Modul Ilmu Tajwid Talaqqi

Page 148

Penjelasan : Hukum ini dinamakan kabir kerana beberapa perkara mengikut pandangan ulama : Kerana keadaan kedua-dua huruf tidak terdapat tanda mati (berbaris) 1. Terkesan dengan keadaan huruf yang berbaris sebelum huruf idgham 2. Terdapat pendapat yang menyatakan susah untuk menyebut kalimah tersebut adalah sebab dinamakan idgham kabir 3. Pendapat lain pula menyatakan bahawa ia adalah pelengkap kepada bahagian Al-Mislain, Al-Jinsain dan Al-Mutaqaribain

Walau bagaimanapun, hukum idgham kabir tidak terdapat dalam riwayat Hafs an „Asim melainkan pada dua tempat yang akan dijelaskan kemudian. ( Al-Wasit fi al-Ilmi at-Tajwid-2004) 8.4

KAEDAH IDGHAM Mengetahui kaedah-kaedah untuk bacaan idgham adalah elemen yang penting untuk pembacaan yang sempurna di samping mengetahui syarat, sebab, faedah dan sebagainya. Kaedah ini terbahagi kepada dua kaedah yang asas : Kaedah Pertama Hendaklah menjadikan al-mudgham (huruf yang pertama) adalah dari jenis al-mudgham fih (huruf yang kedua). Kemudian, memasukkan bunyinya ke dalam mudgham fih. Kaedah ini adalah untuk idgham fi ghairi al-mithlain. Contoh pertama: memasukkan huruf nun mati ke dalam huruf lam ﴾   ﴿

158


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.