, simpulan bahasa dan peribahasa yang telah menjadi panduan hidup masyarakat Melayu selama ini.” Hakikatnya, proses penenunan songket yang rumit dipercayai telah membantu memupuk nilai-nilai kerajinan, ketelitian dan kesabaran. Nilai-nilai penting ini amat dititik beratkan dalam budaya masyarakat Melayu. Jadi, apakah ciri-ciri kain songket yang bagus? “Ini ditentukan melalui kemahiran kreatif seseorang penenun dalam menggabungkan corak, motif dan warna benang,” jelasnya. Ironinya, walaupun songket begitu tinggi nilainya, aktiviti penenun songket di kalangan generasi muda kini kian pudar. Generasi penenun muda sedia ada yang boleh menggantikan generasi penenun lama yang telah meninggal dunia juga semakin berkurangan. Mereka

7

juga tidak berminat untuk mewarisi seni kraftangan yang amat memakan masa dan rumit ini. Penggunaan bantuan mesin untuk menghasilkan kain songket serta kewujudan songket murah hanya menyumbang kepada kemerosotan kraftangan ini secara mendadak. Atas usaha kreatif sekumpulan pemulihara kraf warisan dan usahawan, penenunan songket kini dihidupkan semula agar terus relevan dalam masyarakat moden hari ini. Salah satu usaha terbesar datang daripada Tanoti Sdn Bhd. Syarikat pemenang anugerah yang berpangkalan di Sarawak ini telah menyuntik sentuhan kontemporari pada kain songket sekali gus menjadikannya fabrik mewah di arena fesyen. Mereka turut melatih sekumpulan penenun generasi muda. Sementara itu, sesetengah acara negeri turut memberi songket sebagai cenderamata. Ini secara tidak langsung telah mengukuhkan martabat songket sebagai lambang identiti budaya masyarakat Melayu. “Songket sebenarnya berpotensi besar selain menjadi pakaian istiadat. Melalui usaha daripada pelbagai pihak dan minat yang ditunjukkan untuk menaikkan status songket, masa depan songket sememangnya amat cerah,” tambahnya. Kenali tekstil Malaysia di Muzium Tekstil Negara, 26, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. No. tel:+603-2694 3457


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Going Places February 2017 by Spafax - Issuu