Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 282

9. Mengelakkan dari mempunyai hubungan peribadi intim dengan pelajar-pelajar berlainan jantina. 10. Memberikan soalan-soalan peperiksaan yang sesuai dengan skop silibus dan objektif pembelajaran kursus yang dikendalikan. 11. Berlaku adil kepada pelajar-pelajar dalam pembahagian markah peperiksaan dan lain-lain aspek penilaian 12. Tidak memberikan maklumat mengenai kandungan soalansoalan peperiksaan kepada pelajar sebelum tiba masa peperiksaan. 13. Tidak memberitahu gred peperiksaan sebelum keputusan peperiksaan diluluskan oleh Senat Akademik. 14. Jika pelajar berlainan jantina datang ke pejabat pensyarah bagi tujuan perundingan, adalah disarankan pensyarah tidak menutup rapat pintu pejabat. Ini bagi mengelakkan sebarang perilaku yang kurang sopan yang mungkin berlaku di antara pensyarah dan pelajar yang berlainan jantina.

Contoh Kes-kes Perlanggaran Etika Profesional Di antara nilai etika yang biasa dilanggari oleh segelintir pensyarah adalah bertanggungjawab, benar dan amanah. Sedangkan ini adalah antara elemen-elemen nilai etika profesional yang paling utama yang perlu. Ada tiga kisah benar yang menarik tentang isu ketidakbertanggungjawaban, tidak amanah dan tidak bercakap benar dari segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi di negara kita. Isuisu yang diketengahkan dalam bab ini adalah isu-isu yang disumbangkan oleh pensyarah-pensyarah dalam tugasan PTK mereka. Kisah Pertama: Isu tidak amanah Dr. Nai (nama samaran) adalah seorang pensyarah yang telah hampir 20 tahun bertugas di salah sebuah universiti tempatan dan telah diberikan tugas untuk mengajar subjek kepakarannya sejak beliau mula bertugas. Pengalaman beliau yang lama telah membolehkan beliau memegang beberapa jawatan pentadbiran dan berkecimpung dalam beberapa projek perundingan. Namun begitu, ganjaran yang lumayan dari kerja-kerja luar tersebut nampaknya lebih menarik 272


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.