Penulis : Fatin Pauzi www.majalahIM.com
B
eberapa hari lepas, dunia pemasaran internet digegarkan dengan suatu produk yang dihasilkan oleh dua orang usahawan internet tempatan yang terkenal iaitu Gobala Krishnan & Zamri Nanyan. Ramai orang telah mendapatkan produk ini kerana mereka yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil lumayan dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, dalam kesibukan para affiliate untuk mempromosikan produk Rahsia ClickBank dengan menawarkan bonus-bonus yang tidak kurang hebatnya, para pembeli Rahsia ClickBank perlu bertindak bijak dalam memilih bonus yang ditawarkan. Harga dan kuantiti sesuatu bonus itu tidak penting, tetapi apa yang penting ialah kualiti sesuatu bonus dan bagaimana ia boleh membantu anda dalam memantapkan lagi penggunaan produk Rahsia ClickBank. Bonus yang paling tepat ialah bonus yang berkaitan dengan produk yang anda beli. Pada pendapat saya, Newbie ClickBank adalah ebook yang paling tepat untuk anda miliki. Ia ditawarkan sebagai bonus oleh Team Flarebiz sekiranya anda membeli Rahsia ClickBank melalui link affiliate mereka. Setakat ini, Newbie Clickbank mendapat respon yang sangat baik dan positif malahan ada yang sanggup membelinya dari Team Flarebiz. Tetapi, mereka menetapkan untuk menawarkannya hanya sebagai bonus kepada pembeli Rahsia ClickBank melalui link affiliate mereka. Untuk pengetahuan anda, anda tidak akan perolehi ebook ini di mana-mana tempat selain daripada Team Flarebiz. Ebook ini merupakan suatu perkongsian pengalaman penulis sendiri ataupun ‘blueprint’ bagaimana penulis dapat
menjana 4 angka secara ‘part time’ dengan pemasaran affiliate. Terdapat 5 bab dengan 5 cara berlainan dan langkah satu persatu tentang cara yang tepat untuk anda memanfaatkan produk Rahsia ClickBank dan menjana ribuan ringgit dari produk tersebut. Dalam bab 1, penulis menerangkan bagaimana untuk mendapatkan niche yang terbaik bagi mendapat jualan yang memberansangkan. Sepertimana yang kita ketahui, niche yang tepat akan memberikan hasil yang lumayan. Sebab itulah kenapa ramai pakar affiliate tidak mendedahkan niche apa yang mereka gunakan dalam menjana ribuan ringgit dari pemasaran affiliate. Seterusnya, untuk mendapatkan niche yang terbaik, anda perlu melakukan beberapa kajian dan dalam bab ke-2, penulis menerangkan langkah demi langkah cara untuk anda melakukan kajian terhadap niche. Saya yakin tidak ramai yang mengetahui kaedah ini dan ia telah didedahkan di dalam Newbie ClickBank! Penulis mendedahkan 4 alamat laman web yang terdapat di internet yang boleh dijadikan medium untuk anda melakukan kajian secara percuma sahaja. Untuk menukarkan pelawat ke laman web anda kepada seorang pembeli, anda memerlukan sebuah ‘landing page’ yang berkesan. ‘Landing page’ yang dapat membuatkan mereka bertindak untuk mengeluarkan duit dari poket bagi membeli produk yang anda promosikan merupakan sebuah ‘landing page’ yang sangat berkualiti. Ebook Newbie ClickBank mendedahkan dan mengajar satu persatu bagaimana anda dapat membuat ‘landing page’ yang bakal memukau pandangan pelawat yang berkungjung ke laman web anda.
39