RENCANA
HARI SABTU 30 JULAI 2016
11
Menghormati bendera tanda setia pada tanahair, sebahagian dari iman Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid
K
EMERIAHAN Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun bagi keempat-empat daerah telah pun berlangsung dengan meriahnya di mana semua jawatankuasa yang telah dilantik dan agensi-agensi yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi dengan memainkan peranan masing-masing dalam sama-sama memastikan rancanganrancangan yang disusun berjalan dengan lancar dan sempurna. Sambutan yang bersejarah ini telah bermula dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran yang akan dilangsungkan di masjid-masjid utama, surau-surau serta balai-balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Upacara Menaikkan Bendera Besar yang diadakan setiap tahun menjelang Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah diadakan pada 1 Julai 2016.Dengan berlangsungnya upacara tersebut, bermulalah pengibaran bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam di rumah kediaman masing-masing, sementara Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran pula mengibarkan bendera peribadi pada tarikh tersebut. Ini adalah sebagai tanda taat setia rakyat kepada raja yang dikasihi sekali gus menjadi pemangkin semangat nasionalisme dan patriotik. Seyogia juga mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini tarikh untuk menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam dan bendera peribadi bagi PengiranPengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran sama ada di rumah-rumah persendirian, bangunan pejabat dan perniagaan ialah pada 31 Julai 2016. Kibaran bendera kebangsaan juga membuktikan kasih sayang, komitmen dan sokongan rakyat serta penduduk negara ini ke arah memeriahkan serta menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM. Setiap bendera yang dikibarkan hendaklah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dengan memastikan bendera tersebut dalam keadaan baik, tidak pudar warnanya dan tidak koyak. Semangat nasionalisme dan patriotisme ini hendaklah terus kita semai dan praktikkan bukan hanya tersemadi dalam diri kita sahaja, selaras dengan petikan titah Kebawah DYMM sempena menyambut Tahun Baharu Masihi 2005 : ''Beta berharap dengan menjelangnya Tahun Baharu Masihi 2005 kita akan semakin perkasa dan matang. Slogan partiotisme janganlah ia tinggal slogan semata-mata, tetapi hendaklah dijelmakan ke dalam sikap dan perbuatan kita. Tuntutan-tuntutan keadaan sangat jelas, bahawa kita ini memang wajar memiliki sifatsifat perkara dan matang. Orang yang perkasa sering dilihat sebagai orang yang matang juga. Oleh itu, untuk menjadi bangsa yang berjaya, kita mestilah memiliki kedua-dua sifat ini. Ia akan mendorong kita untuk bangun
dan membina diri.'' Apa yang dikatakan bendera Bendera adalah sepotong kain yang sering dikibarkan di tiang sebagai simbol rasmi dan identiti sesebuah negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai reka bentuk dan warna yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Adapun tujuan dan fungsi bendera Negara Brunei Darussalam adalah lambang rasmi negara di samping bertujuan sebagai mercu tanda untuk menyemarakkan hari-hari istiadat dan kebesaran negara seperti hari-hari istiadat dan kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah DYMM, di samping menanamkan perasaan cintakan bangsa, agama raja dan negara serta mendukung falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB). Sejarah bendera pada Zaman Daulah Islam Daulah atau Kerajaan Islam mempunyai bendera (Al-Liwa') dan juga panji (Ar-Rayah). Ini dibuktikan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah Al-Munawwarah. Secara syar'ie, syarak telah menjelaskan bahawa perkataanperkataan tersebut mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu seperti berikut : 1. Bendera (Liwa') berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah dengan warna hitam. Ia diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, ''bahawa bendera Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berwarna hitam, sedangkan panji Baginda berwarna putih.'' Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh panglima atau ketua perang sebagai tanda dan diletakkan di lokasi beliau sendiri. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersama Baginda semasa pembukaan Kota Mekah. Begitu juga semasa Baginda mengangkat Usama ibn Zaid sebagai panglima pasukan ke Rom, Baginda telah menyerahkan bendera yang diikatnya sendiri kepada Usama. 2. Panji (Rayah) berwarna hitam di mana di atasnya tertulis kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah dengan warna putih dan semasa perang akan dibawa oleh ketua setiap unit seperti divisi, batalion, rejimen dan lain-lain unit. Sejarah dan reka bentuk bendera Negara Brunei Darussalam Bendera rasmi Negara Brunei Darussalam mula direka bentuk pada tahun 1906 berbentuk empat persegi panjang tepat mengandungi warna kuning, putih hitam dan kuning di mana pemilihan warna-warna berkenaan adalah hasil dari perjanjian serta persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam pembentukan bendera berkenaan ketika itu. Pada tahun 1959, negara bendera telah dilengkapi dengan penambahan satu lambang rasmi Negara Brunei Darussalam atau dikenali sebagai lambang kerajaan berbentuk panji-panji berwarna
GAMBAR HIASAN ... Dengan penurunan bendera besar pada 31 Julai 2016 nanti maka Bendera Negara Brunei Darussalam dan bendera peribadi bagi Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran sama ada di rumah-rumah persendirian, bangunan pejabat dan perniagaan juga diturunkan.
merah mengandungi slogan atau cogan kata ditulis dalam bahasa Arab yang berbunyi Addaa imuna al muhsinuna bil huda yang membawa maksud 'Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk' sementara tulisan di bawah lambang 'Brunei Darussalam' yang bermaksud 'Brunei Rumah Keamanan.' Cogan kata yang terkandung dalam panji-panji tersebut sebenarnya membawa makna, iaitu sentiasa berkhidmat, berbakti atau berjasa kepada agama, bangsa dan negara dengan bimbingan serta petunjuk Allah. Ungkapan kata-kata ini sepatutnya kita jadikan sebagai konsep hidup dalam bermasyarakat dan bernegara ke arah memantapkan perpaduan dan kesejahteraan. Lazimnya, ukuran standard bendera biasa yang kelihatan berkibaran (tidak termasuk bendera kecil dan bendera besar negara) adalah berukuran 72 inci panjang dan 36 inci lebar yang diarahkan untuk dikibarkan oleh seluruh dan rakyat di Negara Brunei Darussalam bukan hanya sebagai tanda meraikan dan memeriahkan sambutan hari-hari istiadat dan kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah DYMM pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan malahan
sebagai tanda ketaatan dan kesetiaan kita kepada raja dan negara yang kita kasihi. Bendera hendaklah dikibarkan menegak menggunakan tiang bendera sepanjang 10 kaki dengan pendakap khas tiang bendera secara 30-45 darjah di kawasan beranda. Manakala bagi kawasan depan rumah hendaklah menggunakan tiang bendera tidak melebihi 20 kaki bagi bendera negara dan 30 kaki bagi bendera peribadi. Sementara bagi bangunan-bangunan kerajaan atau swasta hendaklah menaik dan mengibarkan bendera negara di atas bangunan dengan menggunakan tiang bendera sepanjang 10 kaki. Bagi hadapan bangunan pula ketinggian tiang bendera tidak melebihi 20 kaki dan tiang bendera tersebut tidak dipacak terus ke tanah. Pendapat yang membolehkan menghormati bendera negara Ada beberapa pendapat yang boleh kita jadikan sandaran dalam menghormati bendera negara. Menurut Abdurrahman Syaiban Ketua Majelis Ulama Al-Jazair tahun 1999 - 2001 mengatakan bahawa berdiri saat dinyanyikan lagu kebangsaan atau menghormati bendera tidak bertentangan dengan syariah dan akidah kerana tidak ada Nas (dalil Quran, hadis) yang
mengharamkannya. Beliau berkata : ''Pendapat tidak bolehnya mendengarkan lagu kebangsaan atau berdiri saat dinyanyikan tidak memiliki dasar syariah. Tidak ada dalil apa pun yang mengharamkan atau memakruhkannya.'' Syeikh Athiyah Shaqar, mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir mengatakan bahawa ''menghormati bendera diperbolehkan kerana bukan ibadah. Menghormati bendera dengan lagu atau isyarat tangan dalam siatuasi tertentu itu menunjukkan kesetiaan pada tanah air, berkumpul di bawah kepimpinannya, dan komitmen untuk mendukungnya. Sikap itu tidak masuk dalam pengertian ibadah pada bendera itu. Penghormatan bendera bukanlah solat atau zikir sampai ada yang bilang itu bid'ah atau ibadah pada selain Allah.'' Mengibarkan bendera tanda ketaatan kepada Ulil Amri Oleh itu, marilah kita sentiasa taat setia dan patuh kepada Allah serta Rasul-Nya, Ulil Amri (raja atau pemimpin) dan memanjatkan doa ke hadrat Allah semoga raja kita yang dikasihi akan terusmenerus kekal karar memerintah negara ini dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah jua.