
5 minute read
Penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru
“Sumbangan khidmat bakti mereka tidak terhad kepada institusi pendidikan tempat mereka bertugas tetapi juga dilihat daripada penglibatan mereka di peringkat kemasyarakatan dan kebangsaan,”
Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin
Advertisement

Cikgu Hajah Arni

Binti Haji Besar
Jabatan Pengetahuan

Ugama Islam
Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah
Apakah perasaan Cikgu apabila berjaya men erima anugerah tersebut?
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Penganugerahan ini adalah satu anugerah yang amat berharga dan cukup bermakna pada saya. Anugerah yang memang tidak pernah terpikir akan saya terima. Perasaan saya pada ketika dimaklumkan bahawa saya salah seorang penerima anugerah penghargaan Hari guru 2021, sangat terharu, kerana setelah 22 tahun bertungkus lumus bertugas sebagai seorang guru, dengan menghadapi bermacam-macam cabaran,rintangan, jerih payah, tangis, jatuh dan bangun dalam mendidik pelajar-pelajar akhirnya rasa sangat-sangat dihargai. Anugerah ini adalah juga hasil sokongan dari pihak Pentadbiran sekolah, rakan-rakan dan juga pelajar, tanpa sokongan dari mereka mungkin saya tidak akan dapat hingga ke tahap ini.
Setiap tahun, pelajar dan amalan pengajaran sentiasa berkembang. Bagaimana kah Cikgu dapat terus membuat perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan sehingga mencapai kejayaan tersebut?
Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab kitani untuk memastikan pelajar kitani dapat menerima ilmu sejajar dengan hasrat wawasan negara 2035 untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran, Dalam merealisasikannya saya mencuba pelbagai strategi dan kaedah pengajaran serta memahami apakah yang diperlukan oleh pelajar.
Adalah amat penting juga kitani perlu tahu maklum balas pelajar terhadap pengajaran kitani, dari sini kitani akan dapat menyusun strategi pengajaran kitani, Saya sering juga melayari laman sesawang untuk mempelajari dan mengunakan kaedah dan teknik pengajaran yang terbaru mengikut kerperluan pengajaran abad ke 21. Dan yang paling penting sekali adalah kitani mengajar pelajar-pelajar kitani dengan penuh ikhlas kerana dengan keikhlasan inilah juga kunci kejayaan kitani sebagai seorang guru.
Apa yang hebatnya menjadi seorang guru?
Guru merupakan salah satu profesi yang sangat mulia di sisi Ugama Islam. Guru juga mampu melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran serta dapat membentuk dan membangunkan sakhsiah pelajar untuk menjadi seorang yang berguna kepada ibubapa, bangsa dan negara.
Dan apakah peringatan dan inspirasi yang boleh Cikgu berikan kepada pelajar-pelajar SMPIHM
Untuk pelajar-pelajar SMPIHM, jangan sia-siakan harapan ibubapa kamu, banggakanlah mereka dan kejarlah cita-cita kamu.
Kejayaan bukan satu yang mudah tapi dengan adanya kesungguhan dan ketekunan kejayaan pasti datang. Pesan cikgu untuk pelajar-pelajar semua “ Success doesn’t just come and find you, you have to go out and get it”.
Cikgu Dk Hajah
Siti Raabayaeiah Binti


Pengiran Haji Othman History Department
Apakah perasaan Cikgu apabila berjaya menerima anugerah tersebut?
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki ini. Terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Waddaulah dan kepada Kementerian Pendidikan di atas penghargaan ini semasa Sambutan Hari Guru ke 32, tahun 2022.Selama menjadi pendidik selama 21 tahun, penghargaan ini merupakan satu rezeki yang saya tidak jangkakan kerana adapun tujuan utama hadir ke sekolah hanya utk memberikan yg terbaik kpd pelajar dan sekolah secara keseluruhannya. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan ini dan menghargai setiap sokongan yang diberikan kepada saya selama ini.
Rezeki ini bukan setakat satu penghargaan bagi diri saya tetapi ianya juga merupakan satu tanggungjawab dan amanah yg diberikan.
Rezeki bukan hanya utk diri saya sendiri tetapi ianya adalah atas hasil usaha, kerjasama dan sokongan padu yang tidak putus-putus dari semua pihak termasuk keluarga, semua warga sekolah dan pelajar-pelajar dan ibu-bapa/penjaga saya sendiri. Keluarga, pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar yang ada disekeliling saya memainkan peranan penting dan yang telah membentuk diri saya sekarang.
Penghargaan ini juga memberikan saya satu cabaran untuk saya lebih kuat berusaha dalam memperbaiki dan mempelbagaikan mutu pengajaran saya dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar saya.
Setiap tahun, pelajar dan amalan pengajaran sentiasa berkembang. Bagaimana kah Cikgu dapat terus membuat perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan sehingga mencapai kejayaan tersebut?
Cabaran utama adalah perubahan yang sentiasa berubah-ubah dan bagaimana kita mempersiapkan pelajar ketani di zaman yang serba mencabar dan berubah-ubah. Namun demikian perlu ditekankan juga nilai murni dan ilmu kerohanian kepada setiap pelajar agar hidup mereka sentiasa berpadukan kepada ajaran agama islam,dan menurut falsafah negara Melayu Islam Beraja. Sebagai pendidik kita seharusnya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat terkini yang ada disekeliling kita samada melalui media masa mahupun media elektronik. Mengikuti perkembangan semasa yang dapat menarik perhatian pelajar semasa mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran, seperti contoh; muzik, games, aliran semasa, fesyen dan sebagainya.
Setiap pengajaran akan kita kaitkan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap kehidupan kita seharian.
Apa yang hebatnya menjadi seorang guru?
I just love being with the students itself. Looking how they smile and make jokes with us, participating in every class activities.
Mungkin sesetengah orang berpikiran yang pelajar mempelajari ilmu dari gurunya, tetapi guru juga dapat mempelajari sesuatu dari pelajar mereka. Apabila pelajar terbuka untuk berkongsi kisah kehidupan mereka, kita dapat belajar untuk menghargai apa yang ada didepan kita. Sometimes we can relate to each other stories, and that’s how I built trust and confi dence with my students.
Sebagai pendidik saya tidak hanya tertumpu kepada perkongsian ilmu bahkan saya juga berkongsi pengalaman hidup semasa bergelar seorang pelajar yang dapat membantu pelajar menaikkan semangat pelajar untuk terus berusaha tanpa kenal erti penat lelah. Melihat bagaimana pelajar struggle untuk cuba memahami dan melihat usaha mereka menjadikan saya lebih tekun untuk memperbaiki cara pengajaran saya. Saya juga merasa puas hati dan menghargai apabila melihat improvements yang dibuat pelajar itu sendiri dan apabila pelajar itu memperoleh kejayaan maka itulah satu hadiah yg berharga kepada seseorang guru itu. Sekecil-kecil manapun perubahan yang mereka buat, akan saya hargai, kerana saya percaya setiap mereka berkembang mengikut kemampuan mereka dan saya percaya pada setiap rezeki yang telah tertulis buat mereka oleh yang maha Esa.
Di zaman serba canggih ini, pelbagai cabaran yang dihadapi pelajar samada isu dari rumah atau dari kawan-kawan mereka sendiri sebagai pendidik sentiasa mengingati dan menasihati mereka untuk kembali kepada Maha Pencipta, menjaga hubungan bersama ibu-bapa, guru-guru dan sesama manusia.
Dan apakah peringatan dan inspirasi yang boleh Cikgu berikan kepada pelajar-pelajar SMPIHM
JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA. Jangan pernah puas dalam menimba ilmu dan da lam mencari pengalaman. Setiap kejayaan memer lukan pengorbanan (masa dan tenaga)
Sentiasa percaya pada rezeki Allah, setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKKAL. Setiap keputusan yang dibuat kembali pada niat, apa pun pekerjaan yang dibuat niatkan kerana ALLAH SWT, ingat pada keluarga dan masa depan sendiri.
Apa pun cabaran atau ujian diberikan, selagi kita bernama hamba ALLAH selagi itulah kita tidak akan lepas darinya. Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Setiap sesuatu berlaku atas kehendak dan izin dari ALLAH SWT jua.
Tanya pada diri sendiri, dimana saya ingat meletakkan diri saya di masa akan datang, apa yang ingin saya capai, apa cita dan impian saya. Yang penting jangan pernah kenal erti mengalah dan setiap kegagalan yang dihadapi merupakan pengalaman berharga untuk lebih menjadi yang terbaik di masa akan datang.
Doa pelajar adalah makbul, doa pelajar yang menuntut ilmu, juga dianggap sebagai jihad di jalan ALLAH, dan setiap melangkah dalam menuntut ilmu dianggap sebagai pahala bagi mereka.
SCIENCE allows us to develop a deep un- derstanding of the world around us.
TECHNOLOGY helps us develop new products and services for practical purposes