Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 69

pengajian. Para pensyarah juga akan dapat mengetahui dan memantau tugasan dan bebanan sebenar pelajar dalam kursus yang ditawarkan. Pelaksanaannya juga diharap akan dapat mewujudkan pembelajaran berasaskan pelajar serta memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan hasil atau produk.

Jam Pembelajaran Pelajar Jam pembelajaran adalah salah satu langkah penting untuk memastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berdasarkan kepada beban pembelajaran yang sesuai. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Kerangka Kelayakan Malaysia telah menetapkan bahawa satu kredit mempunyai gabungan 40 jam pembelajaran pelajar dalam satu kursus bagi setiap semester. Nilai gabungan adalah notional credit atau nilai nosional yang mempunyai nilai 40 jam setiap semester untuk satu beban kredit. Gabungan tersebut adalah terdiri daripada pada gabungan masa berikut: i. Jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran berjadual (official contact time) ii. Jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time) iii. Jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan (independent/ self/group learning time) iv. Jumlah jam penilaian (assessment time) Sebagai contoh, jika satu kursus untuk satu semester mempunyai nilai 3 kredit, maka nilai jam pembelajaran pelajar ialah 120 jam (3 kredit X 40 jam pembelajaran pelajar). Untuk kursus yang mempunyai 5 nilai kredit, maka jam pembelajaran pelajar ialah 200 jam (5 kredit x 40 jam pembelajaran pelajar). Dalam penentuan jam pembelajaran tersebut, pensyarah perlu menetapkan pembahagian jumlah jam tersebut secara tepat dan sesuai. Sehubungan itu, proses penilaian rakan kesepakaran amat penting bagi tujuan tersebut. Aspek utama yang perlu diberikan tumpuan adalah 59


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.