
3 minute read
Pakaian Akademik


Advertisement













JUBAH GRADUAN
JUBAH DOKTOR FALSAFAH
Jubah graduan Doktor Falsafah berwarna merah hati dan dihiasi dengan corak tenunan lapel berwarna keemasan serta tiga garisan berwarna merah di sekeliling lengan.
JUBAH SARJANA
Jubah graduan Sarjana berwarna merah hati dan dihiasi dengan corak tenunan lapel berwarna keemasan serta dua garisan berwarna merah di sekeliling lengan.





28
JUBAH GRADUAN

JUBAH SARJANA MUDA JUBAH DIPLOMA
Jubah graduan Sarjana Muda berwarna ungu dan dihiasi dengan corak tenunan lapel berwarna keemasan.
Jubah graduan Diploma berwarna hitam dan dihiasi dengan corak tenunan lapel berwarna keemasan.
MORTAR BOARD
Mortar board dipakai oleh pensyarah tanpa Ph.D. dan graduan Sarjana dihiasi dengan tassel berwarna perak manakala mortar board dipakai oleh graduan Sarjana Muda dan Diploma dihiasi dengan tassel dan garisan berasaskan warna Fakulti.
FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SOSIAL - Oren
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN DAN INFOMATIK - Hijau FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN - Biru Laut




FAKULTI PENGAJIAN MARITIM - Merah Hati
FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN - Ungu








SELEMPANG GRADUAN CEMERLANG
Selempang ini dipakai pada leher dengan keduadua hujungnya dibiarkan berjuntai ke arah depan. Ia diperbuat daripada sekeping kain selebar lima inci berwarna emas yang ditekat dengan logo UMT pada hujung sebelah kanan dan tulisan ‘‘cemerlang’’ pada hujung sebelah kiri. Selempang ini dipakai oleh graduan sebagai satu bentuk pengiktirafan daripada universiti atas pencapaian mereka memperoleh pencapaian cemerlang (PNGK 3.67 ke atas) dalam program pengajian mereka.
Warna emas sebagai simbol pencapaian cemerlang dan ungu merupakan warna korporat UMT, yang bermaksud simbol graduan holistik yang mampu menyumbang ke arah kemajuan agama dan bangsa.