NASIONAL
HARI SABTU 3 MAC 2018
11
Pantun simbol artistik masyarakat Melayu Nusantara Permainan Tradisional Brunei Dalam Kalangan Remaja
''
!" # ''$ %
&
" (
) *
)
!
* !
!
''
'' %
+ , (
! !
%
'
' '' ! "
!
%
. ) %
*
/
Berita dan Foto : Aimi Sani
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di nusantara sejak ratusan tahun lalu. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Melayu Nusantara, lambang kebijaksanaan berfikir yang sering dijadikan sebagai alat komunikasi dan begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat Melayu Nusantara. Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Tetap Kemasyarakatan dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Seminar Memperkasa Pantun Nusantara Ke-3, Tahun 2018 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas, di sini. Fenomena pantun, tambah Datin Paduka, telah berkembang luas dan telah menjadi sebahagian dari warga sastera antarabangsa dan
bukan lagi bersifat lokal yang hanya di dominasi oleh Melayu Nusantara. Pantun terangnya, tetap milik Melayu Nusantara dan kita sebagai bangsa Melayu adalah pemilik mutlak pantun. ''Kita perlu berusaha untuk memperkukuh peradaban bangsa melalui penekanan bahawa pantun adalah satu daripada sumber tradisi yang patut dikekal dan dikembangkan sebagai asas pembinaan peradaban bangsa khususnya bangsa Melayu,'' tegas beliau. Seminar ini merupakan kegiatan Mastera Brunei Darussalam yang diselanggarakan oleh Mastera Brunei Darussalam dengan kerjasama Mastera Indonesia, Mastera Malaysia dan Mastera Singapura. Projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan seterusnya pada tahun 2012 itu menjadi satu usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu di nusantara khususnya pantun Melayu. Projek selama empat hari yang melibatkan golongan belia dari negara Mastera itu antara lain bertujuan untuk mewujudkan rasa kebanggaan tentang warisan sastera budaya (pantun), merincikan bagaimana pantun itu
ANTARA yang hadir pada seminar tersebut.
SETIAUSAHA Tetap Kemasyarakatan dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku tetamu kehormat merasmikan Seminar Memperkasa Pantun Nusantara Ke-3, Tahun 2018.
sendiri mempunyai nilai ilmu selain meningkatkan penggunaan bahasa Melayu melalui sastera dalam kalangan belia negara. Selain itu, ianya juga dihasratkan untuk mempertahan dan melestarikan khazanah pantun sebagai pengucapan budaya dan menghidupkan kembali warisan budaya (culture memories) yang terungkap dalam pantun dan dalam masa yang sama juga memperlihatkan pantun sebagai manifestasi kehidupan bangsa Melayu Nusantara. Seminar Pantun Melayu selama sehari suntuk dengan tema 'Melestari Budaya Pantun' turut dibukakan kepada para belia yang berminat dari negara Mastera. Sementara itu, Bengkel Pantun Melayu diselenggarakan selama tiga bermula Khamis 1 hingga 3 Mac 2018 dari jam 8.00 pagi bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas. Juga hadir, Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak.
Kaji semula acara-acara perayaan Hari Keputeraan Kebawah DYMM
MESYUARAT Pertama Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun 2018 dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (tengah).
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Februari. - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun 2018 bagi Daerah Brunei dan Muara diadakan pada pagi ini. Mesyuarat yang berlangsung
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini, dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Mesyuarat tersebut membincangkan pembubaran
Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan pelantikan Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi sambutan perayaan tahun ini, di samping memaklumkan laporan post mortem acara-acara perayaan yang berlangsung pada tahun 2017.