Sains,Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Page 1

BIl

NAMA

NO. MATRICS

1

SIR URFEY MUHAMMAD BIN NORAZMI

06DAT21F1027

2

MUHAMMAD NAJMI RAMADHAN BIN MUHAMMAD FADHIL

06DAT21F1079

3

NOR AIN ADELINA BT ABD JALIL

06DAT21F1090

4

NUR KHAIRUN WARA’ BINTI RIJALUDIN

06DAT21F1036

5

HANEENA FAZEERA BINTI YULIANTO

06DAT21F1071


Pendahuluan Sebahagian daripada cabang ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang.Ketiga-tiga bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia. Umat Islam perlu sedar bahawa penguasaan ketiga - tiga bidang ini penting dalam memastikan mereka tidak ketinggalan ditelan arus pemodenan, namun dalam masa yang sama mempertahankan nilai agama yang diterapkan dalam kehidupan. 4.3.1 Definisi Sains, Teknologi dan TMK menurut Islam Sains - Berasal daripada perkataan scientia daripada bahasa Latin yang bermaksud “Ilmu Pengetahuan” - Ilmu sains bukan sahaja berkaitan dengan fenomena alam fizikal, tetapi merujuk juga kaedah memperoleh ilmu melalui eksperimen dan pembuktian empirikal. - Sains menolak penjelasan melalui unsur ghaib yang tidak dibuktikan secara empirikal(pemerhatian dan eksperimen). Teknologi - Cara penyelesaian masalah manusia melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan, jentera, maklumat, pemprosesan dan sebagainya. - Merujuk cara penggunaan dan pengetahuan peralatan serta kemahiran manusia. - Manusia terawal menggunakan pelbagai peralatan seperti alat perburuan, pertanian, pemahatan dan sebagainya. - Himpunan tentang teknik penciptaan peralatan dan kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup manusia inilah yang akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi seperti yang diketahui sekarang TMK - Penggunaan teknologi dalam menguruskan, menggunakan, dan memproses maklumat. - TMK berkaitan dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat. - Bagi masyarakat umum, TMK sebagai kemahiran yang memanfaatkan dan menggunakan Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan maklumat 4.3.2 KEPENTINGAN SAINS, TEKNOLOGI DAN TMK -

-

Pada zaman kegelapan masyarakat Barat, umat Islam telah mencapai kegemilangan daripada hasil penciptaan teknologi oleh para cendekiawan Islam. Hasil sumbangan inilah yang menjadikan tamadun Barat mencapai kegemilangan pada masa in. Dengan itu, wajarlah para cendekiawan Islam mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti sedia kala. Antara sebab umat Islam mesti memberikan perhatian berat terhadap sains dan teknologi adalah kerana ;● Tauhid dan Akidah Islam mewajibkan umatnya memerhati dan mengkaji fenomena alam, kejadian manusia, tumbuhan dan cakerawala.


● ●

Terdapat elemen permasalahan dalam syariah yang kritikal seperti penentuan dan pembahagian pusaka, penentuan masa solat lima waktu, penentuan hari mula berpuasa dan hari raya dan teknologi pengangkutan dalam ibadat haji bagi orang yang berkemampuan di pelosok dunia yang berkemampuan untuk menunaikan haji sekali seumur hidup Dari segi akhlak, terdapat desakan kemahiran untuk berfikir secara rasional untuk menyelesaikan masalah seperti permasalahan sosial. Pada zaman ini, negara umat Islam mestilah memastikan bahawa menjadi negara yang paling kuat dan berpengaruh supaya usaha penyebaran dakwah Islamiah dapat diluaskan ke serantau dunia.

4.3.3 PANDUAN ISLAM TENTANG SAINS, TEKNOLOGI DAN TMK -

Kemajuan ini telah mendatangkan impak positif dalam memudahkan urusan kerja manusia seharian. Walaupun begitu, perkembangan ini telah mendatangkan isu dan cabaran kepada sistem nilai dalam masyarakat. Islam tampil memberikan panduan kepada ahli sains bagi memastikan peranan mereka selari dengan tuntutan agama. Antara panduannya ialah:1. Menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah Dalam perspektif Islam, manusia sebagai khalifah perlulah menggunakan ilmu sebagai syarat utama dalam membangunkan ketamadunan, sains dan teknologi moden. Ilmu ini merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah ( kepentingan awam) dan dhiya’ (pembaziran). Kajian sains dan teknologi mestilah dibangunkan berasaskan pematuhan kepada prinsip tersebut bagi memastikan kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam. 2. Bersifat ikhlas Setiap perkara yang dilakukan hendaklah kerana Allah semata-mata. Niat yang betul akan membuahkan hasil yang dapat memberikan natijah yang berkesan kepada matlamat utama pembangunan sains dan teknologi. Contohnya Ibnu Sina mencipta pelbagai alat pembedahan dan menerokai aspek alam semula jadi untuk mencari pelbagai jenis ubat-ubatan. 3. Tidak memusnahkan alam Permintaan yang tinggi terhadap perumahan, pekerjaan, perubahan gaya hidup dan kemudahan memaksa penerokaan sumber asli yang berlebihan. Kepupusan spesies tumbuhan dan hidupan liar, perubahan landskap yang tidak lagi boleh dikembalikan serta memberikan kesan kepada alam sekitar amnya akan mempengaruhi gaya hidup dan budaya generasi masa depan. 4. Tiada pembunuhan dan penganiayaan Islam menekankan kasih sayang untuk sekalian alam termasuk haiwan. Penganiayaan haiwan liar dalam Islam bukan sahaja berkaitan moral, tetapi larangan agama atau dosa. Haiwan yang hidup merupakan alternatif akhir yang kritikal untuk suatu eksperimen menggunakan kaedah dan peralatan yang tidak menyeksa haiwan tersebut. 5. Mengutamakan nilai rohani Segala kejadian dan fenomena alam semesta ini merupakan tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT yang dapat dirasai oleh golongan yang diistilahkan sebagai ulul albab ( golongan yang mempunyai akal yang


sempurna lagi bersih dan mengetahui hakikat banyak perkara secara jelas dan nyata). Pemikiran golongan ini dapat mewujudkan kewujudan Allah SWT dan merasai keagungan-Nya. 4.3.4 PENYALAHGUNAAN DAN PENYELEWENGAN SAINS, TEKNOLOGI DAN TMK Bidang Sains dan Teknologi

Isu Pemahaman sekuler - pemisahan sains dan teknologi daripada agama

Cabaran ● ● ●

Pemusnahan alam sekitar atas nama kemajuan

● ● ●

Mengubah kejadian Allah

Membawa kemudaratan

Ilmu sains terlepas daripada panduan agama Ilmu agama membicarakan persoalan ibadat peribadi semata-mata Persoalan sains dan teknologi ditangani bukan dalam kerangka fahaman agama tetapi kerangka semata-mata. Bumi dirosakkan oleh kemajuan industri yang sangat pesat Manusia membangunkan kawasan industri dengan memusnahkan flora dan fauna Kawasan pinggir pantai atau laut bertukar menjadi tempat rekreasi air dan bangunan mewah Penyalahgunaan teknologi genetik seperti ibu tumpang dan sumbangan air mani (bukan suami) akan menimbulkan isu kekeluargaan yang rumit. Pertukaran jantina yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Teknologi peperangan yang menggunakan bahan kimia mengancam kelangsungan hidup manusia yang tidak berdosa. Pelepasan karbon dioksida melalui pembakaran, penggunaan batu arang, gas dan penebangan hutan menyebabkan suhu global meningkat


Bidang TMK

Isu Kesahihan maklumat

Cabaran ●

Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa menyeleweng maklumat bertujuan untuk menyesatkan orang lain. Rujukan maklumat daripada Internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat

Laman pornografi

Ketagihan terhadap lama pornografi mencetuskan kerosakan maruah, nilai kepribadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan dan pembaziran wang serta masa.

Penyebaran fitnah dan gosip

Penyebaran fitnah dan gosip semata-mata untuk memburukkan atau memalukan pihak lain.

Aktiviti perjudian

Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa dan remaja.

Perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa

Kerosakan bahasa melalui penggunaan tulisan yang ringkas dan mudah menyebabkan masyarakat menggunakannya dalam komunikasi harian mereka

Hubungan bebas

Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali akan menyebabkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya

Penipuan Internet

Penipuan bermotifkan kewangan secara terlindung. Sebagai contoh,tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab namun dikenakan syarat perlu membuat pembayaran dahulu.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.