Sosialis (May Jun 2015)

Page 1

MEI-JUN 2015

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI

| PQ/PP1505(17864)

Apa Rakyat Marhaen Mahu???

BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Rakyat bangkit bantah GST > m/s 8

Deklarasi 1 Mei 2015:

Batal GST > m/s 9

Bandung 60 tahun: Apa dah terjadi? > m/s 12-13

Tanah petani dirampas Jaminan makanan terjejas > m/s 5

Gabungan Kiri syorkan Pelan Induk Transisi Ekonomi Alternatif untuk RMK-11

baca lanjut di m/s 6, 7, 10 & 11

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: pusat@partisosialis.org


PSM

2

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan. Bendera dan Lambang Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat Parti Sosialis Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan. Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional. Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak. Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya. Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan. Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama. Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan. Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian. Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional. Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan. Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan. Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis? Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti. Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan. Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya. Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Mei-Jun 2015

Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Laman web: http://partisosialis.org/ Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

Gabungan Kiri yang dianggotai oleh PSM telah mengadakan satu simposium pada bulan April yang lepas untuk membincangkan Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan oleh kerajaan. Diskusi dalam simposium tersebut berkisar pada aspirasi rakyat marhaen untuk sebuah masyarakat Malaysia yang lebih adil, demokratik dan makmur. Untuk merealisasikan impian untuk Malaysia yang lebih baik, amat penting untuk kita berfikir di luar kotak dan melakukan anjakan paradigma dalam merangka strategi pembangunan dan dasar ekonomi negara kita. Agenda neo-liberal yang dibawa oleh kapitalis global dan dipeluk kuat oleh rejim UMNO-BN telah menimbulkan pelbagai masalah dan mewujudkan krisis yang berterusan sehingga rakyat biasa yang menanggung segala akibatnya. Oleh itu, kita perlu alternatif baru dalam perancangan untuk ekonomi dan masyarakat kita. ##

Suasana politik negara kita sekarang ini amat tidak menentu kerana rejim UMNO-BN sedang menghadapi krisis dalaman yang serius, di mana puak Mahathir nampaknya sedang cuba menggulingkan Najib dengan apa jua cara pun. Pakatan Rakyat pula menghadapi krisis perpecahan yang melemahkan kekuatannya untuk bersaing dan menggantikan rejim UMNO-BN. Dalam situasi sebegini, rakyat Malaysia tidak patut hanya duduk dan tunggu sehingga berlakunya keajaiban yang akan membawa perubahan sosial yang kita inginkan. Percaturan politik golongan

Langganlah Akhbar

Parti Sosialis lebih mementingkan isuisu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita. Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

elit pemerintah hanya sekadar untuk melindungi hak keistimewaan kelas kapitalis, dan sanggup mengorbankan rakyat marhaen untuk tujuan itu. Oleh yang demikian, kita perlu terus membina kuasa rakyat dari bawah, dengan menggerakkan usaha kita untuk memperjuangkan nasib masyarakat bawahan dan mempertengahkan isu-isu rakyat seperti cukai GST yang memiskinkan rakyat, gaji rendah, masalah perumahan, penswastaan dan sebagainya.

Himpunan Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu telah menyaksikan ribuan rakyat turun berarak di jalanan Kuala Lumpur, untuk menyampaikan satu mesej yang jelas sekali, iaitu rakyat menolak cukai GST yang menekan rakyat. Penangkapan dan penahanan ke atas demonstran selepas Himpunan 1 Mei, menunjukkan bahawa rejim UMNO-BN masih tidak sedar tentang masalahnya dan mahu meneruskan kekuasaannya dengan taktik kuku besi untuk menakuttakutkan rakyat dan melenyapkan suara bantahan. Namun, taktik intimidasi ke atas aktivis dengan penangkapan polis tidak akan berhasil lagi, kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, mula menyedari bahawa kita tidak perlu lagi takut pada taktik kotor rejim sebegini, walhal kuasa rakyat yang semakin berkembang mampu membawa perubahan.

Sekarang! Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________ Alamat: _______________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ Telefon: _____________________________________ Faks: _____________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti

Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Website- http://partisosialis.org/


Mei-Jun 2015

PARTI DAN FRON

3

PSM tuntut ASEAN Bebas Junta

Malaysia tak perlu nuklear PSM telah menganjurkan satu forum bertema “Perjuangan untuk demokrasi di Thailand dan impaknya ke atas ASEAN”, bersama dengan Malaysia Support Group for Democracy in Thailand, dan Action for People’s Democracy (ACT4DEM) semasa Forum Rakyat ASEAN (APF) pada pada 22 April yang lalu di Kuala Lumpur. Peserta dalam forum tersebut telah mengutuk tindakan tentera Thailand yang merampas kuasa pada bulan Mei tahun lepas dan masih berkuasa hingga sekarang. Kebebasan politik di Thailand telah disekat dengan hebatnya setelah tentera mengambilalih kuasa, dan ruang demokrasi di negara itu semakin mengecut. Krisis politik di Thailand tidak akan dapat diselesaikan selagi tentera masih berpegang pada kuasa dan bersekongkol dengan puak konservatif yang langsung tidak menghiraukan prinsip-prinsip demokrasi. Kehancuran demokrasi di Thailand hanya membuka ruang kepada perkembangan kuasa

kapitalis yang agresif. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas forum tersebut, PSM bersama dengan kumpulan masyarakat lain di Asia Tenggara telah mengemukakan tuntutan berikut: 1. Jadikan rantau Asia Tenggara satu Zon Bebas Junta (iaitu bebas daripada pemerintahan tentera); 2. Bebaskan semua tahanan politik di ASEAN; 3. ASEAN patut menilai semula “prinsip tidak bercampurtangan”, supaya suara dan pilihan rakyat untuk menggantikan semua bentuk kediktatoran dapat dihormati, di samping memperkukuhkan solidariti antara rakyat di rantau ini untuk demokrasi dan keadilan sosial.

PSM telah mengadakan satu aksi protes “flash mob” di luar Agensi Nuklear Malaysia di Bangi, Selangor, pada 21 April yang lalu, bagi membantah rancangan kerajaan untuk membangunkan loji penjana kuasa nuklear. Menurut Parameswary, Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, “Pembinaan loji nuklear memakan kos yang tinggi, lagi pun risikonya juga sangat

tinggi. Negara kita ada banyak lagi sumber tenaga diperbaharui yang boleh dipertingkatkan, mengapa mesti bina loji nuklear yang boleh mengancam kehidupan rakyat?” PSM menuntut pada kerajaan supaya menyalurkan sumber kewangan untuk membangunkan sumber tenaga diperbaharui yang jauh lebih selamat, seperti tenaga solar, angin dan ombak. ##

PSM juga menuntut pembebasan Somyot Prueksakasemsuk, seorang aktivis buruh Thailand yang telah dipenjarakan selama 4 tahun hanya kerana beliau bangkit menyuarakan bantahan terhahap ketidakadilan.#

Pemuda Sosialis PSM telah mengadakan satu program “Persidangan Anak Muda Progresif dan Radikal” pada 24-25 April yang lalu Hulu Langat, Selangor. Seramai 30 orang anak muda berhimpun untuk membincangkan isu-isu semasa dan juga ideologi perjuangan di samping bersuka ria.

Ahli-ahli PSM bersolidariti untuk mereka yang ditahan selepas Himpunan 1 Mei (termasuk Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM) di luar lokap polis Jinjang pada 2 Mei yang lalu. Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan PSM Cawangan Sungai Siput membantu petani dan penternak di Padang Tembak, Sungai Siput, Perak, yang menghadapi pengusiran oleh pihak Pejabat Tanah di situ. Setelah berbincang dengan pihak Pejabat Tanah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput berjanji akan menyelesaikan masalah petani dengan mencari tanah alternatif untuk mereka.

Buku Bahasa Inggeris terbaru tulisan Dr. Jeyakumar Devaraj yang berjudul “An Alternative for Malaysia” telah dilancarkan pada 16 April yang lalu di Kuala Lumpur. Buku tersebut telah mengumpulkan penulisan Dr. Jeyakumar mengenai analisanya tentang isu-isu penting masyarakat dan juga visinya sebagai seorang sosialis untuk masa hadapan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara dengan harga RM 25 senaskah, atau boleh hubungi cawangan-cawangan PSM yang terdekat untuk mendapatkannya.


4

HAK ASASI

Lagi akta zalim… Setelah mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti dalam ISA dengan meluluskan Rang Udang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) pada 7 April yang lalu, Dewan Rakyat telah “memperkasakan” lagi Akta Hasutan pada 10 April dengan pindaan yang meningkatkan hukuman untuk orang yang disabit di bawah akta zalim tersebut. Sekali lagi, satu akta zalim diluluskan dalam Parlimen pada masa tambahan persidangan Dewan Rakyat. Rang Undang-undang Pindaan Akta Hasutan diluluskan dengan kiraan undi

108 sokong dan 79 lagi undi membantah, setelah dibahaskan selama 14 jam sehingga 2.30 pagi 10 April yang lalu. Di bawah pindaan baru yang diluluskan itu, hukuman lebih berat akan dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, iaitu hukuman penjara telah ditambah daripada maksimum 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum 7 tahun, serta tidak ada lagi hukuman denda wang. Satu lagi peruntukan baru yang dicadangkan adalah mengadakan hukuman minimum

Mei-Jun 2015

penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan yang serius di bawah akta itu. Walaupun pindaan baru Akta Hasutan tidak lagi menjadikan kritikan terhadap kerajaan dan kehakiman itu satu kesalahan, namun “kecenderungan menghasut” yang termaktub dalam akta tersebut masih boleh ditafsir secara meluas sehingga membuka ruang untuk disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa. Kita telah menyaksikan dalam setahun dua kebelakangan ini, kerajaan menangkap aktivis-aktivis politik secara sewenang-wenangnya dengan Akta Hasutan, dan ada juga yang telah disabit di bawah Akta ini sehingga dijatuhkan hukuman penjara. Pengetatan ke atas akta zalim ini

sememangnya ada niat jahat untuk menyekat kebebasan bersuara dan juga tentangan daripada rakyat ke atas rejim UMNO-BN yang korup lagi zalim. Sekali lagi, dengan Akta Hasutan “diperkasakan”, janji Najib untuk transformasi politik terbukti hanya satu janji kosong, dan kerajaan Najib bersedia untuk “U-turn” bila-bila masa mengikut keperluan rejim zalim ini. ##

Perihal komentar, kritikan dan teguran oleh W.H.Cheng Apakah yang dimaksudkan dengan berkomentar? Begitu juga dengan kritikan, apakah makna di sebaliknya? Bagaimana pula dengan teguran? Berkomentar adalah bermaksud memberikan pandangan yang meliputi pelbagai sudut, makna dan tujuan. Kritikan adalah sesuatu pandangan yang kurang atau tidak menyokong sesuatu tajuk, perbuatan ataupun dasar, manakala teguran adalah merupakan suatu tindakan yang lebih menonjol untuk cuba memperbetul atau cuba membongkar sesuatu dengan pandangan atau kata-kata yang lebih kritikal dan sinis. Dalam apa jua bentuk ataupun tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pihak-pihak yang tertentu, ianya adalah sebahagian daripada lumrah dan kehidupan kelompok kemanusiaan yang sejagat. Ianya berlaku hampir pada setiap hari. Dalam amalan sistem demokrasi pada hari ini, tindakan berkomentar, mengkritik dan menegur pemimpin kerajaan, jabatan dan agensi pentadbiran berserta dengan jentera pentadbiran yang lain adalah sebahagian daripada tindakan demokrasi yang wajar bagi memastikan keberkesanan dalam perlaksanaan dasar. Komentar, kritikan dan teguran memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan amalan demokrasi adalah subur di dalam sesebuah negara. Selain itu, berkomentar, mengkritik dan menegur juga dapat membantu memastikan agar pihak kerajaan atau pentadbir senantiasa memperingati tugas dan tanggungjawab serta keprihatinan yang perlu mereka tunaikan kepada rakyat jelata dan negara. Adalah perlu difahami bahawa, politik itu adalah cara bagaimana kerajaan diuruskan, bagaimana dasarnya ditentukan, cara pentadbirannya dan perlaksanaannya. Begitu juga dengan undang-undang. Ianya digubal untuk memastikan pentadbiran dan perlaksanaan dijalankan dengan terurus dan pematuhan oleh rakyat jelata. Undang-undang digubal oleh kerajaan bagi memastikan pematuhan sesuatu dasar dan perlaksanaan. Sepertimana politik, undang-undang juga boleh

menampakkan ketidaksesuaian apabila ianya digubal dengan penuh emosi dan tidak berdasarkan kepentingan umum. Undang-undang yang digubal berkemungkinan akan memperkasakan kuasa dan kongkongan kerajaan terhadap rakyat jelata kerana takut pengaruh dan sokongan terhadapnya akan merosot. Selain itu, undang-undang juga boleh digubal oleh kerajaan bagi membolehkannya memerintah negara ini dengan menggunakan kuasa multak, menggunakan segala kuasanya yang ada bagi mengawal pergerakan dan isi hati rakyat jelata agar kedudukan kuasa kerajaan tidak tergugat akibat daripada ketidakpuashati rakyat terhadap kekuasaan, ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan. Hakikatnya adalah, sistem politik dan undang-undang dalam apa jua bentuk pun adalah ciptaan manusia sematamata dan ianya tidak dapat lari daripada segala bentuk kesilapan, kelemahan dan kekurangan yang mungkin akan menyebabkan ketidakadilan, penindasan dan penderitaan rakyat jelata. Politik dan undang-undang tidaklah kebal sepenuhnya daripada pandangan manusia yang bertentangan kerana kedua-dua kaedah tersebut bukannya datang daripada syurga ataupun diperturunkan daripada tuhan, nabinabi ataupun dewa-dewa. Begitu juga dengan para pemimpin kerajaan, pemimpin politik, ketuaketua jabatan, agensi dan kakitangan kerajaan berkait rapat dengan dasardasar dan perlaksanaan kerajaan, semuanya adalah terbuka kepada pelbagai bentuk komentar, kritikan dan teguran orang ramai, baik dalam cara lembut, sinis mahupun kasar; dan segala pendapat yang diterima atau keadaan yang dihadapi oleh mereka haruslah diterima secara positif, sebagai suatu maklumbalas daripada rakyat yang perlu dipelajari dan diteladani bagi menambahbaikkan jentera pentadbiran serta pembuatan dasar. Namun demikian, berkomentar, mengkritik dan menegur telah menjadi “musuh” nombor satu kerajaan kita sekarang, kerana mereka sudah tidak lagi berkemampuan untuk membalas pelbagai persoalan, lebih-lebih lagi

tindakan mereka yang kian memudaratkan politik dan ekonomi negara kita ini. Adalah amat mendukacita sekali bahawa amalan demokrasi di negara kita ini kian diketepikan oleh kerajaan akibat daripada keengganan para pemimpin kerajaan dan politik untuk menerima maklumbalas daripada rakyat jelata kerana ketamakan kuasa mereka, angkuh dan enggan mengakui kelemahan diri mereka. Demi memperkukuhkan kuasa mereka ekoran daripada kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan melalui proses demokrasi, para pemimpin kerajaan dan parti memerintah sekarang sanggup membelakangkan prinsip asas kemanusiaan dengan mengancam dan melakukan kekejaman terhadap rakyat jelata. Sesiapa sahaja yang tidak seiring dengan dasar dan perlaksanaan kerajaan kini telah dicapkan sebagai musuh utama negara, ditangkap dan didakwa serta dihumbankan ke dalam penjara untuk suatu jangka masa yang tertentu dengan adanya pelbagai undang-undang yang tidak adil dengan alasan “keselamatan dan ketenteraman awam” sedang diancam, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat jelata agar patuh dan akur kepada segala tindakan dan arahan kerajaan. Keadaan sudah menjadi tidak terkawal lagi, dasar-dasar dan tindakan kerajaan sekarang sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat jelata. Pengaruh kerajaan dan parti memerintah kian merosot akibat daripada tindakan mereka sendiri. Bagi memastikan kuasanya tidak terkikis, kerajaan ini telah mengarahkan seorang “Jeneral” dan memberikan kuasa penuh kepadanya untuk menahan dan menangkap sesiapa sahaja yang berkomentar, mengkritik dan menegur pemimpin dan kerajaan. Dalam pada itu, “Jeneral” tersebut juga diberi kuasa untuk mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap semua bentuk media cetakan, internet dan bahan-bahan bacaan yang didapati tidak sehaluan dengan dasar dan tindakan kerajaan dan para pemimpinnya. Ini dengan jelas telah membuktikan bahawa “Jeneral” tersebut bertindak mengikut telunjuk para pemimpin parti

memerintah dan gagal mengawal emosinya apabila berhadapan dengan beberapa isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat jelata. Satu lagi insiden tunjuk perasaan oleh sekumpulan ekstremis perkauman dan agama baru-baru ini di mana “Jeneral” tersebut secara terang menyebelahi abangnya yang didapati terlibat dalam kumpulan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Bagaimana rakyat jelata dapat menaruh kepercayaan terhadap keberkesanan dan keprofesionalan sesebuah jabatan dan agensi kerajaan jika ianya dengan jelasnya menyokong dan menyebelahi sesuatu parti politik yang berkuasa? Kini rakyat jelata telah muak dengan kesemua bentuk tindakan “Jeneral” tersebut dan ada juga saranan secara terbuka agar “Jeneral” tersebut dipecat daripada jawatannya kerana dia sering menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi dan “politiknya”. Kerajaan ini sudah kehilangan sokongan dan oleh kerana takut kehilangan kuasa, pengaruh dan sokongan, kini mengarahkan “Jeneral” tersebut untuk bertindak sewenangwenangnya terhadap rakyat jelata yang berkomentar, mengkritik dan menegur segala perlaksanaan dasarnya yang negatif dan membebankan rakyat serta negara. Apakah kerajaan ini juga telah lupa bahawa rakyat jelatalah yang mengundi mereka untuk menjadi kerajaan satu penggal demi satu penggal. Lupakah mereka ini bahawa rakyat jelatalah yang membawa mereka ke tampuk pemerintahan selama ini dan sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara, maka rakyat jelata berhak untuk berkomentar, mengkritik dan menegur tindakan kerajaan bagi mengingatkan halatuju mereka yang sebenarnya malah, termasuk mengundi untuk menyingkirkan mereka daripada tampuk pemerintahan? Ingatlah, berkomentar, mengkritik dan menegur adalah hak eksklusif setiap rakyat jelata yang taat setia kepada negara tanah tumpah darahnya. Berkomentar, mengkritik dan menegur menunjukkan keprihatinan rakyat jelata terhadap negara.##


Mei-Jun 2015

ISU RAKYAT

5

Tanah petani dirampas Jaminan makanan terjejas Makanan adalah asas untuk kehidupan rakyat, manakala pertanian adalah asas untuk pengeluaran makanan. Negara kita memerlukan makanan, dan petani yang mengeluarkan makanan perlunya tanah. Namun, nasib petani kecil di negara kita terus diancam, khususnya di negeri Perak barubaru ini, apabila ramai petani yang tiada hak milik tanah telah dikorbankan atas nama “pembangunan�. Lebih kurang 300 orang petani dari negeri Perak telah berkunjung ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 28 April yang lalu untuk mengadakan protes dan menghantar memorandum membantah kerajaan negeri Perak yang mengusir secara paksa para petani melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri Perak. Para petani menyeru pada Perdana Menteri supaya mencampurtangan dalam menyelesaikan masalah rezeki petani yang diancam dengan serius ini. Turut hadir bersama dengan petani untuk solidariti dalam aksi ini adalah Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM. Aksi protes tersebut diadakan oleh Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak. Gabungan ini ditubuhkan pada 7 September yang lalu, dengan keanggotaan petani dari 22 kawasan, termasuk Siputeh, Tronoh, Cenderong, Tanjung Tualang, Tanah Hitam, Kanthan, Sungai Kroh, Biovalley, Mambang Diawan, Temoh, Malim Mawar, Batu Gajah, Kuala Kuang, Sungai Siput, Pusing, Papan, Batu Puteh, Changkat Kinding, Lawan Kuda, Kampung Bali, Kampung Banir dan Ampang. Petani-petani di kawasan tersebut menghadapi ancaman pengusiran paksa. Mereka telah

mengadakan banyak aksi protes di hadapan bangunan kerajaan negeri Perak, tetapi Menteri Besar Perak Zambry enggan berjumpa dengan petani, malah suruh petani jumpa di mahkamah. Pihak kerajaan negeri Perak telah memohon pada mahkamah untuk mendapatkan perintah pengusiran ke atas petani. Para petani Perak pernah mengadakan aksi protes di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya pada 8 Januari yang lalu, dengan tuntutan kepada Menteri untuk menyelesaikan masalah petani, namun memorandum petani hanya diserahkan kepada pegawai khas Menteri dan tiada lagi apa-apa perkembangan selepas itu. Sehari sebelum rombongan petani Perak berkunjung ke Putrajaya, iaitu pada 27 April, Syarikat Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) telah cuba mengusir petani di Siputeh. Petani di situ cuba menghalang

kerja-kerja tanah yang dijalankan di atas tanah yang sedang diusahakan mereka. Seorang petani dan 3 orang anggota PSM (termasuk Sarasvathy, Timbalan Pengerusi PSM) telah ditahan kerana menghalang pemaju. MB Inc sedang menjalankan kerjakerja pembinaan untuk Bandar Tasik Aman Jaya di atas tanah seluas lebih kurang 1500 ekar di Siputeh dan Tronoh demi mengaut keuntungan, malah petani tempatan tidak dapat hidup secara aman kerana rezeki mereka sedang diancam dengan pengusiran paksa. Selain itu, 2 orang petani di Mambang Diawan pula berdepan dengan ancaman ganas daripada 9 orang samseng yang memegang pisau parang pada 29 Mac yang lalu di kebun sayur mereka. Petani tersebut telah membuat aduan polis, tetapi tiada tindakan lanjut daripada pihak polis. Lebih kurang 30 orang petani mengusahakan pertanian di atas tanah seluas lebih 90 ekar di Mambang Diawan, tetapi tanah tersebut telah dipindah milik kepada seorang pemaju swasta. Tanah tersebut telah disewa kepada pihak ketiga. Samseng yang datang mengancam petani itu mengatakan bahawa mereka adalah penyewa tanah dan mengugut akan bertindak ganas sekiranya petani enggan keluar dari situ. Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga AJK Pusat PSM, telah mengusul kepada Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lalu untuk Rang Undangundang Persendirian Pindaan Kanun Tanah Negara 1965, yang bertujuan untuk melindungi rezeki petani dan penternak, serta memperkukuhkan tahap sara diri pembekalan makanan di negara kita. Namun, usul rang undang-undang peribadi yang begitu penting itu telah ditolak olek Yang Di-

Pertua Dewan Rakyat, sehingga langsung tidak dapat dibincangkan dalam Parlimen. Sekarang ini negara kita menghabiskan sekurang-kurangnya RM 13 bilion setiap tahun untuk mengimport ikan, daging, ubi, bawang, sayur-sayuran dan sebagainya dari luar negara untuk menampung keperluan domestik. Adalah dianggarkan bahawa import untuk 4 jenis makanan (ikan, sayur, daging lembu dan ayam itik) pada tahun ini akan mencecah RM 15 bilion. Memandangkan negara kita masih belum lagi mencapai tahap sara diri untuk bekalan makanan, mengapa pula kerajaan begitu agresif sekali untuk mengusir petani sehingga menghancurkan lebih lanjut lagi jaminan makanan kita? Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak menuntut pada Perdana Menteri supaya menasihati kerajaan Perak untuk berbincang dengan petani secara elok demi menyelesaikan masalah tanah petani, bukannya menggunakan polis dan mahkamah untuk mengusir petani secara keras. Gabungan tersebut juga meminta pada kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat membatalkan semua notis pengusiran terhadap petani. Apa yang diharapkan oleh petani adalah kerajaan menetapkan dasar yang mensyaratkan kerajaan berunding dengan petani dahulu sebelum melaksanakan apa-apa projek pembangunan yang melibatkan tanah petani. Sekiranya rampasan tanah dan pengusiran paksa terhadap petani masih berlarutan, para petani akan terus berjuang secara habis-habisan. ##


6

KHAS

Mei-Jun 2015

Apa rakyat marhaen mahu? Ekonomi Malaysia perlu anjakan paradigma

Gabungan Kiri Malaysia (GKM) telah mengadakan satu simposium khas untuk membincangkan aspirasi rakyat marhaen untuk Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), pada 11-

12 April yang lalu di Petaling Jaya. Wakil daripada pelbagai sektor masyarakat telah dijemput untuk membentangkan masalah dan harapan mereka dalam program 2 hari tersebut. Hasil perbincangan simposium telah dirumuskan dan disusun dalam Pelan Transisi Ekonomi yang akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

antarabangsa yang mencabar. GKM telah mengemukakan syorsyor terhadap perancangan ekonomi negara yang merangkumi pelbagai aspek. Pandangan dan syor yang dikemukakan patut dipertimbangkan secara serius oleh pihak kerajaan kerana penilaian hala tuju, diskusi terhadap polisi-polisi alternatif dan rancangan untuk masa hadapan negara kita adalah satu usaha yang harus diteruskan kerana kita berada dalam satu situasi ekonomi

Menurut Simon, penyelaras untuk sekretariat GKM, “kami bersedia untuk berdialog dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh GKM, supaya kita dapat memantapkan lagi perancangan ekonomi negara Malaysia demi memastikan kesejahteraan rakyat marhaen terjamin.”

Syor-syor Gabungan Kiri untuk Rancangan Malaysia Ke-11

Polisi Ekonomi Makro 1. Perancang ekonomi negara mesti menerima hakikat bahawa kaedah “pertumbuhan yang diterajui eksport” amat susah diteruskan dalam suasana ekonomi antarabangsa pada takat ini. Permintaan kasar di Eropah dan Amerika Syarikat adalah lembap kerana sebahagian besar daripada sektor perkilangan negara maju telah berpindah ke negara gaji rendah seperti China dan Vietnam. Oleh kerana pekerja di negara maju kehilangan kerja secara besarbesaran, permintaan kasar dalam negara maju itu telah merudum. Adalah perlu untuk negara-negara yang sedang membangun bertindak bersama dalam memperkukuhkan permintaan kasar dalam negeri untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Ini memerlukan satu corak pemikiran yang amat berlainan daripada paradigma “pertumbuhan yang diterajui eksport”. 2. Malaysia harus mengambil langkah-langkah tegas dan berkesan untuk menyedarkan negara-negara jiran serantau bahawa persaingan untuk pelaburan asing (FDI) sedang merugikan kita semua. Ia merupakan satu perlumbaan ke paras terendah (race to the bottom). Persaingan untuk FDI sedang menekan gaji pekerja, mengurangkan perlindungan undang-undang terhadap pekerja, melonggarkan syarat-syarat untuk perlindungan alam sekitar, mengurangkan kadar cukai korporat dan seterusnya menyekat perkembangan permintaan kasar (atau pun pasaran domestik) rantau ini. Persaingan yang “toksik” ini harus dikawal. Bolehkah Malaysia mempelopori pendekatan di rantau ASEAN supaya semua negaranegara ASEAN setuju untuk jangan lagi kurangkan cukai korporat tetapi meningkatkannya 1% setiap tahun untuk 5 tahun yang akan datang? Bolehkah Malaysia membawa persetujuan antara negara ASEAN untuk menaikkan gaji minima

sebanyak 10% setahun untuk 5 tahun yang akan datang? Dalam kata lain, Malaysia dan negara lain di ASEAN dan juga di kumpulan G77 harus menukar haluan daripada polisi gaji rendah bertujuan menarik pelaburan ke satu polisi gaji munasabah supaya memperkukuhkan permintaan kasar. 3. Sistem percukaian harus distruktur semula untuk menjadikannya lebih progresif. Individu yang berpendapatan tinggi harus dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi. Untung koporat harus dikenakan cukai lebih tinggi. Transaksi kewangan juga harus dikenakan cukai seperti yang disyorkan oleh James Tobin. Duti harta pusaka untuk harta individu dengan aset lebih besar daripada RM 5 juta harus diamalkan. Cukai keuntungan harta tanah (RPGT) harus dipertingkatkan lagi. GST harus dimansuhkan. Regim cukai seperti ini tidak boleh dilaksanakan secara persendirian oleh sesebuah negara kerana ia boleh membawa “kelemahan secara perbandingan” (comparitive disadvantage) pada negara itu dalam bentuk penurunan dalam pelaburan. Regim cukai progresif ini harus diterima dan diamalkan oleh negara-negara serantau dan persetujuan perdagangan boleh dipakai untuk menguatkuasakan regim cukai baru ini yang bertujuan memperkukuhkan permintaan kasar dalam negeri. (Perbelanjaan

kerajaan adalah sebahagian penting dalam penentuan permintaan kasar dalam negeri.) Ini amat perlu untuk mewujudkan satu pasaran antarabangsa yang cukup besar untuk memperkembangkan industri di negara-negara sedang membangun. 4. Pengangguran yang berpunca daripada peningkatan daya produktif manusia. “Pengangguran teknologi” (Technological unemployment) adalah satu konsep yang diutarakan oleh John Maynard Keynes. Keynes pernah meramalkan bahawa pada satu masa akan datang di mana, oleh kerana tahap produktiviti manusia telah capai paras tinggi, segala keperluan manusia boleh dihasilkan jika semua orang hanya kerja 8 jam sehari untuk 4 hari seminggu. Tetapi dalam 32 jam kerja ini seseorang pekerja harus menerima gaji yang mencukupi untuk menjaga diri dan keluarga untuk satu minggu serta membayar segala carumannya kepada skim pencen, skim kesihatan, skim perlindungan sosial lain serta cukai. Ternyatalah gaji pekerja harus ditingkatkan untuk mencapai tahap seperti ini. 5.

Sekuriti makanan negara

Pada masa ini, tahap sara diri Malaysia dalam bekalan makanan adalah kurang memuaskan. Tahap sara diri kita dalam beras adalah 70%, sayur-sayuran 70%, susu dan daging lembu 25%. Kerajaan harus mengambil langkah yang proaktif untuk meningkatkan tahap sara diri negara kita. Sekarang, hanya lebih kurang 160,000 hektar tanah digunapakai untuk penanaman sayuran dan menternak lembu serta ikan oleh kaum bukan Bumiputra. Tambahan pula, sektor ini sedang terus diancam oleh “pembangunan” kawasan perkilangan dan perumahan. Ini menjejaskan sekuriti makanan negara kita.

Kerajaan kita mesti menggubal satu pelan induk yang mengandungi aspek-aspek berikut: kawasan tanah yang dipakai untuk menanam makanan ataupun untuk menternak harus dikekalkan untuk tujuan itu; • jika tanah diperlukan untuk projek pembangunan, kerajaan harus mengambil tanah perladangan kerana pada takat ini adanya lebih kurang 3 juta hektar tanah perladangan (20 kali lebih luas daripada tanah untuk sayuran dan penternakan) . Satu sistem subsidi pengeluaran bahan makanan harus dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan sektor makanan dan juga untuk menghadkan kenaikan harga makanan asas rakyat kita. 6. Kita harus melabur lebih masa dan tenaga untuk mewujudkan suasana sihat (wholesome) di kalangan masyarakat tempatan di mana generasi baru dapat dibesarkan sebagai individu yang seimbang dan rasional. Dari masa ke masa kita dengar menteri-menteri kita menasihatkan ibubapa supaya menghabiskan “masa berkualiti” bersama anak-anak mereka. Tetapi jika gaji begitu rendah dan kos hidup sebegitu tinggi, hampir semua masa dan tenaga ibubapa adalah untuk mencari rezeki demi mendapatkan keperluan asas untuk keluarga mereka. Mana ada masa untuk mengadakan sesi “masa berkualiti” dengan anak sendiri atau untuk menganjur aktiviti bagi kanak-kanak dan remaja di kawasan perumahan mereka? Tekanan ekonomi yang dialami oleh B40 (lapisan masyarakat 40% termiskin) mewujudkan satu situasi di mana adalah hampir mustahil untuk seorang ibu atau bapa di kalangan ini mendapat cukup masa untuk mewujudkan program-program yang boleh membimbing nilai kemanusiaan di kalangan anak muda di kawasan mereka. (sambung di m/s 7)


Mei-Jun 2015

KHAS

sambung dari m/s 6

ijazah pertama adalah:

Keperluan Asas

i. Ini akan kurangkan beban hutang yang ditanggung oleh anak muda. Apabila generasi muda tidak begitu tertekan dengan hutang, mereka lebih rela untuk menabur masa dalam aktiviti kemasyarakatan dan ini akan “memanusiakan” (humanize) masyarakat kita. ii. Tujuan kita mendidik generasi muda adalah untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat kita terutama sekali di luar bandar, di kawasan pedalaman, di Sabah, Sarawak dan Pantai Timur. Apabila pendidikan disubsidikan, masyarakat mempunyai hak moral untuk mewajibkan semua graduan melaksanakan “perkhidmatan negara” dengan berkhidmat untuk rakyat marhaen terutamanya di luar bandar dan di kawasan miskin.

1.

Kesihatan

a. Bekukan perkembangan hospital swasta. Jangan benarkan hospital swasta yang baru ataupun pertambahan bilangan katil di hospital swasta yang sedia ada. Tujuan ini adalah untuk menyekat penghijarahan doktor pakar dari sektor awam ke swasta. b. Membina Hospital Besar kedua di semua ibu kota negerinegeri di Malaysia kerana hospital awam yang sedang ada sekarang terlalu sesak dan bilangan katil tidak mencukupi. c. Mansuhkan sistem fi baru untuk warga asing kerana fi tinggi sedang melambatkan pengesanan (diagnosis) dan rawatan penyakit berjangkit di kalangan pekerja asing. Kelewatan ini memudaratkan status kesihatan rakyat Malaysia. Umpamanya, bilangan kes baru tibi telah melonjak dari 10,000 pada tahun 1990 ke 24,716 pada tahun 2014. Jika perlu, caj levi ke atas pekerja asing boleh ditingkatkan dan sebahagian daripada kutipan ini disalurkan kepada sistem kesihatan awam untuk menampung kos merawat pesakit asing.

2.

Pendidikan

a) Laksanakan program pendidikan percuma untuk semua sehingga ijazah pertama. Yuran kolej harus dicaj tetapi pada tahap yang rendah. Rasionalnya subsisidi tinggi untuk pendidikan hingga peringkat

Alam Sekitar 1.

Tenaga

a. Malaysia harus berusaha untuk mengurangkan “tapak kaki karbon” (carbon footprint) negara kita. Pada tahun 2010, pembebasan karbon dioksida kita adalah 7.7 tan seorang setahun. Ini jauh melebihi pelepasan per kapita Indonesia (1.8 tan setahun), Thailand (4.4) dan negara Filipina (0.9) untuk tahun yang sama. Kita harus menggubal satu pelan induk untuk mengurangkan pelepasan per kapita karbon dioksida kita ke paras separuh dalam 10 tahun. Pelan ini harus mengandungi: i. cadangan-cadangan spesifik untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan kuasa elektrik (energy efficiency) di negara kita, dan ii. sasaran-sasaran spesifik untuk menukar daripada batu arang ke sumber tenaga seperti angin, solar dan pasang-susut air laut. Pada tahun 2014, 42% daripada kuasa elektrik yang digunakan di Malaysia telah dijana oleh loji penjanaan yang menggunakan batu arang, dan hanya 6% sahaja adalah daripada sumber yang tidak mengeluarkan karbon dioksida, berbanding 49% untuk Denmark dan 65% untuk New Zealand. b. Usaha untuk memperkembangkan kapasiti negara mengunapakai sumber tenaga yang boleh diperbaharui harus dianggap sebagai tanggungjawab kerajaan dan bukan sesuatu yang boleh diserah pada pihak swasta dengan pengwujudan insentif-insentif kewangan. Kita memerlukan perubahan daripada batu arang ke sumber seperti solar dan angin dalam

b) Wujudkan sistem kupon untuk memperolehi pendidikan tadika bagi kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Semua keluarga berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan harus diberi kupon penuh manakala keluarga dengan pendapatan bulanan antara RM 3000 dan RM 5000 diberi kupon separuh.

3.

Perumahan

a) Wujudkan satu Lembaga Perumahan di peringkat setiap negeri untuk membina dan membekal rumah pertama kepada semua keluarga Malaysia dengan harga berpatutan (di bawah RM 50,000 pada takat ini). Hanya satu rumah daripada skim ini untuk setiap keluarga dan sistem pemantauan nasional harus diwujudkan untuk skala yang besar. c. Negara Malaysia harus membatalkan segala rancangan untuk membina logi penjanaan elektrik daripada kuasa nuklear kerana kosnya tinggi, risiko-risiko yang berkaitan dengan loji nuklear juga sangat tinggi dan wujudnya masalah pengendalian sisa-sisa radioaktif yang akan terus radioaktif untuk beribu-ribu tahun.

2.

Perhutanan

Hutan-hutan di negara kita sedang ditebang pada satu kadar yang mengkhuatirkan. Pada tahun 2010 hingga 2012, 100,000 hektar hutan telah dibalak setiap tahun di Semenanjung Malaysia. Hutan-hutan asli memainkan beberapa peranan yang penting, antaranya: • Hutan adalah penyimpan kepelbagaian alam sekitar ataupun “biodiversiti” yang amat penting untuk masa hadapan masyarakat kita. Ada kemungkinan besar anak cucu kita boleh mengenalpasti dan menggunakan pelbagai sumber hutan untuk rawatan dan industri; • Hutan juga main peranan penting sebagai “singki karbon” di mana ia dapat menarik karbon dioksida daripada udara dan menukarkannya kepada oksigen; • Hutan juga merupakan kawasan tadahan air untuk sungaisungai kita; • Haiwan liar memerlukan kawasan hutan untuk terus hidup. Oleh kerana ini, GKM mengesyorkan: a) Kita harus mengurangkan kadar pembalakan kepada 20% daripada kadar yang wujud sekarang dalam jangka masa 5 tahun. Satu pelan induk harus disediakan untuk mencapai matlamat ini. b) Oleh kerana pembalakan merupakan satu punca utama

7

memastikan ini. Rumah-rumah daripada skim ini hanya boleh dijual balik kepada Lembaga Perumahan dan bukan kepada pihak-pihak ketiga. Keluarga yang ingin membeli rumah besar ataupun rumah kedua boleh membelinya daripada sektor swasta. b) Kenalpasti bilangan rumah yang bertapak atas tanah kerajaan tanpa geran. Sejauh yang boleh, semua keluarga yang duduki rumah seperti ini harus diberi geran tanah supaya masalah ketiadaan rumah tidak lagi berlarutan. Bilangan rumah tanpa geran di atas tanah persendirian (ground tenant) juga harus dikenalpasti. Kerajaan harus memakai Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah ini dan pecahkannya untuk menawar geran kepada keluarga-keluarga yang telah menduduki rumah mereka untuk tempoh masa yang melebihi 10 tahun. c) Undang-undang berkenaan dengan pengurusan rumah-rumah pangsa kos rendah (harga unit di bawah RM100, 000) harus diubahsuai. Kerajaan-kerajaan tempatan harus dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan pembersihan rumahrumah pangsa ini. Suatu peruntukan yang memadai harus disalurkan kepada semua majlis tempatan berdasaran bilangan unit rumah pangsa murah yang dikendalikan oleh majlis tempatan itu. Kaedah menubuhkan jawatankuasa penduduk rumah pangsa harus dikekalkan kerana ini membuka ruang pada para penghuni menyampaikan maklumbalas kepada pihak yang pendapatan negeri, kerajaan persekutuan harus membayar setiap negeri “kredit hutan” setiap tahun berdasarkan keluasan hutan yang masih ada di negeri itu. Dengan itu, sesebuah negeri mendapat pendapatan daripada sumber hutannya tanpa memusnahkan sumber itu. c) Kawasan yang sudahpun dibalak sebelum ini harus ditanam semula dengan pokok balak supaya dalam dua puluh tahun lagi kita boleh dapat balak daripada ladang-ladang balak ini. Program ini juga harus menerima sokongan kewangan kerajaan persekutuan dan harus dipantau rapi untuk memastikan kerjakerja mewujudkan ladang-ladang balak berlaku seperti dirancangkan.

3.

Sisa pembuangan

a) Pada tahun 2012, 33,000 tan sisa pepejal dihasilkan oleh penduduk Malaysia setiap hari. Kerajaan harus bekerjasama dengan NGO untuk mewujudkan satu budaya guna semula dan kitar semula. Ini juga harus dijadikan sebahagian daripada kurikulum pelajaran di sekolah-sekolah kita. b) Penggunaan styrofoam harus diharamkan dan penggunaan plastik disekat. c) Sisa buangan rumah tangga harus diasingkan di peringkat rumah (separation at source) supaya kerjakerja kitar semula dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. d) Pemantauan harus ditingkatkan terhadap pencemaran sungai oleh kilang-kilang dan industri penternakan. Cara-cara saintifik untuk mengendalikannya harus dikongsi dengan pengusaha (dan bukan dijadikan satu lagi perniagaan untuk mengaut untung).

4.

Masalah Jerebu

mengurus. d) Semua ladang harus diberi satu jadual untuk melaksanakan skim perumahan pekerja bagi semua pekerja yang telah berkerja di sektor perladangan untuk 10 tahun ke atas. Jadual ini harus mewajibkan setiap ladang membina setiap tahun rumah kos sederhana untuk 10% daripada semua keluarga yang layak mendapat rumah di ladang itu. Rumah-rumah ini harus dijual kepada keluarga yang layak dengan harga di bawah RM30, 000. Jika sesebuah syarikat perladangan gagal membina rumah untuk 10% daripada keluarga yang layak dalam sesuatu tahun, kerajaan harus mengambil alih sebahagian tanah ladang itu dan memberikannya kepada para pekerja sebagai lot perumahan.

4.

Pengangkutan Awam

a) Kuasa mengeluarkan lesen untuk pengangkutan bas harus diturunkan kepada negeri-negeri dan majlis-majlis tempatan. b) Sistem BRT ataupun “Bus Rapid Transit” harus diperkenalkan di semua bandar besar di Malaysia dengan memakai laluan bas khas supaya penghuni bandar itu tidak perlu membeli kenderaan persendirian untuk pergi ke kerja ataupun ke pasar. Dana yang dapat diselamatkan daripada tidak membina jejambat, “lebuhraya bertingkat” dan “jalanraya lingkaran” boleh digunapakai untuk membeli bas-bas untuk sistem pengangkutan ini, yang jauh lebih murah daripada MRT. Sistem MRT juga ambil tempoh masa yang panjang untuk dilaksanakan. Ini merupakan masalah alam sekitar yang sering melanda Malaysia dan ia membawa banyak kesan negatif terhadap kesihatan rakyat kita. Masalah jerebu berpunca daripada kebakaran lapisan gambut di Kalimantan dan Sumatera Selatan yang telah jadi terlalu kering akibat usaha kerajaan dan syarikat pembalakan mengorek beribu-ribu batu longkang untuk mengeluarkan air daripada kawasan paya. Cara mengatasinya adalah untuk membina beberapa ampangan supaya paras air dalam tanah tidak diturunkan ke paras yang terlalu rendah. Kerajaan kita harus berkerjasama dengan Kerajaan Indonesia untuk melaksanakan projek-projek membina ampanganampangan kecil di sepanjang sungai dan parit yang telah dikorek.

5.

Kajian EIA

a) Pada masa ini, pemaju memilih dan membayar syarikat yang membuat Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk sesuatu projek pembangunan. Kaedah ini harus ditukar kepada sesuatu yang baru di mana pemilihan syarikat EIA dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Alam Sekitar dengan bayaran yang dikutip daripada pihak pemaju projek. Ini akan menghasilkan laporan EIA yang lebih objektif. b) Projek-projek tidak boleh diberi lesen sementara untuk bermula sebelum Laporan EIA diteliti oleh pihak kerajaan dan juga rakyat tempatan. c) Laporan EIA harus dianggap sebagai satu dokumen awam yang boleh dibaca, difotostat dan dibawa keluar oleh rakyat biasa dan NGO supaya orang ramai boleh mengambil bahagian dalam penilaian projekprojek yang dicadangkan. (sambung di m/s 10)


FOKUS

8

1 MEI

Rakyat Bangkit

#BatalGST telah menganjurkan Himpunan Hari Pekerja setiap tahun sejak tahun 1994, dengan program dan tuntutan yang mengutarakan isu-isu rakyat biasa.

1 Mei merupakan Hari Pekerja Sedunia, yang disambut oleh kaum pekerja dan rakyat seluruh dunia untuk meraikan perjuangan pekerja. Pada 1 Mei tahun ini, jalanan Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh ribuan rakyat yang berdemonstrasi membantah cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Ini merupakan dua tahun berturut-turut rakyat Malaysia berarak pada 1 Mei untuk menentang cukai GST yang memiskinkan rakyat ini. Orang ramai yang menghadiri

Himpunan 1 Mei Batal GST telah berkumpul di beberapa tempat di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur, termasuklah Pasar Seni, Masjid Negara, Masjid Jamek, Hentian Puduraya dan Pusat Belibelah Sogo. Mereka yang berkumpul kemudiannya berarak menuju ke KLCC. Jawatankuasa Mei Satu telah mengadakan satu program sambutan Hari 1 Mei yang bertemakan “Batal GST” di hadapan Pasar Seni. Jawatankuasa Mei Satu

Penangkapan selepas himpunan 1 Mei

Wakil-wakil daripada pekerja kilang, petani, peneroka bandar, orang asli, pekerja migran, anak muda, mahasiswa dan badan bukan kerajaan telah menyampaikan ucapan dalam program ringkas di Pasar Seni. Deklarasi Mei Satu telah dibaca secara beramai-ramai oleh para peserta himpunan dengan menggariskan 17 tuntutan kepada kerajaan, antaranya: membatalkan cukai GST; menaikkan gaji minima ke RM 1500 sebulan; menghentikan rundingan perdagangan bebas TPPA; memperkasakan kesatuan sekerja; memastikan pekerja migran menikmati hak yang saksama; menghentikan penswastaan kemudahan asas; melaksanakan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti; melindungi hak tanah adat orang asli; menghentikan segala projek yang memusnahkan alam sekitar; menghentikan segala pengusiran paksa; memansuhkan akta-akta zalim; serta menghentikan diskriminasi berdasarkan gender dan orientasi seksual. Sebanyak 124 direman 1 hari. Arutchelvan, Ambiga dan Anthony Loke yang menyerah diri pada malam 1 Mei itu juga ditahan sertamerta. Pihak polis cuba mendapatkan perintah reman untuk melanjutkan penahanan mereka pada hari keesokannya, iaitu 2 Mei, tetapi telah ditolak oleh majistret. Ketiga-tiga orang bersama Dr. Hatta Ramli yang ditahan pada pagi 2 Mei telah dibebaskan serta-merta.

Himpunan 1 Mei berlangsung dengan agak lancar tanpa berlakunya peristiwa serius yang tidak diinginkan. Namun, pihak polis telah bertindak secara tidak profesional apabila melakukan tangkapan selepas perhimpunan. Seramai 29 anak muda yang berpakaian hitam telah ditangkap berdekatan KLCC sejurus selepas perhimpunan selesai. Sementara itu, beberapa orang pemimpin telah dipanggil oleh polis untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi, dan akan ditangkap

Mei-Jun 2015

sekiranya gagal berbuat demikian. Antara mereka yang dicari-cari oleh polis termasuklah Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Ambiga Sreenevasan (Pengerusi “Negaraku”, bekas Pengerusi BERSIH 2.0 dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia), Anthony Loke (Ahli Parlimen Seremban), Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) dan sebagainya. Sementara itu, 23 orang anak muda yang ditahan pula direman untuk beberapa hari dan 6 orang anak muda bawah umur

Cubaan untuk menghukum pemimpin gerakan rakyat dengan penahanan sewenang-wenangnya ini nampaknya kadang-kadang tidak berjaya, kerana sememangnya alasan untuk membuat tangkapan dan penahanan adalah tidak kukuh. Tindakan penangkapan dan penahanan ke atas peserta Himpunan 1 Mei merupakan usaha rejim zalim UMNO-BN untuk

buah pertubuhan telah menyokong Deklarasi Mei Satu tahun ini. Peserta Himpunan 1 Mei tahun ini memang ramai dan semuanya menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan yang berdegil untuk melaksanakan cukai GST yang menyusahkan rakyat walaupun terdapatnya bantahan berterusan sebelum ini. Cukai GST telah mula berkuatkuasa pada 1 April yang lalu, menandakan serangan terbaru rejim UMNO-BN ke atas rakyat biasa untuk menyelamatkan kapitalis besar. Beban hidup rakyat biasa semakin teruk berikutan pelaksanaan cukai GST. Oleh yang demikian, kehadiran Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur yang ramai ini merupakan petunjuk bahawa rakyat tidak akan berdiam diri apabila ditekan secara berterusan. Para peserta himpunan telah berarak di pusat bandaraya Kuala Lumpur di bawah cuaca yang panas terik, tetapi apa yang terpendam dalam hati rakyat adalah lebih panas lagi, dan ditonjolkan dalam laungan “Batal GST!” yang bergegaran di celah-celah bangunan pencakar langit.

menakut-takutkan rakyat supaya tidak lagi turun ke jalanraya, malahan taktik sebegini tidak akan mendatangkan hasil lagi kerana semakin ramai rakyat yang sedar tidak gentar dengan intimidasi sebegini. Rakyat Malaysia sekali lagi telah menunjukkan kuasa rakyat di jalanan dalam Himpunan 1 Mei tahun ini. Kita tidak akan tunduk pada ancaman penangkapan dan intimidasi oleh pihak polis yang cuba melindungi mereka yang berkuasa. Selagi GST yang memiskinkan rakyat itu masih memerah rakyat biasa, seruan untuk batalkan GST tidak akan reda. Gerakan menuntut demokrasi sejati dan keadilan sosial akan diteruskan sehingga rakyat mencapai kemenangan. ##


Mei-Jun 2015

FOKUS

9

DEKLARASI 1 MEI 2015 Tahun 2015 merupakan Tahun Bantah Cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Kerajaan BN telah mengimplementasi sistem Cukai GST walaupun bantahan berterusan daripada rakyat jelata. Cukai GST telah menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan naik, walaupun Kerajaan menyatakan sebaliknya. Mengikut kajian FOMCA (Malaysiakini 8/4/2015), harga barangan telah naik sebanyak 30% selepas pelaksanaan GST. Malah perniagaan yang tidak dikenakan Cukai GST pun menaikkan harga kerana kos operasi mereka telah meningkat. Rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja merana akibat pelaksanaan Cukai GST ini, sementara kerajaan terus memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Namun apabila tiba

masanya untuk menaikkan Gaji Minima, pelbagai alasan diberi untuk TIDAK menaikkan Gaji Minima. Lebih memalukan lagi ialah setelah 2 tahun implementasi Gaji Minima RM 900, adanya pekerja kerajaan yang masih tidak mendapat gaji minima RM 900. Kerajaan yang prokorporat ini sungguh beria-ia mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sanggup membebankan rakyat biasa dengan cukai GST. Malah bagi mengalihkan perhatian dari korupsi dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan, isu-isu perkauman dipermainkan dan dipergunakan untuk memperbodohkan rakyat. Cukup Sudah! Rakyat Tidak Boleh Diperbodohkan Lagi! BATALKAN Cukai GST & Tingkatkan Gaji Minima ke RM 1500!

Tuntutan Hari Pekerja 2015 1. BATALKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang menindas rakyat. 2. Hentikan Rundingan TransPacific Partnership Agreement (TPPA) yang akan mengakibatkan penjajahan ekonomi dan memberi impak negatif kepada pelbagai industri tempatan.

saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

3. Mengkaji semula gaji minima, melaksanakan Gaji Minima RM 1500 dan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk menghadapi kenaikan kos hidup.

7. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.

4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.

8. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

9. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.

6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang

10. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU, PTPTN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar. 11. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal. 12. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas,

insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah. 13. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhaen termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan. 14. Mansuhkan Akta POTA (2015) dan Akta Hasutan (1948) berserta segala undang-undang yang menindas rakyat.

15. Hak Bekerja Orang Kelainan Upaya (OKU) harus dipastikan. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus digubal. 16. Laksanakan Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial untuk semua termasuk Skim Pencen dan Tabung Pemberhentian Kerja untuk semua. 17. Hentikan Diskriminasi Berasaskan Gender dan Orientasi Seksual. Mansuhkan undangundang dan polisi yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. ##

Semua aktivis bantah GST kena dakwa Pada 23 April yang lalu, seramai 50 orang aktivis telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana terlibat dalam protes bantah GST “occupy” Kompleks Kastam Kelana Jaya pada 23 Mac yang lalu. Mereka dituduh bawah Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman dengan alasan tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai, yang juga dibaca bersama Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan “pencerobohan jenayah”. Semua tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin dengan RM 1,500 seorang. 2 orang lagi aktivis yang tidak hadir ke mahkamah pada hari itu telah didakwa pada 28 April, manakala waran tangkap dikeluarkan untuk 2 orang yang langsung tidak hadir ke mahkamah.

Sebelum itu, 25 orang aktivis telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 25 Mac, iaitu 2 hari selepas peristiwa protes di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Ini telah menjadikan jumlah yang akan menghadiri perbicaraan berkenaan sebanyak 79 orang. Ini adalah satu rekod baru! Kesemua yang didakwa hanya mengadakan aksi duduk bantah di Kompleks Kastam pada 23 Mac yang lalu selepas Pengarah Kastam gagal menjawab 106 soalan yang dibawa oleh Gabungan Bantah GST. Aktivisaktivis berkenaan teah bertekad untuk terus menentang cukai GST yang memiskinkan rakyat. ##


KHAS

10 sambung dari m/s 7

Isu-Isu Pekerja Pada masa ini, adanya 6.5 juta orang yang mencarum setiap bulan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka merupakan pekerja bergaji di sektor swasta yang formal. Semua mereka ini adalah pekerja tempatan kerana pekerja migran tidak dikenakan caruman KWSP. Pekerja swasta tempatan yang tidak mencarum kepada KWSP boleh dianggar seramai 1.5 juta orang pada takat ini. Kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.5 juta juga tidak mencarum pada KWSP. 1.

Menaikkan gaji minima ke

RM 1500 sebulan. Jika perlu, bantu syarikat-syarikat kecil dengan mengenakan kadar caj elektrik yang rendah, mengurangkan kadar cukai terhadap mereka dan sebagainya. Kenaikan gaji minima akan memacu permintaan kasar dalam negeri dan ini akan membantu perniaga kecil dan juga sektor perkilangan. 2. Kaedah kontraktor buruh di mana seorang kontraktor melaksanakan persetujuan dengan sesebuah kilang untuk jual tenaga kerja pada kilang/majikan itu harus diharamkan. Kaedah ini tidak memberi perlindungan yang mencukupi untuk para pekerja. Kilangkilang besar menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan diri daripada

Sektor-sektor Berpendapatan Rendah 1.

Garis Kemiskinan

Mengkaji semula konsep garis kemiskinan. Adakah RM 800 sebulan mencukupi untuk sebuah keluarga dengan 3 orang anak? Apakah pendapatan minima yang perlu untuk menyewa rumah, membayar bas sekolah, membayar fi kelas tadika dan sebagainya. Tadika dan tambang bas sekolah bukan perbelanjaan mewah. Sesebuah keluarga yang tidak boleh membekalkan keperluan asas kepada anak-anaknya harus ditafsir sebagai miskin. Adalah penting kita mewujudkan garis kemiskinan yang realistik supaya kita dapat gambaran tentang bilangan rakyat yang benarbenar miskin dan memerlukan bantuan kerajaan. GKM ingin mengesyorkan kaedah di negara Eropah untuk diterimapakai di Malaysia – di mana, garis kemiskinan adalah 60% daripada pendapatan median isi rumah (pertengahan). Di Malaysia 60% daripada pendapatan isi rumah median adalah RM2500 sebulan pada takat ini. Ini harus diambil sebagai garis kemiskinan, dan ini bererti bahawa lebih kurang 25% daripada keluarga di negara kita harus ditafsir sebagai “miskin”. Dalam ertikata lain, mereka ini tidak dapat membekalkan keperluan asas kepada ahli keluarga mereka. Jika mereka tidak menerima bantuan yang mencukupi, maka gejala kemiskinan diwariskan dari satu generasi ke generasi baru akan berterusan.

2.

Pesawah padi

Para pesawah (yang kini berjumlah 400,000 orang) perlu diiktirafkan sebagai “pegawai bekalan makanan asasi negara” – pengiktirafan ini bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pesawah dalam bentuk pencen bulanan selepas pesawah itu mencapai umur 60 tahun (untuk pesawah-pesawah yang telah melibatkan diri dalam penanaman padi untuk 15 tahun ke atas). Ini adalah antara langkah yang harus diambil untuk menjamin pengeluaran beras yang mencukupi untuk rakyat Malaysia. Jaminan beras 100% sara diri adalah penting untuk keselamatan pemakanan negara. Kini negara kita hanya mencapai tahap sara diri 70% untuk keperluan beras kita. Para pesawah harus diberikan subsidi dan bantuan yang secukupnya. Semua badan kerajaan harus bekerjasama dengan para pesawah dan memastikan bahawa bantuan yang sewajarnya diberikan. Prosesproses pemberian subsidi, pembekalan peralatan seperti jentera pembajak, baja, racun, dan sebagainya harus sampai kepada

sasaran dan ini boleh dijamin melalui penglibatan persatuan pesawah dalam pemantauan pelaksanaannya, supaya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dapat dibendung. Hakikat bahawa harga lantai untuk padi tidak dapat ditingkatkan ke paras yang dapat membasmikan kemiskinan di kalangan pesawah harus diambilkira oleh kerajaan dan masyarakat Malaysia. (Ini kerana peningkatan harga lantai akan menjejas mereka yang berpendapatan rendah di sektor-sektor lain - beras adalah satu keperluan asas.) Oleh yang demikian, kerajaan mesti menawarkan subsidi dalam bentuk wang tunai setiap bulan kepada semua pesawah padi untuk menjamin pendapatan mereka supaya tidak berada di bawah RM 1500 sebulan seperti pada takat ini. Penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara harus dikaji semula untuk memastikan “subsidi” untuk industri bekalan beras tidak disalurkan ke dalam saku syarikat gergasi yang mempunyai hubungan baik dengan pihak pentadbir. Kerajaan harus memastikan dan menjamin kebajikan anak-anak pesawah terutamanya dalam bidang pendidikan. Mereka harus diberikan bantuan seperti biasiswa untuk menyambung pelajaran mereka. Pelajaran juga harus merangkumi bidang teknikal untuk pertanian.

3.

Pekebun kecil getah

Kebanyakan daripada 440,000 pekebun kecil getah mempunyai kebun-kebun getah dengan keluasan di bawah 5 ekar. Pendapatan mereka daripada jualan getah tidak mencukupi terutama sekali apabila harga pasaran getah jatuh ke bawah RM 6 per kg. Skim membayar subsidi wang tunai 30 sen per kg kepada pekebun kecil getah jika harga getah beku jatuh ke bawah 1.75 per kg di tempat pengutipan getah beku adalah satu langkah yang baik dan harus dikekalkan. Bayaran ini harus dibahagikan antara penoreh dan pemilik tanah dalam kes-kes di mana mereka bukan individu yang sama. Ada ramai pekebun getah yang sedia menukar sebahagian daripada tanah mereka kepada dusun buah-buahan, tetapi risau tidak akan dapat pasaran yang stabil untuk buahbuahan yang dikeluarkannya. Agensi kerajaan harus memperkenalkan kontrak untuk membeli buah-buahan tertentu dengan satu harga yang berpatutan untuk tempoh masa beberapa tahun. Kerelaan kerajaan

tanggungjawab mereka terhadap pekerja. 3. Kaedah outsourcing yang sedang dipakai oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan harus dihentikan, kerana kaedah ini merugikan pekerja kontrak yang terlibat. Dulu seorang pekerja pembersihan di hospital kerajaan mempunyai sekuriti bekerja, dapat kenaikan gaji tahunan, ada peluang dapat pinjaman perumahan dan juga kemudahan pencen, kerana pada masa itu semua pekerja pembersihan di hospital adalah kakitangan kerajaan. Sekarang mereka sudah dijadikan kakitangan sub-kontraktor yang membekalkan perkhidmatan membeli buah-buahan keluaran mereka akan menggalakkan sesetengah pekebun menukar daripada tanaman getah. Agensi kerajaan harus mencari pasaran yang lebih luas untuk buah-buahan tempatan dengan mempelopori caracara untuk mengetinkannya ataupun untuk menjadikannya jus buah-buahan yang dapat dibotolkan dan sebagainya. Hasil penternakan kambing dan ikan mempunyai permintaan yang lebih stabil kerana tahap sara diri dalam bahan makanan ini masih rendah. Tetapi penternakan memerlukan kemahiran yang spesifik dan juga modal untuk menyediakan kolam ikan ataupun kandang kambing. Agensi kerajaan yang berkenaan harus menawar pinjaman dengan kadar membayar balik yang senang untuk para pekebun getah yang rela cuba menceburi diri dalam usaha penternakan. Kekurangan peluang untuk bekerja adalah satu masalah besar di kawasan desa. Kerajaan harus memberi insentif pada para pengilang untuk mewujudkan kilang di kawasankawasan desa supaya membuka ruang untuk bekerja.

Pekebun sayur / Penternak 4.

Para petani/penternak (yang berjumlah lebih kurang 400,000 orang pada takat ini) yang telah mengusahakan tanah kerajaan secara bergenerasi seharusnya diberi pengiktirafan dalam bentuk geran ataupun pajakan tempoh panjang untuk tanah yang sedang diusahakan oleh mereka. (Kini hampir 80% daripada sayur-sayuran yang dikeluarkan oleh petani kita adalah dari kebun di atas tanah kerajaan yang terbiar.) Memandangkan tahap sara diri dalam sayur-sayuran hanya 70% pada takat ini, Kerajaan negeri harus berbincang dengan para petani/penternak jika bercadang memberi hakmilik tanah yang dicucuk tanam oleh petani kepada mana-mana pihak ketiga dan tanah gantian yang sesuai untuk pertanian dan penternakan serta pampasan yang mencukupi untuk membangunkan tanah baru ini harus ditawarkan kepada para petani. Untuk memastikan jaminan makanan (food security) di peringkat kebangsaan, pihak Kerajaan harus memberikan bantuan seperti kewangan, peralatan dan teknologi terkini. Petani/penternak juga perlu diberi latihan secara berterusan supaya mereka dapat memanfaatkan teknologi dan pertanian moden. Antaranya adalah untuk mewujudkan satu sistem pemantauan serta pengumpulan data di laman web

Mei-Jun 2015 membersihkan hospital. Semua kemudahan yang disenaraikan di atas telah dimansuhkan dan ini menyusahkan mereka. 4. Wujudkan tabung pemberhentian kerja daripada caruman majikan, pekerja dan kerajaan untuk membayar pampasan kepada para pekerja yang kehilangan kerja akibat kemuflisan syarikat. 5. Mewajibkan penubuhan kesatuan pekerja di setiap tempat kerja untuk menjaga hak dan kepentingan pekerja. Undang-undang sekarang yang merupakan halangan kepada aktiviti kesatuan pekerja harus diganti dengan undang-undang yang memudahkan proses penubuhan kesatuan pekerja. setiap wilayah mengenai jumlah ekar tanah yang ditanami setiap jenis sayur, supaya lambakan sesuatu sayur dapat dielakkan dan membolehkan petani sayur di wilayah itu membuat keputusan yang terbaik mengenai jenis sayuran yang ditanam oleh mereka pada takat itu. Sistem ini harus dikendalikan oleh persatuan petani/pekebun di wilayah itu.

5.

Orang Asli/Asal

Iktiraf tanah adat Orang Asli/Asal dan memberikan mereka geran komuniti untuk tanah tersebut. Geran tanah berindividu membawa risiko tinggi kerana tanah yang diberikan kepada orang asli mungkin akan dipindah milik kepada orang lain apabila individu orang asli itu menghadapi kecemasan kewangan ataupun ditipu oleh pihak lain. Hentikan segala pengambilan tanah orang Asli/Asal secara paksa. Amalkan prinsip free, prior, informed consent (FRIC) dan memastikan rundingan dilakukan dengan masyarakat Orang Asli dalam situasi di mana tanah mereka perlu diambil untuk kepentingan masyarakat awam. Sekiranya tanah Orang Asli/Asal diambil dengan persetujuan mereka, mereka harus diberikan tanah gantian yang sama tarafnya dengan tanah asal mereka dan pampasan yang adil. Kanak-kanak Orang Asli/Asal harus diberikan pendidikan yang berkualiti termasuk sukatan pelajaran yang memberi kepentingan kepada budaya orang Asli/Asal. Pengangkutan yang selamat untuk pergi balik sekolah juga harus disediakan. Kuasa memilih dan melucut ketua kampung (Tok Batin) sekarang dipegang oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan ini telah melenyapkan suara komuniti Orang Asli. Kuasa ini mesti dikembalikan kepada masyarakat Orang Asli supaya tok batin dapat menyuarakan masalah komuniti mereka tanpa ketakutan akan dilucutkan jawatan oleh kerana mengkritik tindakan JAKOA atau polisi Kerajaaan. Pada masa ini, beribu-ribu ekar tanah di kawasan Orang Asli telah dibangunkan oleh kerajaan sebagai ladang. Malangnya pihak yang menikmati keuntungan terbesar bukannya kaum Orang Asli tempatan tetapi kumpulan kontraktor yang menguruskan projek-projek ladang ini. Satu jadual harus ditetapkan untuk memindahkan pengurusan ladangladang ini kepada Orang Asli tempatan dan langkah-langkah proaktif harus diambil untuk mewujudkan kapasiti pengurusan dan pemantauan secara demokratik di kalangan masyarakat Orang Asli, supaya keuntungan projek ini dapat dinikmati oleh lebih ramai keluarga Orang Asli. (sambung di m/s 11)


Mei-Jun 2015

PERSPEKTIF

TPPA: Kenapa rakyat khuatir? oleh Jeyakumar Devaraj Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan satu sesi terbuka untuk orang awam dan NGO pada 2 April yang lalu untuk memaklumkan tentang perkembangan terkini dalam perundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dengan 11 buah negara yang lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Perundingan perjanjian perdagangan bebas ini yang telah bermula sejak tahun 2010, dan sekarang di peringkat akhir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapha Mohamad telah mengumumkan bahawa perundingan dijangka akan selesai pada pertengahan tahun ini. Mustapha Mohamad memberitahu pada para hadirin bahawa Amerika Syarikat serta negara lain telah memberi beberapa konsensi kepada Malaysia dan kita juga harus sedia bertolak ansur. Menteri ini berhujah bahawa perjanjian TPPA adalah sesuatu yang amat penting untuk perkembangan ekonomi Malaysia, kerana kita akan kehilangan pelaburan asing jika kita tidak sertai TPPA ini. Menteri berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus berani “bite the bullet” (gigit peluru) dan bersedia menghadapi cabaran yang mungkin akan timbul ekoran pelaksanaan perjanjian TPPA ini.

1. Daripada wakil Persatuan Mengawal Tembakau. (Tan Sri Shaari) Pihak anti-tembakau telah meminta supaya tembakau dan rokok dikecualikan daripada terma-terma TPPA. Ini kerana kami khuatir bahawa peristiwa yang berlaku di negara Australia akan berulang, di mana satu syarikat rokok telah menyaman kerajaan Australia ke Mahkamah Antarabangsa selepas Australia mengenakan syarat memaparkan gambar barah di atas kotak rokok. Jawapan Menteri: Beberapa negara dalam perundingan TPPA menyokong permohonan Malaysia. Tetapi Amerika Syarikat tidak bersetuju mengecualikan tembakau secara menyeluruh. Mereka menawarkan posisi bahawa isu tembakau dikecualikan daripada proses ISDS iaitu seksyen Perjanjian TPPA yang memberi kuasa kepada syarikat asing menyaman sesebuah kerajaan ke mahkamah antarabangsa. 2. Daripada Peter Rayar, Persatuan Farmasi, Malaysia. Adakah permohonan negara maju untuk menambahkan tempoh paten ubat daripada 20 tahun yang sedang wujud sekarang dapat ditolak? Adakah isu “data exclusivity”a yang akan melambatkan pembawaan ubat-ubat generik ke Malaysia dapat disingkir daripada perjanjian TPPA ini? Menteri tidak menjawab soalan beliau.

Selepas taklimat oleh Mustapha Mohamad, sesi dibuka untuk soal jawab. Antara soalan dan pandangan yang dikemukakan adalah -

3. Soalan oleh Lavania Rama Ayer daripada WWF. a. Bilakah kajian berkaitan kebaikan dan keburukan (cost benefit analysis) TPPA oleh ISIS dan Price Waterhouse

(sambung dari m/s 10)

7.

6.

Ibu Tunggal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus menyediakan satu pangkalan data ibu tunggal di peringkat nasional untuk menguruskan program yang sesuai bagi mereka. Untuk mengurangkan penyambungan kemiskinan dari satu generasi ke generasi baru, ibu-ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM 1500 dengan anak di bawah umur 18 tahun, harus diberi bantuan perumahan, pemakanan dan penjagaan kanak-kanak melalui sistem baucar (baucar tadika dan baucar pusat jagaan kanak-kanak). Perkhidmatan pengangkutan percuma dengan penggunaan pas (seperti pas untuk pelajar) untuk ibu tunggal yang mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun. Kementerian Pembangunan Wanita, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan harus memperuntukkan sebahagian daripada unit-unit perumahan kos rendah di kawasan mereka untuk disewa dengan kadar yang rendah kepada keluarga ibu tunggal yang menghadapi masalah kewangan. Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menguruskan pegawai kaunselor untuk melawat ke rumah ibu-ibu tunggal untuk mengambil tahu masalah yang dihadapi dan memberikan kaunseling kepada mereka. Menyediakan program latihan kemahiran dan dana untuk perniagaan bagi ibu tunggal serta perkhidmatan “kajian pasaran” untuk menasihati ibu tunggal sama ada wujudnya pasaran yang cukup besar di kawasan mereka untuk perniagaan yang diingini atau tidak.

OKU

Elaun Pekerja Cacat harus ditingkatkan ke RM 1200 sebulan kepada semua OKU sama ada mereka menerima apa-apa bantuan lain ataupun tidak. Menyediakan penjaga yang diupah oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada OKU, termasuk yang memerlukan penjagaan kesihatan dan bantuan lain seperti memasak dan membasuh pakaian. Pegawai Kebajikan harus melawat rumah OKU, melihat dan menilai kehidupan mereka dan membuat syor yang berkenaan untuk meningkatkan kualiti hidup OKU. Lantik OKU sebagai pegawai kebajikan kerana mereka lebih memahami masalah OKU. Menjadikan semua tempat awam mesra OKU. Walaupun ada undang-undang kecil yang wujud sekarang, ianya tidak diambil serius. Menyediakan kemudahan dan penjagaan kesihatan percuma kepada OKU termasuk rawatan pesakit dalam dan ubat-ubatan. Menyediakan komputer dan wifi percuma untuk membantu OKU terutamanya mereka yang terlantar di katil supaya mereka dapat berkomunikasi dan menjalankan perniagaan atas talian. Kanak-kanak OKU harus diberi pengangkutan percuma ke sekolah, pendidikan khas yang mencukupi dan bantuan tuisyen. Pada masa ini, pencen kakitangan awam hanya diberikan kepada anak-anak kakitangan awam OKU yang terlantar di katil dan mempunyai masalah kesihatan mental. Pencen ini hendaklah diberikan kepada semua anak-anak OKU apabila ibu atau bapa yang merupakan kakitangan awam meninggal dunia.

11

Cooper akan diumumkan kepada rakyat awam? b. Adakah kita menerima permohonan Amerika Syarikat untuk mengharamkan pemberian maklumat terhadap bahan “GMO” (Genetically modified organism) yang terkandung dalam setiap produk? (Pada takat ini kandungan GMO dalam setiap barangan yang dijual di Malaysia mesti dinyatakan dalam label barangan itu. Tetapi Amerika Syarikat menganggap bahawa amalan ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap produk sebegini dan mahu amalan ini diharamkan.) Jawapan MITI adalah kita tidak dikehendaki mengubah amalan yang sedia ada.

pentadbiran dan pekerja berkemahiran adalah perkara yang jauh lebih penting daripada para pelabur.

4. Li Ching daripada Third World Network bertanya, Apakah kemungkinan Presiden Obama tidak akan dapat kelulusan “fast track authority” daripada Dewan Kongres Amerika Syarikat? Kerana jika dia tidak dapat kelulusan ini, setiap klausa dalam perjanjian TPPA yang telah disetujui oleh 12 buah negara boleh dikaji oleh Ahli Kongres Amerika Syarikat. Dan wujudnya kemungkinan Kongres akan meminta konsensi tambahan daripada 11 negara yang lain.

Pandangan ini tidak dijawab.

Menteri jawab bahawa mereka sedang harap Presiden Obama akan dapat kelulusan “fast track” itu. 5. Dr Lim Mah Hui, seorang PhD ekonomi dan Ahli Majlis di Pulau Pinang berkata – FDI tidak begitu penting pada Malaysia. Negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan telah membina ekonomi yang moden tanpa FDI. Ketelusan dalam Lanjutkan definisi OKU kepada kecacatan lain termasuk OKU yang menghidapi penyakit Parkinsons dan Multiple Sclerosis. Berikan mereka kad OKU.

8.

Penagih Dadah

Tafsiran pengambilan dadah sebagai satu jenayah harus ditukar kerana kaedah ini mewujudkan pelbagai halangan kepada usaha penagih dadah memulihkan diri. Kaedah yang kita guna untuk tangkap dan tahan sesiapa sahaja yang mempunyai metabolit dadah dalam kencingnya menyebabkan kehilangan kerja untuknya dan merupakan salah satu faktor yang menimbulkan kebencian keluarganya terhadapnya. Tafsiran pengedaran dadah harus ditetapkan sebagai kesalahan dan dihukum, tetapi pengambilan dadah harus ditukar tafsir sebagai satu kelemahan ataupun sejenis penyakit yang harus dirawat melalui kaunselling dan ubat gantian.

9.

Warga Mas

Pada masa ini, ada lebih kurang 1 juta orang rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 70 tahun. Hanya 25% antara mereka menerima pencen kerajaan ataupun pencen PERKESO. Oleh kerana simpanan KWSP untuk majoriti pekerja tidak cukup besar, 90% daripada mereka yang berumur lebih daripada 70 tahun tidak ada wang simpanan untuk membantu mereka. Kerajaan harus mengimplimentasi satu skim pencen warga mas untuk semua rakyat Malaysia yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun pencen PERKESO, dengan membayar RM 250 seorang sebulan untuk semua yang layak. Pada takat ini, dengan 750,000 orang berumur 70 tahun ke

6. Mohideen Abdul Kadir, seorang peguam daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah memohon pada kerajaan – jangan sertai TPPA. Ianya tidak akan menguntungkan rakyat biasa. TPPA akan sekat ruang kerajaan untuk menggubal polisi yang pro-rakyat. Nota: a. “Data exclusivity” bermakna maklumat tentang sesuatu ubat masih merupakan hak cipta intelek syarikat yang mencipta ubat tersebut sepanjang masa. Jika, selepas tamatnya tempoh paten, suatu syarikat yang lain ingin membawa ubat yang sama dalam bentuk generik, syarikat ini harus berunding dengan pencipta ubat dan bayar royalti kepadanya untuk menggunapakai maklumat tentang ubat berkenaan. Ini akan melambatkan pembawaan ubat generik (yang biasanya jauh lebih murah daripada ubat asal) ke dalam pasaran Malaysia. ##

atas yang layak, bayaran ini akan memerlukan peruntukan sebesar RM 2.25 bilion setahun. Walaupun jumlah yang dibayar kepada setiap orang tidak begitu besar, ia akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh anak-anak mereka sekarang.

10. “Belanjawan secara partisipatori” (Participatory budgeting) Pada takat ini sering kedengaran bahawa bantuan untuk masyarakat berpendapatan rendah tidak sampai ke sasarannya oleh kerana rasuah ataupun nepotisme dan amalan pilih kasih pihak yang menguruskan program bantuan, ataupun sebutharga kontrak yang terlalu tinggi untuk kualiti kerja yang tidak memuaskan. Masyarakat kita harus memupuk satu sistem di mana masyarakat tempatan diberi ruang untuk menentukan bagaimana sesuatu peruntukan dibelanjakan. Ini digelar “belanjawan secara partisipatori” (participatory budgeting) di negara lain. Penglibatan masyarakat tempatan harus dijadikan satu tunjang dalam usaha kerajaan memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

11.

Suruhanjaya Khas

Suruhanjaya Khas harus ditubuhkan untuk memantau dan menilai pelaksanaan program-program membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat kita. Suruhanjaya ini juga harus memainkan peranan “Ombudsman”, di mana individu ataupun kumpulan masyarakat yang terasa masalah mereka tidak ditangani dengan sempurna boleh mengadu dan meminta bantuan untuk menyelesaikannya. ##


12

ANTARABANGSA

Bandung 60 tahun Jalan berliku-liku pembebasan Dunia Ketiga

60 tahun yang lalu, pada 18 hingga 24 April 1955, pemimpin kerajaan 29 buah negara yang baru merdeka di Asia dan Afrika, telah berkumpul di bandar Bandung, Indonesia, dengan semangat yang begitu tinggi untuk membincangkan alternatif dalam dunia yang dihantui oleh Perang Dingin pada masa itu. Isu-isu seperti kewujudan bersama secara aman, anti-imperialisme, dekolonisasi, dan pembangunan ekonomi negara yang baru merdeka ini secara berdikari, telah dibincangkan demi mencari jalan pembebasan yang sebenar untuk rakyat negara-negara Dunia Ketiga. Semangat Bandung merupakan hasil usaha daripada Persidangan Asia Afrika yang julung kali diadakan. Semangat Bandung melambangkan hasrat negara yang baru merdeka daripada penjajahan pada masa itu: 1. Kewujudan bersama antara negara-negara secara aman; 2. Membebaskan diri daripada dominasi sebarang

kuasa besar dunia, penjajahan dan imperialisme; 3. Mewujudkan solidariti antara golongan yang lemah, yang miskin, yang dijajah, yang diperas dan mangsa kepada sistem aturan dunia; 4. Merealisasikan pembebasan rakyat bawahan. Persidangan Bandung merupakan persidangan antarabangsa pertama yang tidak disertai oleh negara Eropah dan juga kuasa penjajah. 23 buah negara Asia dan 6 negara Afrika yang menyertai Persidangan Bandung, semuanya pernah dijajah dan dizalimi oleh kuasa-kuasa imperialis. Dalam tempoh satu dekad selepas Perang Dunia Kedua, gerakan pembebasan nasional berkembang hebat di rantau Asia dan Afrika. Banyak negara Asia dan Timur Tengah mendapat semula kedaulatan mereka, manakala banyak lagi negara Afrika sedang menuntut kemerdekaan pada masa itu.

Hasil perbincangan dalam Persidangan Bandung telah ditulis dalam satu dokumen yang dipanggil “Dasa Sila Bandung�, di mana 10 prinsip asas telah digariskan:

Mei-Jun 2015

10

1. Menghormati hak-hak asasi manusia dan tujuan-tujuan serta asas-asas yang termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 2. Menghormati kedaulatan dan keutuhan kawasan semua negara bangsa. 3. Mengakui kesamarataan semua suku bangsa dan persamaan semua bangsa, besar mahupun kecil. 4. Tidak melakukan campurtangan atau intervensi dalam isu-isu dalaman negeri negara lain. 5. Menghormati hak setiap bangsa untuk mempertahankan diri sendiri secara bersendirian mahupun secara kolektif, yang sesuai dengan Piagam PBB. 6. Tidak menggunakan peraturan-peraturan dan pertahanan kolektif untuk bertindak bagi kepentingan khusus dari salah satu negara-negara besar; manamana negara pun tidak boleh menekan negara yang lain. 7. Tidak melakukan tindakan ataupun ancaman pencerobohan mahupun penggunaan kekerasan

Prinsip Bandung

terhadap keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik sesebuah negara. 8. Menyelesaikan segala pertikaian antarabangsa secara damai, seperti perundingan, persetujuan, timbang tara, atau penyelesaian masalah hukum, ataupun lain-lain cara damai, menurut pilihan pihak-pihak yang bersangkutan, yang sesuai dengan Piagam PBB, 9. Memajukan kepentingan bersama dan kerjasama. 10. Menghormati hukum dan kewajipan antarabangsa. Walaupun Semangat Bandung tidak menyatakan tentangan terhadap sistem kapitalis global, tetapi jalan pembebasan yang diterokai oleh negara-negara yang baru merdeka pada masa itu yang bebas daripada cengkaman hegemoni imperialis telah memberikan banyak inspirasi kepada perjuangan rakyat, dan mencabar kuasa-kuasa yang bersaing sesama sendiri dalam Perang Dingin.

Negara baru mahu menentukan nasib sendiri Antara pemimpin politik yang menghadiri Persidangan Bandung 1955 adalah Zhou Enlai (Perdana Menteri Republik Rakyat China), Sukarno (Presiden Republik Indonesia), Josip Broz Tito (Presiden Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia), Gamal Abdel Nasser (Pengerusi Majlis Perintah Revolusi Mesir, yang kemudiannya menjadi Presiden ke-2 Mesir), Ho Chi Minh (Presiden Republik Demokratik Vietnam), Jawaharlal Nehru (Perdana Menteri India), U Nu (Perdana Menteri Myanmar), Kwame Nkrumah (Perdana Menteri Gold Cost, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Ghana yang merdeka) dan Ahmed Ben Bella (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria). Kesemua

mereka ini merupakan pemimpin perjuangan pembebasan nasional yang disanjungi ramai di negara masing-masing. Walaupun negara-negara yang mengambil bahagian dalam Persidangan Bandung amat berbeza antara sesama sendiri dari segi struktur penduduk, persekitaran geografi, latar belakang agama, budaya dan sejarah, begitu juga dengan bukan semuanya pemimpin yang hadir ke Persidangan Bandung berideologi haluan kiri, tetapi semua negara tersebut menolak penjajahan baru yang ingin dikenakan ke atas mereka oleh kedua-dua kuasa besar semasa Perang Dingin, iaitu imperialis barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Timur yang diketuai oleh Kesatuan Soviet. Para pemimpin negara-negara yang baru merdeka ini mengharapkan solidariti antara negara-negara Dunia Ketiga dapat membebaskan diri mereka daripada kongkongan kuasa besar, dan menentukan nasib mereka sendiri tanpa campurtangan kuasa luar.

Pergerakan Negara-negara Berkecuali Persidangan Bandung dan 10 prinsip yang lahir daripadanya telah menjadi asas kepada pembentukan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). NAM ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Josip Tito, Sukarno, Nehru, Nasser dan Nkrumah merupakan pemimpin negara yang giat menggerakkan usaha mewujudkan blok yang berkecuali daripada dua pihak yang bertembung dalam Perang Dingin. Deklarasi yang dikeluarkan semasa Persidangan Ketua Negara NAM

yang pertama telah menegaskan pendirian yang berasaskan Semangat Bandung, termasuklah menentang segala bentuk penjajahan dan imperialis; menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi; menyarankan pelucutan senjata. NAM juga dengan jelas menyatakan sokongan kepada gerakan pembebasan nasional di negara-negara Dunia Ketiga seperti Algeria dan Angola. Negara Malaysia hanya menyertai NAM pada tahun 1970. Namun, Semangat Bandung sudah pun semakin pudar pada masa itu. Persidangan NAM kemudiannya menjadi hanya medan untuk pemimpin negara anggotanya beretorik kosong tetapi gagal membangunkan semula Semangat Bandung. (sambung di m/s 13)


Mei-Jun 2015 sambung dari m/s 12 Projek Bandung boleh dikatakan salah satu daripada tiga eksperimen utama untuk golongan kiri pada abad ke-20. Dua eksperimen yang lain adalah Revolusi Rusia 1917 (yang melahirkan Kesatuan Soviet dan memberi ilham kepada revolusi yang dipimpin oleh parti komunis di banyak negara, termasuklah Revolusi China), dan juga sistem negara kebajikan yang dibawa oleh parti-parti demokrat sosial di Eropah. Ketiga-tiga eksperimen ini telah melalui perkembangan yang penuh dengan liku-liku dan dugaan atas faktor-faktor yang rumit. Namun, nampaknya eksperimen Projek Bandung digagalkan dengan lebih cepat berbanding yang lain. Idea-idea murni yang dibawa dalam Persidangan Bandung tidak dapat diteruskan selepas itu, disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktornya adalah tahap pembangunan industri dalam negeri yang sangat rendah untuk negaranegara yang baru mencapai kemerdekaan pada masa itu. Mereka tiada kapasiti ekonomi yang cukup untuk membangunkan negara mereka. Banyak negara terpaksa meminjam wang daripada negara maju, menjadikan mereka dijajah

ANTARABANGSA

Eksperimen Kiri yang digagalkan dibunuh secara kejam, hanya untuk menghancurkan ancaman kepada kekuasaan imperialis barat di rantau Asia Tenggara. Suharto yang menghancurkan Semangat Bandung dengan darah mangsa kezaliman diktator tentera, telah menjadi Pengerusi NAM pada tahun 1992, satu ironi yang mencerminkan betapa jauhnya NAM daripada Semangat Bandung yang asal.

oleh hutang yang bertimbunan. Ada pula yang terpaksa membuka ekonomi negara mereka kepada pelaburan asing, yang kesannya menggadaikan usaha mereka untuk berdikari secara ekonomi. Satu lagi faktor adalah kuasa-kuasa imperialis yang menjadi dalang dalam menghalang negara Dunia Ketiga menentukan nasib diri mereka sendiri. Sebelum Persidangan Bandung lagi, pada tahun 1953, CIA dan MI6 telah

Bandung 2.0? 60 tahun selepas Persidangan Bandung, semua negara Asia dan Afrika sudahpun mencapai kemerdekaan politik. Pencerobohan dan penjajahan secara terus dengan menggunakan ketenteraan telah hampir “pupus� (kecuali di negara-negara yang dibom oleh tentera AS atas nama memerangi keganasan). Perang Dingin telah tamat untuk lebih satu suku abad, tetapi dunia kita tidak menjadi lebih damai, masyarakat sedunia juga tidak bertambah lebih adil. Kolonialisme atau penjajahan telah muncul dengan wajah baru, menerusi globalisasi neo-liberal yang menjejaskan kehidupan rakyat biasa di seluruh dunia dengan penswastaan, liberalisasi ekonomi dan penghapusan kawalan modal demi menjaga keuntungan golongan korporat. Rakyat bawahan di seluruh dunia terus

Aksi 1 Mei

13

menentang ketidakadilan sosial dan mencari alternatif untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global. Negara-negara Asia dan Afrika pada hari ini mempunyai syarat material dan kebolehan yang lebih sesuai untuk merealisasikan idea-idea murni Persidangan Bandung 60 tahun yang lepas. Namun, malangnya sekali, kebanyakan pemimpin negara NAM telah kehilangan keazaman untuk satu dunia yang berbeza selepas ditenggalamkan arus globalisasi neo-liberal untuk bertahun-tahun lamanya. Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia beria-ia hendak menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), yang merupakan satu perjanjian perdagangan bebas untuk memenuhi ketamakan korporat

merancang rampasan kuasa untuk menggulingkan Perdana Menteri Iran Mossadegh, hanya kerana Mossadegh menasionalisasikan industri petroleum di negaranya sehingga menggugat kepentingan hegemoni kapitalis barat. Di Indonesia, CIA menyokong rampasan kuasa ketenteraan yang dipimpin oleh Suharto untuk menggulingkan kerajaan Sukarno pada tahun 1965. Ramai orang transnasional. Kandungan TPPA dan perjanjian perdagangan bebas yang lain pada hari ini membuka ruang kepada penjajahan ekonomi baru, amat jauh berbeza dengan agenda yang dibincangkan dalam Persidangan Bandung 1955. Kejatuhan Blok Timur yang diketuai oleh Kesatuan Rusia telah membolehkan kapitalis global bertindak dengan lebih agresif lagi untuk menghakis sistem kebajikan sosial dan memerah peluh darah rakyat biasa demi menjana lebih keuntungan korporat. Apa yang rakyat bawahan di negara-negara sedang membangun hari ini, seperti negara kita Malaysia, bukanlah perjanjian perdagangan bebas yang menggadaikan kepentingan rakyat untuk keuntungan berlipat ganda bagi golongan mahakaya. Apa yang kita perlukan adalah Semangat Bandung yang telah dilupai sekian lama, iaitu mewujudkan suatu aturan dunia yang membolehkan kewujudan bersama semua negara demi melindungi kepentingan rakyat bawahan.

Kerajaan Mesir juga semakin mengubah haluan politiknya ke arah kanan, khususnya selepas kekalahan dalam Perang dengan Israel pada tahun 1967. Selepas Perjanjian Kem David pada tahun 1978, Mesir telah menjadi sekutu rapat kepada kekuasaan Amerika Syarikat. Sementara itu, negara-negara lain yang memainkan peranan penting dalam Persidangan Bandung 1955, seperti Yugoslavia, telah berpecahbelah pada tahun 1990-an; manakala negara China menghidupkan kembali sistem kapitalis di dalam negaranya sejak penghujung tahun 1970-an.

Memang situasi dunia telah berubah banyak selepas 60 tahun, dan kita tidak boleh mengharapkan seorang dua pemimpin yang berfikiran progresif boleh melakukan perubahan untuk melindungi hak rakyat dan meneruskan Semangat Bandung. Kita perlu menggerakkan kuasa rakyat dari bawah untuk perubahan sedemikian. Jikalau kita mahu wujudkan Semangat Bandung 2.0, maka ia perlulah berpaksikan agenda memperkasakan kuasa rakyat supaya rakyat yang tertindas dapat menentukan nasib diri mereka sendiri, mengagihkan kekayaan secara samarata, menegakkan keadilan sosial demi kedamaian yang berkekalan, dan juga penyertaan rakyat biasa secara demokratik dalam proses membuat keputusan. Adalah penting juga mewujudkan jaringan solidariti antara gerakan rakyat di Dunia Ketiga dan juga seluruh dunia untuk merealisasikan impian Bandung 2.0 sebegini. ##

1 Mei merupakan Hari Pekerja Sedunia. Gerakan pekerja di seluruh dunia menyambut hari yang bermakna ini dengan aksi protes jalanan.

di serata dunia Sepanyol

Turki – Polis menutup Dataran Korea Selatan – Puluhan ribu pekerja berdemonstrasi di jalanan Seoul, membantah dasar kerajaan yang menghakis hak pekerja.

Taksim di Istanbul untuk menghalang orang ramai berhimpun di sana dan menyambut Hari 1 Mei. Lebih kurang 140 orang demonstran ditangkap.

Kuba – Lebih 1 juta orang berarak di Havana untuk menyambut 1 Mei.

Filipina


14

oleh Shazni Bhai Setelah kejatuhan Paris Commune, dia bersembunyi dari penguasa dan menghadapi ancaman bunuh. Eugene Pottier, seorang pekerja pengangkutan telah menulis puisi yang panjangnya 6 stanza ketika melarikan diri ke London pada Jun 1871. Puisi itu berjudul L'internationale. Pottier telah memuatkan puisi ini ke dalam koleksi karyanya “Chants Revolutionaires”. 17 tahun kemudiannya, Pierre Degeyter telah memadankan puisi ini dengan muzik supaya boleh dinyanyikan. Tetapi ketika itu lagu yang ditulis Degeyter di bilik bawah tanahnya masih belum menjadi nyanyian kaum pekerja antarabangsa dengan serta-merta. Melainkan ia dapat dimuatkan ke dalam youtube atau Soundcloud. Malahan di Kongres Pekerja Sedunia di Zurich pada 1893 telah mempendengarkan nyanyian lagu 'La Marseillaise', iaitu lagu perjuangan yang popular sebelum Internasionale. Menurut Michel Winock, seorang sejarawan Perancis, kalangan ahli-ahli Parti Sosialis Perancis yang mula mengambil lagu ini sebagai nyanyian mereka. Dan ketika itu sedang berlaku skandal politik Dreyfus Affair. Mereka telah mempersembahkannya di kongres antarabangsa di Paris. Hanya selepas itu lagu ini mula menjelajah ke serata pelusuk dunia.

SENI

Mei-Jun 2015

Lagu Pekerja Sedunia Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan

Demi menjaga punca rezeki Pierre De Geyter sebagai seorang pengukir kayu, sebanyak 6000 keping risalah lirik lagu Internasionale ini yang dicetak hanya menyebut nama keluarga Pierre sahaja dalam versi Perancis iaitu Degeyter. Pada tahun 1904, adik kepada Pierre, Adolphe telah didorong oleh Datuk Bandar Lille, Gustave Delory untuk menuntut hakcipta, supaya pendapatan daripada lagu akan terus pergi ke Parti Sosialis Perancis. Pierre kalah dalam kes hakcipta pertama dalam tahun 1914. Tetapi setelah adiknya membunuh diri dan meninggalkan satu nota menerangkan penipuan itu, Pierre telah diisytiharkan pemilik hakcipta oleh mahkamah rayuan pada 1922.

ini telah merebak ke seluruh Perancis, benua Eropah, hingga ke Rusia. Sudah tentu dari bahasa Perancis ia telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa lain. Ia bukan sahaja dinyanyikan ketika aksi atau Hari Pekerja, malahan sebagai pembuka dan penutup untuk acara mesyuarat pekerja. Ada yang pernah ditangkap dan dibunuh hanya kerana lagu ini. Kaum tani menjadikannya sebagai pemangkin semangat di kala membanting tulang di ladang. Ada juga aktivis kiri yang memenuhi masa ketika pemenjaraan dengan mengajarkan lagu ini kepada banduan yang lain. Bukan sahaja sebagai salah satu alat komunikasi, malahan suatu identiti yang merentasi sempadan bahasa, menyatukan kaum buruh sedunia. Perang menentang fasis yang melanda di Sepanyol telah menyaksikan ramai buruh telah mengangkat senjata mempertaruhkan nyawa bersamasama komrad lain dari luar Sepanyol. Ramai yang menerima rawatan di hospital akibat tercedera dalam pertempuran itu telah menikmati lagu ini dalam bahasa Jepun, Hindi, Sepanyol dan pelbagai bahasa dendangan sesama mereka.

Puisi panjang yang asalnya terselit seruan kepada kaum buruh untuk bangkit melawan tuan-tuan mereka

Pada tahun 1917, ia telah dijadikan sebagai lagu rasmi negara Kesatuan Soviet Russia. Perarakan tentera

merah telah menjadi objek visual yang dikumandangkan bersama lagu ini di siaran televisyen. Hal ini telah menyebabkan sesetengah orang berpendapat lagu ini telah pudar semangat radikal penyatuan kaum pekerja. Satu permasalahan menjadikan sesuatu karya itu rasmi ialah ia lebih teruk daripada mengharamkannya. Struktur lagu telah digubah menepati ciri sang pemerintah. Melodi yang laju nyanyiannya telah diperlahankan menjadi ala lagu kebangsaan sedangkan lagu ini asalnya untuk menyatukan kaum tertindas tanpa mengira negara. Kebangkitan Tianamen Square juga menyaksikan lagu ini digemakan oleh mahasiswa menandakan lagu ini bukanlah milik mutlak “Kerajaan Komunis” atau “Sosialis”. Ada bahagian asal yang ditulis oleh Pottier telah mengundang persoalan di mana ia menyatakan agar kaum pekerja untuk menghapuskan segala

tradisi yang mengikat termasuklah institusi raja, agama, adat dan kepercayaan. Bahagian korus ada menekankan bahawa perjuangan ini ialah yang terakhir. Pasti ramai kaum tertindas mengharapkan sedemikian, akan tetapi keadaan pula sebaliknya. Mungkin bagi segelintir generasi kini, lagu ini ialah lagu rasmi parti politik yang dinyanyikan untuk menaikkan semangat. Tetapi bagi yang pernah menempuh perang menentang imperialis dan fasis, ia menyimpan kenangan tragis menyaksikan komrad-komrad terkorban, contohnya dari Briged Antarabangsa di Sepanyol. Sekaligus ia menyimpan harapan bahawa walau bagaimana payah sekali pun situasinya kini, kaum tertindas seluruh dunia generasi kini dapat menghayati bahawa kita semua boleh mengubah dunia ini menjadi lebih baik secara bersama. Biar suara kaum tertindas sedunia terus bergema melalui lagu ini. ##

Lagu Internasionale (versi BM)


Mei-Jun 2015

IDEOLOGI

15

Adakah sifat semulajadi manusia penghalang kepada Sosialisme? ibubapa yang menumpukan segala masa mereka menjaga anak-anak mereka yang kurang upaya; pekerjapekerja yang memilih untuk membuat kerja-kerja amal atau kerja kemanusiaan yang tiada banyak ganjaran berbanding memilih kerja yang menawarkan gaji tinggi; kemurahan hati rakyat yang membantu atau membuat kerja-kerja kebajikan.

ditulis oleh John Molyneux

Hujah anti-Sosialis “Sosialisme adalah satu idea yang bagus tapi ia tidak praktikal. Kamu tidak boleh mengubah sifat manusia!” Ini adalah salah satu bantahan yang sering dikemukakan apabila kita berbincang tentang sosialisme. Malah hujah ini dipercayai oleh sesetengah ahli sosialis itu sendiri. Kesannya sosialisme dikendurkan sehingga ia hanya menjadi satu gangguan kepada sistem sekarang dan bukannya berperanan sebagai alternatif untuk menukar langsung sistem kapitalisme yang sedia. Penghujahan mengenai sifat manusia, nampaknya sangat berguna kepada mereka yang menentang sosialisme. Ia berkaitan dengan idea-idea lain yang dipercayai ramai, “sentiasa perlu ada beberapa orang di peringkat atasan”, “manusia sebenarnya pentingkan diri sendiri sahaja”, “sesetengah orang sentiasa mahu mempunyai lebih daripada yang lain”, “revolusi sentiasa akan menuju jalan buntu dan membawa kepada kezaliman”.

Kelemahan dalam sifat manusia ini juga dijadikan alasan kepada segala kekejaman di dunia seperti perkauman dan seksisme. Malah, alasan kegagalan sosialisme di Eropah Timur dan China juga diletakkan pada sifat manusia. Pemikiran sebegini, nampaknya dikaitkan dengan segala pengalaman peribadi manusia seperti persaingan untuk jawatan tinggi, menghampakan kawan atau menuduh orang pentingkan diri sendiri. Walau bagaimanapun, kita akan melihat kenapa pemikiran sebegini tak sah!

Sifat manusia memang berubah Kenapa, orang kata sifat manusia

akan sentiasa menghalang sosialisme? Mereka berkata, terdapat satu set ciri-ciri manusia, corak tingkahlaku dan sikap asas yang ada pada hampir semua orang dan bahawa ini tidak sejajar dengan pencapaian suatu masyarakat tanpa kelas yang berasaskan kepada pemilikan bersama. Hujah yang terutamanya adalah bahawa manusia mewarisi sikap ketamakan dan bercita-cita tinggi, maka mereka mahu memiliki lebih kebendaan daripada yang sepatutnya dan mahu mendominasi orang lain. Kalau dikaji betul-betul perangai manusia dalam masyarakat kita sendiri pun, akan menunjukkan bahawa tanggapan ini adalah salah. Memang ada banyak contoh mengenai ketamakan dan keinginan besar manusia, tetapi lebih banyak contoh yang kita boleh berikan mengenai sikap penyayang, pengorbanan diri dan keberanian manusia.

Sebelum Revolusi di Rusia, anggapan umum adalah rakyat Rusia memang tidak berani, sanggup ditindas dan diperbodohkan oleh golongan bangsawan. Revolusi yang dilakukan mereka adalah satu kejutan. Keberanian, kepimpinan dan pengorbanan rakyat Rusia mencipta sejarah kemenangan kelas proletariat.

Ada yang mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan nyawa semasa bencana; Nelson Mandela menghabiskan 27 tahun dalam penjara demi perjuangannya; pelajar dan pekerjapekerja tetap dengan pendirian mereka di Dataran Tiananmen, China pada tahun 1989 apabila kereta kebal menyerang mereka. Terdapat juga contoh-contoh dalam kehidupan harian:

Apabila ada isu-isu seperti gelandangan (homeless), pencen dan membantu orang-orang miskin, pandangan awam biasanya lebih bersimpati dan murah hati. Perhatikan, apabila kerajaan mahu memperkenalkan suatu polisi/pelan yang membawa mudarat kepada majoriti, mereka cuba meyakinkan rakyat dengan “menjual produk” mereka dengan motif-motif yang baik. British menjustifikasi penglibatan mereka dalam Perang Dunia Pertama, kononnya untuk menyelamatkan Belgium. Sama juga, alasan untuk menyelamatkan etnik Kosovo-Albania daripada “pembunuhan ramai-ramai” digunakan sebagai tunjuk sebab pelancaran perang terhadap Serbia oleh NATO. (Pasti anda tahu apa hujah yang diberikan oleh kerajaan BN semasa memperkenalkan GST, TPPA dan penswastaan kemudahan asas!) Contoh-contoh sebegini tidak sepatutnya membuktikan bahawa manusia lazimnya tidak mementingkan diri sendiri. Tetapi ia memang membuktikan adalah mustahil untuk mendakwa bahawa manusia tamak secara semulajadi. Sebenarnya, kita tidak boleh melihat sesuatu secara hitam putih. Manusia adalah kedua-duanya, tamak dan murah hati, pengecut dan berani, suka mendesak dan boleh mengawal diri. Ada juga individuindividu yang sanggup mengorbankan apa saja demi keluarga mereka tapi tidak akan tolong langsung jirannya. Ada juga yang menderma banyak duit kepada badan kebajikan tetapi sangat kedekut dengan anak mereka. Segelintir pula sangat sayang pada haiwan tapi tidak ada belas kasihan terhadap manusia, manakala ada yang terbalik sikapnya. Ia semua bergantung kepada keadaan bagaimana mereka dibesarkan, adakah mereka rasa lemah atau terancam atau kuat dan yakin diri. Secara ringkasnya, manusia berubah selaras dengan kondisi kehidupan dan pengalaman mereka juga berubah. (diringkaskan dan diterjemah oleh Letchimi Devi. Edisi berikut: Apa itu sikap semulajadi manusia? Kapitalisme dan sifat manusia)


16

GALERI

Mei-Jun 2015

Sekitar Himpunan 1 Mei #BatalGST

Hari 1 Mei, hari keramat perjuangan pekerja, tahun ini menyaksikan ribuan rakyat membanjiri jalanan Kuala Lumpur dengan seruan membantah cukai GST yang memiskinkan rakyat.

30 April 2015 adalah ulangtahun ke-17 penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM). PSM telah mengemukakan permohonan untuk penubuhan parti pada 30 April 1998, menandakan kelahiran sebuah parti politik berhaluan kiri yang memperjuangkan kepentingan kelas pekerja dan rakyat marhaen. Walaupun PSM sebuah parti yang kecil, tetapi dalam 17 tahun kewujudannya, PSM aktif

melibatkan diri dalam perjuangan mempertahankan hak rakyat akar umbi, menentang pengusiran paksa, memperjuangkan hak pekerja, menuntut akta gaji minima, membantah penswastaan sistem kesihatan, menuntut pendidikan percuma, membantah TPPA, membantah GST, mempertahankan hak petani untuk bercucuk tanam, bersolidariti dengan sesiapa yang ditindas di bawah sistem kapitalis dan banyak lagi.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.