MAKALAH PPUK OKTOBER - DISEMBER 2022

Page 1

KATA-K

TIMBALANDEKAN(PENYELIDIKAN,PEMBANGUNANDANPENERBITAN)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan makalah PPUK Edisi Okt-Dis 2022. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada seluruh barisan stakeholders PPUK yang telah memberikan komitmen terbaik terhadap segala bentuk gerak kerja yang telah dilaksanakan bagi merealisasikan visi, misi dan matlamat-matlamat PPUK secara amnya.

Penglibatan seluruh warga PPUK merangkumi staf pentadbiran, akademik, kumpulan fokus serta pelajar secara aktif, kreatif dan berinovasi diperlukan secara konsisten bagi memastikan PPUK kekal berdaya saing memberikan output berimpak tinggi kepada komuniti, industri dan alam sekitar. Output-output berimpak tinggi perlu terus dijana melalui penghasilan penerbitan, gerangeran penyelidikan, kerjasama dengan agensi luar, produkproduk inovasi serta penghasilan pakar-pakar akademik dan graduan yang cemerlang, terarah dan profesional.

Kesemua matlamat ini dapat dilaksanakan dan terus dicapai melalui pembudayaan ekosistem organisasi yang berprestasi tinggi dan keteguhan pegangan terhadap nilai bersama PPUK iaitu amanah, profesional dan inovatif yang

seiringan dengan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial setiap warga PPUK. Saya percaya bahawa pembudayaan nilai dan ekosistem organisasi berprestasi tinggi inilah yang telah tersemai dalam setiap warga PPUK dan akan terus dibawa dan diterjemahkan melalui pencapaian berimpak tinggi PPUK pada masa-masa yang akan datang Semoga kita semua terus bersama memperkasa komitmen dan memacu kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara Sekian,

OKTOBER- DISEMBER 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 1
Profesor Madya Dr. Khairol Anuar bin Kamri Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan)
BENGKELTRAININGOFTRAINERS(TOT)PENGAJARKURSUSKOKURIKULUMBERKREDIT (KKB)SEMISESI2022/2023PUSATPENGAJIANUMUMDANKOKURIKULUMUTHM Bengkel TOT bagi pengajar KKB telah dilaksanakan pada 6 hingga 8 Oktober 2022 di New York Hotel, Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan dan pengkongsian ilmu berkenaan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaan bagi kursus kokurikulum berkredit bagi semester I 2022/2023 OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 2
TAKLIMATPUSATPENGAJIANUMUMDANKOKURIKULUMMINGGUHALUAN SISWAUTHMSEMESTERISESI2022/2023
OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN
KOKURIKULUM 3
Sesi
taklimat
bersama PM. Dr. Mohd Khir bin Mohd Nor (Timbalan Dekan Kokurikulum) dan Hj. Abd Shakor Bin Borham (Timbalan Dekan Pengajian Umum) yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2022 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
UMUM DAN
OKT - DIS 2022
4
BENGKEL
PUSAT
PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM Pada 10 Oktober 2022 Bengkel Outcome-Based Education (OBE) Mata Pelajaran Umum (MPU) Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM telah diadakan di PTTA, UTHM. 12 Oktober 2022 - Bengkel TOT Penyelia Pelajar Pascasiswazah Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM. Bengkel ini bertujuan untuk memberi informasi berkenaan proses penyeliaan pelajar Pascasiswazah dan kaedah-kaedah penyeliaan yang berkesan.
BENGKEL OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 5 Bengkel Pemurnian Dokumen Outcome-Based Education (OBE) Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum telah dilaksanakan pada 4 Novmber 2022 di Auditorium Galeri Ilmu, UTHM Pada 4 - 5 Disember 2022, Bengkel Outcome-Based Education (OBE) Siswazah Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPUK, UTHM. Bengkel Pemurnian Dan Penjajaran Konstruktif Mata Pelajaran Umum Dan Pascasiswazah PPUK, UTHM. Bengkel ini telah dijalankan pada 1517 Disember 2022 di Hotel Tun Fatimah Riverside, Melaka.

PERBINCANGAN

OKT - DIS 2022
6
FORUM
PUSAT
PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM Program Peningkatan Pendayaupayaan Pengguna Bertajuk "Pengguna Tertipu Salah Siapa" Bersama MACFEA Anjuran PPUK, UTHM. Program ini telah dilaksanakan pada 10 November 2022 di Auditorium Al-Jazari, PTTA UTHM 10 November 2022 - Program Perbincangan Meja Bulat Kajian Pengguna Berdayaupaya anjuran bersama MACFEA dan PPUK, UTHM
OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 7
WACANAILMIAH
Wacana Ilmiah bertajuk Keluarga Dan Sosial Islam: Cabaran Semasa Dan Penyelesaian telah diadakan pada 16 Disember 2022 secara dalam talian yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan Bin Mohd Yusof Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Wacana Ilmiah Falsafah Dan Isu Semasa: "Hubungan Metafizik & Manusia Dalam Pembentukan Peradaban telah
diadakan
pada 16
Disember
2022 secara
dalam
talian yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad Dekan Institut Peradaban Islam Antarabangsa (UCYP)

“Wacana Kenegaraan : Perlembagaan Pasak Keutuhan Negara” diadakan pada 12 Disember 2022 (Isnin) secara atas talian. Program ini dianjurkan bertujuan mendedahkan kepada semua pelajar yang mengambil kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia seramai 1980 orang pelajar dalam mendalami tentang konsep dan perkara-perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Panel wacana ini ialah Profesor Pelawat PPUK, Professor Madya Dr Nazri bin Musli, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan), Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan salah seorang dari pakar perlembagaan di negara ini. Program ini dianjurkan bersama oleh kumpulan penyelaras kursus diketuai Encik Muhaymin Hakim bin Abdullah bersama dengan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini.

Wacana Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu daripada program wajib yang diadakan pada setiap semester perkuliahan di bawah Jabatan Sains Sosial. Program ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian kursus UQU10702/UQU10802 Penghayatan Etika dan Peradaban yang merupakan kursus mata pelajaran umum (MPU) berstatus wajib Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, kehadiran wacana ini dijadikan salah satu elemen pentaksiran yang diambil kira dalam kursus UQU10702/UQU10802. Wacana ini telah berlangsung pada 14 November 2022 dan disertai oleh 500 lebih pelajar dari pelbagai seksyen. Yang berbahagia Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurilum iaitu Dr. Lutfan bin Jaes dijemput sebagai perasmi majlis dan diiringi oleh bacaan doa pembuka majlis. Seterusnya, tetamu jemputan selaku penceramah bagi wacana ini iaitu Yang Berbahagia Dr. Marwan bin Ismail memulakan sesi perkongsian pengalaman dan perbincangan wacana yang Wacana Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Pembinaan Jatidiri Mahasiswa.

WACANAILMIAH OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 8

JERAWARAYA

BERSAMAKOMUNITI

OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN
KOKURIKULUM 9
UMUM DAN
Jerayawara Panduan Penerapan Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di UTHM telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPUK pada 06 Disember 2022. Bengkel Kecemerlangan LAM Skor A+ bagi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Di Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 13 Oktober 2022 bertempat di Dewan Kuliah F, Blok G3. UTHM
BERSAMAKOMUNITI OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 10
Pada 15 dan 16 Oktober 2022 yang lepas telah berlangsung Pertandingan Festival Nasyid Negeri Johor kali ke 30 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Dr Lutfan Bin Jaes telah dijemput sebagai salah seorang panel hakim (bahagian lirik). Penglibatan beliau dalam festival ini telah mengukir satu lagi “keberadaan” PPUK di platform yang pelbagai khususnya dalam bidang seni dan sastera tanah air. Antara barisan panel hakim lainnya adalah terdiri daripada Saudara Erwan Johari (Penyampai Radio IKIM) serta barisan artis nasyid senior terkenal tanah air iaitu Saudara Huzaimi “NowSeeHeart”, Saudara Akmaludin “Mirwana” dan produser/ pencipta/ penyanyi terkenal Daqmie “Casablanca” Pada 25 Oktober 2022 – Dr Lutfan Bin Jaes (Dekan PPUK) telah dijemput sebagai salah seorang panel dalam Bicara Negarawan Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn di Auditorium PPPAV Arkib Negara Malaysia Bersama-sama beliau ialah panel pembicara lainnya iaitu Y Bhg Dato’ Haji Jumaat Dato Haji Mohd Nor (Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia) dan Y. Bhg Datuk Abdul Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara) Antara lain Dr Lutfan menyampaikan idea tentang Tun Hussein Onn dalam perspektif tokoh opposisi (Lee Kuan Yew). Begitu juga halnya terkait usaha-usaha Tun Hussein Onn dalam menangani cabaran memantapkan negara, membentuk kepimpinan berorientasikan masa depan serta mengekalkan keamanan dan kestabilan nasional.

SUKANSTAFUTHM2022

GRADUANPPUK

OKT - DIS 2022
11
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
Dekan bersama beberapa staf PPUK turut serta dalam perbarisan kontigen DINAMIK di Majlis Penutup Karnival Sukan Staf UTHM 2022. Pada edisi kali ini kontigen DINAMIK berjaya memungut 4 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa. 03 Disember 2022 - Majlis Minum Petang Meraikan Graduan PLK/KLK Sempena Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-22.

KENAIKANPANGKAT

JASAMUDIKENANG,BUDIMUDISANJUNG OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN
DAN KOKURIKULUM 12
UMUM
Terima kasih Dr. Ahmad Sharifuddin Bin Mustapha di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Jabatan (Pengajian Islam) di PPUK.
Seluruh warga kerja PPUK ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PROF. MADYA Dr. KHAIROL ANUAR BIN KAMRI & PROF. MADYA Dr. FADILLAH BINTI ISMAIL di atas kenaikan pangkat ke Profesor Madya Gred DS54. Selamat maju jaya dan terus memacu kecemerlangan PPUK
PPUKDIMEDIAMASSA OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 13 Liputan akhbar Kosmo bertajuk Angkat Jidor Johor ke Persada Dunia bersama En. Mohd Nizam Talib Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit Kompang, PPUK UTHM Keratan akhbar di pautan berikut https://news.uthm.edu. my/.../keratan-akhbarangkat-jidor.../
watikah pelantikan jawatan pengurusan PPUK oleh Dekan kepada: Hj. Abd Shakor bin Borham, Timbalan Dekan (Pengajian Umum)
Madya.
Khairol Anuar bin Kamri, Timbalan Dekan
Pembangunan &
PELANTIKANJAWATANGILIRAN Penyerahan
Prof
Dr.
(Penyelidikan,
Penerbitan) Dr. Harliana binta Halim, Ketua Jabatan (Sains Sosial) Hjh. Shakila binta Ahmad, Ketua Jabatan (Pengajian Islam).

LAWATAN

Kursus Integriti dan Anti-Rasuah (UQU 40203) merupakan kursus yang merangkumi konsep berkenaan dengan nilai integriti, kelakuan rasuah dalam kehidupan seharian dan organisasi. Kaedah pencegahan rasuah turut diperkenalkan dalam kursus ini. Seramai 27 orang pelajar telah berminat menyertai kursus ini dan telah dijalankan secara hibrid dalam satu seksyen kerana melibatkan pelajar Kampus Induk dan Pagoh Sebagai keperluan dan salah satu keperluan penilaian kursus, semua pelajar dimestikan menyelesaikan tugasan individu (refleksi menerusi lawatan fizikal) ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehubungan dengan itu, satu sesi lawatan telah dijalankan pada 18 Disember 2022 bertempat di Pejabat SPRM Cawangan Segamat, Johor. Lawatan melibatkan 4 orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Harliana Halim, Dr. Noranifitri Md. Nor, Dr. Nor Shela Saleh dan Dr. Riki Rahman. Pelajar pula terdiri daripada semua pelajar yang mengambil kursus KIAR pada semester I sesi 20222023 (27 orang pelajar) dan 2 pelajar pasca siswazah daripada Jabatan Sains Sosial serta Jabatan Pengajian Islam Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar khususnya berkenaan dengan salah guna kuasa, integriti, kes rasuah yang disampaikan oleh Pegawai SPRM. Pelajar juga diberi peluang memasuki bilik temu bual bervideo di samping melihat alatan dan pakaian yang digunakan kepada individu yang terlibat dengan rasuah. Pengalaman yang diberikan amat bermakna dalam meningkatkan kefahaman mahasiswa untuk mendepani kehidupan selepas menamatkan pengajian serta persediaan sebagai pekerja dalam organisasi. Secara tidak langsung, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi menjadi rujukan untuk membentuk pekerja yang berintegriti dan bebas rasuah pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Dr. Nor Shela Saleh (Penyelaras Kursus Integriti dan Anti Rasuah)

OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 14

PENCAPAIAN

OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 15
Tahniah penyelidik dan pelajar pascasiswazah PPUK yang telah merangkul kejayaan di Research & Innovation | Symposium & Exposition (RISE) 2022. Secara keseluruhannya membawa pulang satu (1) emas, empat (4) perak dan dua (2) gangsa. Tahniah dan Syabas kepada semua pensyarah dan para penyelidik dari PPUK yang telah menyertai dan mencapai kemenangan pingat pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 pada 1-3 November 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

BERKAT,PPUK

OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 16
OKTOBER
- Mesyuarat
PPUK Kali Ke-3 Sesi 2020/2022.
12
2022
Agung Badan Rekreasi Dan Kebajikan Staf (BERKAT)
Tahniah diucapakan kepada barisan Jawatankuasa BERKAT yang baharu
OKT - DIS 2022 PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM 17 Diterbitkan oleh: Jawatankuasa Promosi, Perhubungan Korporat dan Media PPUK Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Tel: +607-453 7480 Email: ppuk@uthm.edu.my Website: https://ppuk.uthm.edu.my https://kkb.uthm.edu.my Editor: Mohd Hairul bin Khamidun Norhafizah binti Ahmad Mohd Suffian bin Md Nor
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.