Buku program Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-16

Page 44

KESARJANAAN / KEPIMPINAN DALAM PEMBANGUNAN UNIVERSITI

dan beberapa buah buku. Antara hasil dapatan kajian beliau pada masa itu ialah berkaitan kepentingan pokok hutan paya bakau (mangrove) dalam membantu mengurangkan kesan pelanggaran ombak bot dan bencana alam tsunami. Kumpulan MARU ini juga telah menempatkan nama UMT (ketika itu masih dikenali sebagai KUSTEM) di peringkat kebangsaan apabila beliau dan beberapa ahli MARU telah dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa peringkat kebangsaan berkaitan paya bakau dan tanah bencah.

Kewibawaan beliau juga terserlah dalam kepimpinan akademik. Beliau telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran seperti Ketua Jabatan (tahun 1992 – 1996); Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi (tahun 1996 – 1999); Dekan, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (tahun 2015); serta Pengerusi Program Pengajian Sains Marin (tahun 2015); Mulai tahun 2000, beliau telah mempelopori usaha penubuhan institut penyelidikan tersohor UMT iaitu Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS). Mohd Lokman telah dilantik sebagai Pengarah INOS yang pertama pada April 2001 – 2005 dan dilantik sekali lagi menjadi Pengarah INOS yang ketiga pada tahun 2009 – 2014. Beliau merupakan individu penting yang berjaya membawa INOS menerima pengiktirafan rasmi antarabangsa dari pihak Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) of UNESCO pada Jun 2000 yang mengeluarkan laporan rasmi menyokong penuh kepada penubuhan INOS.

PERKEMBANGAN KERJAYA Mohd Lokman telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun, dan jawatan terakhir yang dipegang beliau adalah sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mohd Lokman memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT) pada tahun 1982. Ketika itu UPMT baru memulakan operasinya dengan keluasan yang agak kecil, ia hanyalah sebuah Stesen Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia yang hanya mempunyai 50-80 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa dengan infrastruktur yang amat terhad. Mohd Lokman merupakan antara kumpulan awal pelopor yang berusaha membangunkan stesen tersebut sehingga berupaya berkembang menjadi Kolej Universiti Terengganu (1999), seterusnya membesar menjadi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 2001 sehingga akhirnya sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada tahun 2007.

Sumbangan beliau yang paling bermakna kepada INOS dan UMT tercipta pada Julai 2012, apabila berjaya memimpin INOS mendapatkan pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi) untuk dinobatkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Ke-6 Negara (Higher Institution Centre of Excellence atau singkatannya HICoE) dalam bidang Marine Ecology dengan saluran dana penyelidikan sebanyak RM3 juta setahun. Di bawah kepimpinan beliau juga, INOS telah diiktiraf sebagai Regional Training Center for Oceanographic Data yang pertama di Asia Pasifik oleh Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC), UNESCO pada tahun 2014 dan pada tahun yang sama telah diiktiraf sebagai satu-satunya rakan akademik di Asia oleh Free University of Belgium untuk menjalankan program sarjana antarabangsa Erasmus Mundus EU-TROPIMUNDO.

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1991, Mohd Lokman telah berkhidmat sebagai Pensyarah dan dilantik menjadi Ketua Jabatan Teknologi Perikanan di Stesen Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT). Ketika itu tumpuan kajian saintifik beliau adalah mengenai kelestarian pesisiran pantai dan hakisan. Atas sumbangan dan kecemerlangan khidmat akademik, pada tahun 1997 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya.

Kepimpinan dan ketokohan Mohd Lokman juga telah digunakan untuk membangunkan keupayaan penyelidikan Universiti apabila dilantik menjadi Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi yang pertama dari tahun 2005 hingga 2009 sebagai usaha untuk membina asas, struktur, perancangan halatuju dan

48


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.