Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 81

Andragogi vs Pedagogi Andragogi atau pendidikan pembelajaran dewasa adalah berbeza dari pedagogi iaitu seni dan sains dalam membantu mengajar kanak-kanak. Kedua-dua model ini sangat berguna jika dilihat sebagai keterusan pembelajaran yang saling berhubung antara satu sama lain. Model pedagogi memberikan tanggungjawab yang penuh kepada guru untuk membuat keputusan tentang pembelajaran serta meletakkan pelajar dalam situasi yang memerlukan mereka mematuhi arahan guru. Pelajar belajar apabila mereka diberitahu apa yang mereka perlu pelajari supaya melepasi tahap gred yang seterusnya. Kebanyakan kita mempunyai pengalaman dalam mengunakan model pedagogi kerana ia merupakan gaya pengajaran yang sering digunakan di kebanyakan sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan institusi pendidikan lain. Apabila kita memasuki profesion akademik dan diminta untuk merangka suatu rancangan mengajar, biasanya model pedagogi akan mempengaruhi reka bentuk aktiviti-aktiviti yang dihasilkan kerana model pedagogi digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan dan latihan di Malaysia sejak sekian lamanya. Model andragogi pula memfokuskan tentang aspek keseluruhan pelajar dewasa iaitu emosi, psikologi dan intelektual. Oleh itu, ia memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap mengenalpasti keperluan dan cirian pelajar. Dari perspektif andragogi, pelajar dewasa digalakkan untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri apabila berada di dalam persekitaran pembelajaran. Untuk memudahkan proses ini, pelajar memerlukan galakan dan bantuan daripada pensyarah. Ini berbeza dengan peranan tradisional di mana pensyarah adalah pakar dan hanya menyampaikan kandungan, pengetahuan dan kemahiran.

Model Mana? Penggunaan mana-mana model pembelajaran membawa implikasi tertentu kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara asas bagi orientasi pedagogi ialah isi kandungan. Pensyarah yang memiliki orientasi pedagogi yang kuat kebanyakannya risau tentang konten atau kandungan yang perlu ada dalam situasi pembelajaran; 71


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.