Al quran menjawab

Page 1

ALQURAN MENJ AWAB


Al Quran Menjawab (Jangan mengeluh dan jangan gelisah ketika susah) Dalam perjalanannya, manusia kerap kali dirundung masalah. Dan seringkali manusia tersesat tanpa arah. Dalam hal ketetapan dan ketentuan. Tidak ada satupun manusia didunia ini yang meminta kepada Allah untuk hidup susah, Tapi sayangnya, ketika kesusahan dan musibah melanda, ternyata manusia terus memborong keluhan, “kenapa nasib aku begini, kenapa jadi begitu ”, lalu hadir sejuta permintaan,” Perkenankanlah ini ya Allah! kabulkan itu ya Allah!”, dan hanya mengucap satu dua kata syukur. Apakah kalau begitu, kita harus pasrah dan berserah? Tidak semudah itu. yakin keatas semua keyakinan dan kebenaran telah mengajarkan, bahawa keputusaan dan perbuatan yang mengarah kepada sesuatu yang buruk dan harus dihindari. Inti dari semua masalah adalah agar manusia dapat mendalami dan memahami fitrahnya. Memahami apa yang harus dicari selama hidup. Lantas bagaimana dengan mereka yang tertimpa kesusahan? Hidup dalam kemiskinan? Hidup dalam kepungan kesedihan?. Pedoman pegangan hidup seorang muslim, Al – Qur’an telah menjelaskan banyak hal. Tidak hanya ibadah semata-mata. Ekonomi, perdagangan, keluarga, peribadi ideal seorang muslim hingga kepimpinan negara terdapat didalamnya. Antara ayat – ayat Qura’an, yang menjawab keluhan, ketika manusia mendapat ujian ataupun musibah. Berikut ayat – ayat yang langsung dapat menjawab berbagai pertanyaan manusia sebagai khalifah di muka bumi : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orangorang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut: ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN? QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah: ayat 216) KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (AlBaqarah: ayat 286) KENAPA AKU TIDAK BERJAYA? QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Al-Imran: ayat 139) BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata” (Al-Baqarah: ayat 45) APA YANG BAKAL AKU DAPATKAN? QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”(At-Taubah: ayat 111) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal” (At-Taubah: ayat 129) AKU TAK SANGGUP! QURAN MENJAWAB: “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf: ayat 12) Dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Allah Pemilik Semesta Alam. Cukup jelaslah bahawa Allah-lah yang memberi kita segala macam ujian yang berkaitan dengan permasaalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawapannya! Hanya kepada Allah tempat kita mengadu.


TELAH ADA ALLAH DAN TIADA SESUATU BESERTA-NYA. DAN, DIA KINI ADALAH TETAP SEBAGAIMANA ADANYA.

Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). ( Ayat 30 : Surah a-li ‘Imran ) Rasulullah s.a.w bersabda: Semua kamu (yang berfikir) tentang Zat Allah adalah orang dungu. Percubaan akal untuk menembusi Hijab Keteguhan adalah sia-sia. Jika dipaksa juga tidak ada yang ditemui melainkan kemungkinan menjadi gila.

Pada martabat zat, segala sifat, nama dan semua kewujudan lenyap di dalamnya, tidak boleh disaksi dan ditakbir lagi. Selagi boleh disaksi dan ditakbir ia masih lagi sifat bukan zat. Apabila sampai kepada perbatasan: “Lemah mengadakan pendapat tentang zat Ilahiat”, seseorang tidak ada pilihan melainkan mengakui wujudnya zat Wajibul Wujud (Wajib Wujud) kerana jika tidak wujud zat nescaya tidak ada sifat dan tidak ada kejadian atau perbuatan. Seorang bukan ahli kasyaf bermakrifat dengan akalnya dan beriman kepada zat Wajibul Wujud setelah terjadi kebuntuan akalnya mengenai hal ketuhanan pada suasana yang diistilahkan sebagai Wahadiyyah atau suasana pentadbiran Ilahi yang juga dipanggil Rububiah. Akal menyaksikan Rububiah atau hal ketuhanan yang menggerakkan sekalian makhluk. Peringkat kesudahan pencapaian akal dan ilmu makhluk dinamakan Hijab al-‘Izzati atau benteng keteguhan. Ilmu sekalian orang alim dan arif terhenti di sini. Zat Allah s.w.t tidak diketahui oleh makhluk kerana Dia tidak termasuk di dalam sempadan maklumat, pendapat dan kenyataan. Allah berfirman :

Begitulah makrifat Allah s.w.t melalui akal. Makrifat dengan akal menjadi asas kepada makrifat melalui zauk atau pandangaan mata hati. Ahli Allah s.w.t meningkatkan imannya dengan membenamkan dirinya ke dalam ibadat dengan bersungguh-sungguh. Mereka berpuasa pada siang hari dan bersembahyang pada malam hari. Ada antara mereka yang bersembahyang lebih 500 rakaat sehari, khatam membaca alQuran tiap-tiap hari dan berpuasa sepanjang tahun. Sekiranya Allah s.w.t izinkan, mereka akan mengalami hakikat wujud Zat Allah s.w.t yang sukar untuk dihuraikan. Pengalaman makrifat menurut akal berhenti pada kenyataan: “Semata-mata zat, yang maujud hanya Wajibul Wujud”. Pengalaman makrifat secara zauk pula berakhir pada: “Zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t. Telah ada Allah s.w.t dan tiada sesuatu beserta-Nya. Dia kini adalah tetap sebagaimana dahulunya ”. Ungkapan ini bukan untuk dibahaskan atau dihuraikan dengan terperinci kerana ia telah melepasi sempadan ilmu. Ia adalah pengalaman rohani, dinamakan penyaksian hakiki mata hati, tatkala hilang rasa wujud diri dan sekalian yang maujud, hanya Wujud Allah s.w.t yang nyata, sematamata Allah s.w.t dan segala-galanya Allah s.w.t. Keadaan ini dicapai setelah melepasi



SIFAT NILAI-NILAI MURNI DAN AMALAN YANG DITUNTUT Pengertian Nilai Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Budi bahasa Lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain termasuk mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, malu, sabar, sopan dan lain-lain. Kesopanan dan kesusilaan Kedua konsep ini terangkum dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku kesopanan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam keperibadian dan kehidupan bermasyarakat. Sifat dan amalan Nilai-nilai murni Nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara sifat- nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah seperti berikut: Amanah

Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas. Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja. Tanggung Jawab Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan. Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur. Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan; Bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/ awam dalam menjalankan tugas. Ikhlas Berhati mulia dengan melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan. Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya. Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah. Benar Jujur dalam melaksanakan tanggung jawab. Bercakap benar dan menepati janji. Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan profesionalisme. Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas. Sanggup terima teguran dan nasihat. Sederhana Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku; Menjamin perseimbangan diri dan tugasan.


Tekun Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan. Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup. Berusaha gigih menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang. Bersih Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian. Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup. Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas. Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. Berdisiplin Menepati masa dan janji. Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang. Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Bekerjasama Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan tugas. Sentiasa secara sukarela menyertai aktivitiaktiviti organisasi sebahagian daripada usaha mempertingkat semangat kerjasama. Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama. Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi. Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. Berperibadi mulia Bertimbang rasa dan bertolak ansur. Menghormati sesama insan.

Sentiasa memulakan 'pertanyaan" dengan tujuan untuk menolong. Bersyukur Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk sebagai seorang anggota masyarakat. Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih. Menghayati budaya kerja bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama. Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; Berkhidmat sebagai ibadah. Memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama. Bermuafakat Bermuafakat membawa berkat; slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia. Dengan muafakat sesama manusia akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. Bertoleransi Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Bertimbang rasa Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Bersatu padu Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Beretika Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. Tidak mementingkann diri sendiri Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nila-nilai murninya tidak akan mementingkan diri


sendiri. Tidak ada perasaan ncuriga dan prasangka Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni. Dengan adanya budaya dan elemen di atas dalam kehidupan bermasyarakat maka perpaduan akan terus teguh dan negara akan terus aman.


Pencuri dalam rumah VS Pencuri luar rumah Ada satu cerita pada dua tiga hari kelmarin, pintu pagar belakang rumah telah menjadi mangsa dan kini telah di kunci akibat berlaku kecurian. Tidak diketahui nilai wangnya dan hilangnya tidak dapat di kesan, wang itu di dapati telah tiada dan dikhuatiri telah dicuri dan dikatakan berada di dalam beg tangan dan tiba tiba hilang, tiada diketahui siapa yang mengambilnya. Jiran jiran satu rumah di kiri dan kanan jadi sasaran pencuri yang dikatakan bijaksana tapi barang yang lain di dalam rumah tersebut tiada yang hilang, hanya yang hilang duit dalam beg tangan sahaja, Amat mencurigakan dalam rumah itu ada penyewa lain yang di anggarkan seramai 7 hingga 10 orang.

a) Segala barang yang berharga di depan mata tidak di curi b) Mak budak ditinggal baby girl dicuri c) Pencuri terdesak tidak kira suasana d) Kumpulan pencuri paling profesional Kini akhirnya pintu belakang rumah dah jadi mangsa, kalau sebelum ini dapat lalu tapi sekarang dah tak dapat lalu, betul betul bebankan orang yang nak lalu. Apa pendapat anda, spesis yang manakah pencuri ini?.

Apakah jenis pencuri ini........

a) PENCURI TERANCANG JENIS PRO b) PENCURI TERDESAK JENIS SEMI PRO c) PENCURI KHAYAL JENIS SEMULAJADI d) atau PENCURI BUAT KERJA TAPI HASIL TAK MENJADI

Andaikata pencuri dari dalam. Bagaimanakah pencuri ini mengawal dirinya.

Bagi mangsa kecurian berkenaan, dia akan berandai andai dengan perasaan yang ternoda.

Adakah.......

a) Ikhlas tapi menangis, air mata menitik tumpah ke cawan. b) Sabarnya bagaikan seorang yang meroyan. c) Tabah hatinya seperti di hempap batu di kepala jadi senoneng. d) Redhanya bukan main, tapi berdetik detik macam nak tertonggeng.

a) Air muka seperti orang baik baik b) Tetap mengatakan faktor luaran c) Terdesak kerana nak makan KFC d) Semulajadi pencuri jenis poyo Andaikata pencuri dari luar. Sifat dan ciri cirinya bagaimana pula? Adakah.......



Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. [Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya]

Untuk apa kita bertelagah, saling membenci, menghina dan mencaci, jika sedikit saja kritikan dianggap sebagai makar, jika sedikit saja kecaman dianggap ingin menjatuhkan kekuasaannya. Maka selayaknya negara ini tidak akan pernah damai dengan model kepemimpinan seperti ini. Mengapa kita berlaku zalim terhadap diri kita iaitu berkongsi kebodohan dengan melibatkan diri dalam kemarahan kemudian menghimpun dosa dari perlakuan yang terlarang yang tidak pernah kita bayangkan untuk melakukannya sebelum ini. Dapatkah kita

membayangkan akibat perbuatan yang dilarang, dosa yang bakal kita tanggung diakhirat kelak?. Syariat: Patuhlah akan hukum dengan hukum yang benar. Tarikat: Patuhlah akan ikutan dengan ikutan ilmu yang benar. Hakikat: Patuhlah akan hak dengan hak pinjaman yang benar. Makrifat: (Tidak dibincangkan disini). Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfal: ayat 24). Sesungguhnya segala sesuatu selain daripada Allah, adalah bathil. Ibnu Taymiyyah, Fiqh Tasawwuf. 341 (2005). Ingatlah, pemimpin sesuatu kaum adalah abdi (pelayan) kepada kaum tersebut. “Taatilah aku, jika kalian anggap benar, dan luruskanlah aku jika kalian melihat aku menyimpang” itulah pidato “inaugurasi” kalifah Abu bakar ra ketika pertama kali dibaiat menjadi khalifah pertama pengganti Nabi. Baiat yang dilakukan untuk menghindarkan kaum muslimin dari perpecahan akibat kehilangan pemimpin setelah wafatnya Nabi, sementara sahabat lain mengurus jenazah Nabi SAW. Dan Umar ra berkata kepada Abu Bakar, “Aku yang akan meluruskanmu dengan pedang ini jika engkau menyimpang dari al-quran dan sunnah”. Suatu ungkapan tegas dari teman dan sahabat yang menyayangi. Mentaati jika benar, dan menegur (meluruskan) jika salah meskipun pahit. Begitulah seharusnya kepemimpinan itu berjalan. Pemimpin harus suka


mendengar kepada rakyat dan rakyat pula patuh kepada pemimpin yang benar. Sebaliknya jika pemimpin salah, mereka seharusnya berlapang dada untuk ditegur bahkan harus turun dari singgasananya dan rakyat harus berani menegur secara tertip pemimpin yang salah itu. Jika pemimpin menyimpang dari kebenaran dan berdolak dalik, berselindung serta tidak sanggup berterus terang demi mengekalkan kuasa, mengamalkan nepotisme dan kroni, rakyat pasti hilang keyakinan dan kepercayaan dengan kerenah gaya kepimpinan jenis ini. Mengikut Thomas Fuller, apabila anda memerintah dengan bijaksana, anda akan dipatuhi dengan senang hati oleh rakyat di bawah. Sementara menurut Lee S. Bickmore, nasib kejayaan seseorang pemimpin, ditentukan oleh kemampuannya memahami dan melaksanakan kehendak rakyat bagi mendapat sokongan mereka pada masa akan datang. Kata-kata ini seharusnya menjadi panduan kepada setiap pemimpin yang berkuasa pada hari ini. Sifat bermain wayang yang ditontonkan tanpa menghadirkan bukti saksi yang disumpah untuk memberikan keterangan yang membenarkan, munafik dan berdusta, khianat dan mengabaikan keperluan rakyat dan menjurus kearah kezaliman akan menyebabkan seseorang pemimpin itu jatuh dan akhirnya tidak dipedulikan oleh rakyat. Sebagai pemimpin elakkan daripada bercita-cita untuk mendapat kedudukan bagi ahli keluarga dan kekayaan di dunia. Khianat paling besar adalah apabila seseorang pemimpin memperdagangkan rakyatnya dengan strategi dan langkah yang sesak dengan masalah. Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa

mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikatmalaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim! (Hud: Ayat 18) Walaupun pemerintah atau pemimpin itu zalim sekalipun, Nabi tetap tidak pernah membenarkan agar diadakan demonstrasidemonstrasi jalanan. Mencaci dan mengeji. Sekiranya nasihat, cadangan dan teguran tidak diterima, maka sesungguhnya kita telah menyampaikan, dan teruskanlah dengan nasihat-nasihat umum untuk manfaat rakyat Malaysia. Apabila kita sedang mengalami nasib sebagai orang yang dizalimi/dianyai rapati mereka dan ubatilah hati mereka. Jika terlihat seolah-olah KEZALIMAN dan PENGANYAIAN adalah perbuatan biasa dan adakalanya yang cetek serta buta ilmu hakiki menganggap ianya WAJIB pula, maka tunggulah saat-saatmu. Jadi maka WAJIB pula ringankanlah tangan semampu yang boleh membantu atau menolong orang yang sedang ditimpa kezaliman serta penginaiyaan oleh seseorang, perkumpulan mahupun apaapapun yang lebih besar dari itu.! Marilah! Kembali kepada Allah dengan sifat hakikat sabar yang sebenar-benarnya. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (AlBaqarah: Ayat 153). Tingkatan martabat iklas, Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat sifat lain yang terpuji. Sifat yakin dan keteguhan


hati adalah satu hal penting yang selalu dirindukan oleh orang yang berakal sehat, sebagai penenang hati dalam kesunyian, pemberi kekuatan saat ditimpa kelemahan, menjadi penerang dalam kegelapan, penghilang dahaga saat kehausan. Ringkasnya, keteguhan hati menyimpan banyak makna. Mohonlah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala keteguhan hati dan keselamatan. Sungguh, seseorang tidak diberi sesuatu yang lebih baik daripada keselamatan setelah diberi keteguhan hati. (HR. Ahmad). Redha dan tawadhulah dalam berhajat dan bermohon jalan kebaikan dan kebenaran sebagai jalan keluar dari himpitan kesempitan hidup yang sementara ini. Selama kita belajar melihat kekurangan diri, sepanjang itulah kita boleh mendidik jiwa dan hati kita agar sentiasa merendah diri, tidak sombong ketika berjalan di atas muka bumi. Banyaknya amal kebaikan tidak bererti kita sempurna. Jika sebelum beramal, tipu dayanya adalah enggan beramal, kalau sebelum beramal tipu dayanya adalah niat yang salah. Dari Al-Nu’man bin Basyir ra. ia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Doa itu adalah ibadah, kemudian beliau membaca ayat 60 surat Ghafir yang artinya, “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (HR. Tirmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, al-Nasa`i dan Hakim). Ingat doa orang yang dizalimi tidak mengira kaum dan bangsa. Kita harus ingat, mereka yang teranaiya serta dizalimi doanya akan diangkat segera oleh ALLAH SWT (doanya segera makbul) Pesan Rasulullah SAW kepada Muadz ketika akan mengutusnya untuk berdakwah ke Negeri Yaman: “Takutlah kamu pada do’a orang yang dizalimi, kerana do’anya dan

Allah tidak ada hijab.”Dalam erti yang lain, pesan Rasulullah SAW tersebut dituliskan: “Berhati-hatilah kamu terhadap do’a orang-orang yang di zalimi kerana tidak ada hijab antara Allah dan do’a orang yang di zalimi, do’anya akan naik ke langit seperti api”.(segera dimakbulkan insyaallah) Makbulnya do’a orang yang dizalimi tersebut digambarkan dalam sebuah kisah yang kejadiannya terjadi pada zaman Khalifah Umar bin Khattab, dimana nasib orang yang menzalimi sama persis/terjadinya seperti apa dimohon oleh do’a orang yang dizaliminya tersebut. Saat itu orang yang di zalimi berdo’a bahawa kebenaran ada pada dirinya (orang yang dizalimi), maka orang yang menzalimi itu pula akan menjadi buta dan mati ditanah yang telah dirampasnya sebagai tanah milik orang yang dizaliminya tersebut. Maka benarlah setelah do’a tersebut keluar dari mulut orang yang dizalimi, orang yang menzalimi menjadi buta, lalu jatuh terperosok ke dalam lubang pada tanah yang telah dirampasnya. Masih banyak lagi kejadian nyata yang terjadi atas MAKBULnya do’a orang-orang yang dizalimi, mungkinkah diri kita sendiri yang pernah mengalaminya.? Secara peribadi kepada yang pernah mengalaminya, bahkan saat kejadiannya terjadi hampir mereka tidak percaya pada apa yang terjadi setelah mereka panjatkan do’a mereka, disaat itu mereka yang menzalimi akan kesal akan apa yang menimpa mereka jika kemudaratan yang timpakan keatas mereka. Bagi mereka yang dizalami pula, mungkin mereka juga akan bersedih keatas kejadian yang menimpa si penzalim tersebut,yakni atas sifat perasaan kasih jika ada. Contoh doa yang biasa kita dengar ;“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, SubhanaAllah yang tahu isi hatiku dari diriku sendiri, Engkau tahu apa yang telah aku lakukan selama ini serta bakal apa



PENASIHAT DAN DUTA KHAS (SUATU PEMBAZIRAN WANG NEGARA) Mengapa tidak dilupuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantik kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat. Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga. Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, betapa banyaknya pembaziran di sini saja. Penasihat khas Perdana Menteri bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama) , Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis) Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri pula ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Tidakkah semua penasihat dan duta khas ini suatu pembaziran? Sudah ada 36 anggota kabinet yang boleh memberi nasihat dan pandangan kepada Perdana Menteri serta dutaduta di seluruh dunia mewakili negara, apa perlunya lagi penasihat dan duta khas itu? Ternampak bahawa semua perlantikan itu hanyalah untuk memberi imbuhan, kedudukan, gaji dan kemewahan sedangkan tidak kelihatan tugas dan peranan yang mereka mainkan. Selain ramai yang mempertikaikan apa nasihat dan kerja mereka yang bermanfaat untuk rakyat serta negara, melupuskan mereka jauh lebih mendatangkan kebaikan dan penjimatan kepada wang negara. Bahkan jika sembilan orang ini ada perasaan 10% baki maruah dan ingin sama-sama menyumbang untuk kebaikan negara, mereka juga seharusnya mengundur diri secara sukarela dengan perasaan bangga.



Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.