Rezeki - Ogos 2011

Page 30

SUMBER: THJ EDISI NOV-DIS 2010

NAMUN, SEKTOR YANG KURANG TERANCANG

adalah penyumbang yang lebih besar dalam pengeluaran daging berbanding dengan sektor terancang yang berdaftar. Pengeluaran daging secara keseluruhan dianggarkan sebanyak 6.5 juta tan pada tahun 2007–2008, sedangkan jumlah yang diperakui oleh sektor itu hanya 2.6 juta tan. Maharashtra, Andhra Pradesh, Uttar Pradesh, Bihar, Bengal Barat, Karnataka, Rajasthan dan Punjab adalah negeri pengeluar daging utama di India. Kadar penyembelihan untuk lembu secara keseluruhan adalah sebanyak 1.37 peratus, untuk kerbau sebanyak 3.54 peratus, bebiri sebanyak 29.02 per atus dan 34,08 peratus untuk kambing pada tahun 2007–2008. Ratarata hasil pada kerbau lebih tinggi daripada lembu. Haiwan penternakan seperti ayam, itik dan sebagainya juga merupakan salah satu haiwan yang paling banyak disembelih di India diikuti oleh kambing dan bebiri. Dengan penambahan kumpulan berpendapatan menengah India dan permintaan dari luar negara telah meningkatkan pengeluaran pelbagai daging. Tetapi sektor ini masih didominasi oleh unit yang tidak teratur dengan sekitar 25,000 rumah penyembelihan yang tidak berdaftar berbanding dengan 4,000 rumah penyembelihan berdaftar. Daging dihasilkan oleh penjual daging kecil-kecilan di tepi jalan dan juga dijual di kedai-kedai runcit untuk memenuhi permintaan tempatan. Orang ramai lebih suka membeli di pasar basah bagi memastikan kebersihan daging dan pematuhan Halal kerana ketidakpastian tentang proses dan pembungkusan makanan. Industri pemprosesan daging masih kecil, dengan hanya pengilang yang dipilih seperti Allanasons, Hind, Al-Kabir, Godrej Agrovet dan sejumlah kecil yang lain dan menyumbang kepada perkongsian margin dari pengeluaran daging secara keseluruhan. Pemprosesan daging dan kerbau masing-masing adalah sebanyak 6 peratus dan 20 peratus, sedangkan di negara maju, jumlah adalah sebanyak 60–70 peratus daripada pengeluaran secara keseluruhan.

KESIHATAN TERNAKAN Kelebihan India adalah status kesihatan

ternakannya yang baik. India sentiasa bebas dari Penyakit Lembu Gila (BSE) ditakuti dan telah bebas dari Rinderpest sejak tahun 1995. Belum ada satu pun Penularan Bovine Pleuro Pneumonia (CBPP) di India sepanjang 12 tahun sebelumnya. Satu-satunya masalah yang masih dan harus diberi perhatian adalah Penyakit Kuku dan Mulut (FMD), meskipun telah dikawal melalui pelbagai tindakan. Pada tahun 2008, sebanyak 2,207 ekor kerbau dijangkiti dan sebanyak 454 ekor mati akibat penyakit yang berbeza seperti septikemia berdarah, Penyakit Kuku dan Mulut dan sebagainya. Oleh itu, pada tahun 2008–09, kerajaan India telah mengeluarkan Rs11, 515 lakhs untuk kawalan penyakit haiwan. Jumlah ini menjangkau sepertiga bahagian daripada keseluruhan dana kebajikan haiwan. Sehingga kini, terdapat 56,604 institusi veterinar berfungsi di India untuk memenuhi permintaan masalah penyakit haiwan.

KEBERSIHAN DAN PEMATUHAN HALAL Kuantiti besar pengeluaran daging yang dihasilkan, khususnya daging kerbau, dieksport ke pasaran luar negara kerana pasaran tempatan tidak mempunyai permintaan tinggi akibat halangan agama, iaitu Hindu dan Buddha yang merupakan lebih daripada 80 peratus daripada penduduk negara itu. Pengeksportan daging lembu adalah dilarang oleh undang-undang di India, tetapi dibenarkan untuk

“PEMATUHAN HALAL DAN KUALITI KEBERSIHAN INDIA MENJADIKANNYA PILIHAN KEGEMARAN SEBAGAI PENGEKSPORT DAGING OLEH NEGARA-NEGARA ISLAM.”

diekspot ke negara-negara yang dipilih oleh India. Amalan penyembelihan haiwan yang mematuhi kaedah Halal merupakan isu penting bagi pelanggan Muslim, oleh itu sebelum pemberian sijil pendaftaran kepada rumah penyembelihan haiwan/ kilang pemprosesan daging adalah wajib untuk pengusaha mendedahkan kaedah penyembelihan yang diamalkan dan sama ada kaedah Halal dipraktikkan dengan betul, juga turut memastikan rekod jumlah penyembelihan ternakan disimpan oleh wakil-wakil daripada organisasi Islam. Pematuhan Halal dan kualiti kebersihan India menjadikannya pilihan kegemaran sebagai pengeksport daging oleh negaranegara Islam. Pada tahun 2008–2009, sejumlah 462,749.65 tan metrik daging kerbau bernilai AS$1052.32 juta dieksport. Vietnam, Malaysia, Filipina dan timur tengah negara-negara pengimport utama. Selepas daging kerbau, daging kambing bernilai AS$107.27 juta, dieksport dalam jumlah yang besar ke Timur Tengah, Malaysia dan Angola. Sejumlah 1.057.016 tan metrik produk ternakan (ayam, itik dan sebagainya), termasuk telur dan daging, bernilai AS$42,205 juta dieksport ke Afghanistan, Jerman, Denmark, Angola, Arab Saudi, Indonesia dan Jepun. Jadual menunjukkan menunjukkan negara-negara pengimport utama daging India pada tahun 2009–2010. Ketulenan pematuhan Halal berkenaan dengan kaedah penyembelihan daging India ini kadangkala dipersoalkan kerana kurangnya pengetahuan tentang India dan pengeksport. Atas dasar andaian bahawa Hindu mendominasi negara itu, daging di India disembelih oleh Pagan dan tidak Jadual Negara-Negara Pengimport Utama Daging India (2009-2010) di mukasurat seterusnya. Ogos 2011 REZEKI

35


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.