Modul Ilmu Tajwid Talaqqi

Page 56

Hukum Mad Far'ie dan Pembahagiaannya Terdapat tiga hukum bagi Mad Far'ie iaitu: i.

Lazim: Hukum ini khusus bagi Mad Lazim dan jenis-jenisnya. Ia adalah apa yang disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan kadarnya.

ii.

Wajib: Hukum ini khusus bagi Mad Muttasil. Ia adalah apa yang disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan madnya dan berbeza pandangan tentang kadarnya.

iii.

Jaiz (harus): Hukum ini bagi Mad Munfasil, Mad „Aridh lis-Sukun dan Mad Badal. Ia adalah apa yang tidak disepakati oleh para Qurra‟ tentang memanjangkan mad dan kadarnya. Nama-nama ini iaitu Lazim, Wajib dan Jaiz adalah dilihat kepada bacaan-bacaan yang pelbagai, bukan dilihat kepada satu riwayat atau satu toriq (jalan) sahaja. Oleh kerana itu, Mad Munfasil sebagai contoh dinamakan Jaiz kerana perbezaan pandangan para Qurra‟ tentang memanjangkan mad ini dan kadarnya. Sebahagian para Qurra‟ memendekkannya dengan kadar 2 harakat. Sebahagiannya pula memanjangkannya 4, 5 atau 6 harakat. Ini tidak bermakna harus memendekkannya dengan 2 harakat berdasarkan riwayat Hafs mengikut toriq Syatibiyyah, bahkan telah ditentukan madnya berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan mengikut toriq ini dengan kadar 4 atau 5 harakat.

Mad-Mad yang Berada di Bawah Mad Far'ie: 1.

Mad Wajib Muttasil (

)

Mad Wajib Muttasil ialah apabila huruf Hamzah berada selepas huruf mad pada satu kalimah sama ada huruf Hamzah berada di tengah kalimah atau diakhirnya.

66


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.