Issuu on Google+


KANCING • Kancing baju digunakan sebagai perhiasan di pakaian atau disembunvikan di antara tepitepi belah yang berlapis. • Jenis-jenis kancing: a. b. c. d. e.

Butang katup Butang bertangkai Butang dari lubang butang Cangkuk dan palang Cangkuk dan mata.


KANCING • JAHITAN BUTANG i. ii. iii. iv.

Jahitan lubang butang Jahitan butang katup Jahitan cangkuk dan palang Jahit cangkuk dan mata


Pemilihan kancing Bergantung kepada: - Jenis kain yang digunakan. - Jenis pakaian yang dibuat. - Tempat atau letaknya belah.


Perkara-perkara Yang Patut DiPertimbangkan Apabila Membuat Kancing • Semua kancing hendaklah dibuat pada dua lapisan kain. • Kancing-kancing hendaklah mencukupi supaya belah tidak ternganga. • Kancing-kancing hendaklah dipilih untuk menyesuaikan kegunaannya. • Kancing-kancing mesti dilekatkan betul-betul bertentangan di antara satu sama lain supaya belah tidak berkedut. • Kancing-kancing hendaklah dijahit betul-betul supaya kukuh. • Lubang-lubang butang dibuat lurus mengikut ira kain.


Butang Katup • Digunakan di bahagian-bahagian pakaian yang tidak begitu ketat, • Ada dua bahagian dalam butang katup, • Satu bahagian berconet dan dijahit kepada lidah lipatan atas. • Yang satu lagi ialah berlubang dan dijahit kepada lidah bawah. • Kedua-dua bahagian butang katup ini dijahit 5mm ke dalam daripada tepi pakaian atau di tengah-tengah kelepet atau lapik. • Bahagian-bahagian ini dilekatkan dengan Jahitan Lilit Ubi atau Jahitan Lubang Butang. Tetapi jahitan itu janganlah ternampak di bahagian luar lidah lipatan.


Butang Katup


Butang Bertangkai • Mulakan dengan jahit kia dua kali • Masukkan jarum dalam ke lubang tangkai butang. • Cucukkan jarum ke sebelah dalam fabrik. Teruskan menjahit tiga atau empat lapis. • Sudahkan bahagian dalam fabrik dengan jahitan insang pari pada benang jahitan seperti menjahit sebelah dalam butang.


Cara melekatkan butang


BUTANG DAN LUBANG BUTANG • Ada butang berlubang dua atau empat. • Menjahit butang: – Tandakan tempat-tempat untuk butang. - Tandakan tempat-tempat untuk butang. - Letakkan peniti di atas yang berlubang dua dan jahit beberapa kali di atas peniti. - Cabut peniti dan angkat butang. Jahitan di bawah butang itu akan kendur. - Buat tangkai butang dengan melilitkan benang di sekeliling jahitan beberapa kali. - Matikan jahitan di sebelah dalam kain dengan dijahit kia dua kali


Butang dan Lubang Butang


MEMBUAT LUBANG BUTANG • Lubang butang boleh dibuat melintang atau menegak.Caracaranya ialah:1. Tandakan tempat untuk membuat lubang. Lubang butang mestilah sama panjang. 2. Jelujur dua garisan untuk menentukan lubang butang sama panjang. Panjang lubang butang ialah sama dengan garis pusat butang + 1/8 “ untuk memudahkan memasangnya. Mulakan gunting lubang butang 1/8â€? melebihi garisan pemadan hala ke tepi belah, supaya butang terletak di garisan pemadan apabila diletakkan. Jarak di antara satu hujung lubang butang dan tepi belah tidak boleh kurang daripada setengah garis pusat butang.


MEMBUAT LUBANG BUTANG (samb‌) 3. Gunting lubang butang mengikut ira kain dengan dilipat dan digunting dengan gunting tajam / gunting khas untuk lubang butang. 4. Mulakan dengan jahitan kia di sebelah dalam kain dari tepi lubang butang yang empat segi 5. Jahit lubang butang hingga ke hujung lubang. 6. Jahit hujung lubang butang yang bulat dengan jahitan insang pari 5 atau 7 kali.


MEMBUAT LUBANG BUTANG (samb‌) 7. Kemudian, jahit lagi hingga ke pangkal lubang. 8. Buat satu palang dengan menjahit dua mata jahitan melintang di pangkal lubang butang dan jahit lubang butang supaya simpulan jahitan itu menghala ke hujung sebelah dalam lubang butang.


MEMBUAT LUBANG BUTANG (samb…)


CANGKUK DAN MATA • Cangkuk dan Mata ialah salah satu daripada kancing yang teguh untuk baju yang ketat. – Jahitkan cangkuk kira-kira 3mm dari tepi jahitan lubang butang di sekeliling cangkuk. – Jahitkan bahagian bengkok cangkuk dengan jahitan yang teguh. – Lekatkan matanya seperti cangkuk tadi di lipatan bawah tetapi jelujurkan mata itu dari tepi.


CANGKUK DAN MATA


CANGKUK DAN PALANG Cangkuk dan Palang digunakan di belahan yang mempunyai lidah lipatan atas dan bawah. Rumah cangkuk boleh dibuat daripada benang atau logam. - Mulakan dengan jahitan kia. Jahitkan menggunakan Jahitan Insang Pari pada lubang cangkuk dan palang. - Masukkan jarum ke sebelah dan jahit kia untuk mematikan benang.


CANGKUK


PALANG



Jahitan asas2