20
NASIONAL
HARI SABTU 3 DISEMBER 2016
PIBB perkasa belia berdikari Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Azmi Awang Damit
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Program Inovasi Belia Berwawasan (PIBB). SESI penandatanganan plak antara Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir (kanan) dan Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Belia merupakan aset negara terpenting yang berperanan sebagai tunggak kekuatan negara selaku pewaris kepimpinan di masa akan datang. Bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu Kehidupan Rakyat Yang Berkualiti Tinggi, sebuah program membangun minda dan kemahiran belia-belia, iaitu Program lnovasi Belia Berwawasan (PIBB) dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang berlangsung di Dewan
Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini. Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), KKBS, Dayang Rostinah Binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir dalam ucapannya menjelaskan, PIBB merupakan sebuah projek perintis yang diungkayahkan dengan kerjasama di antara JAPEM, KKBS dan pihak Politeknik Brunei, Kementerian Pendidikan sebagai salah satu usaha untuk membantu anak-anak para penerima bantuan untuk memperoleh pendapatan yang lebih dengan memberikan latihan dan
kemahiran yang bersesuaian agar mereka mendapat peluang pekerjaan. Bagi peringkat awal program ini tambahnya, seramai 14 orang peserta belia yang dipilih untuk menyertai program, yang mana 10 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan yang belum berumahtangga dan yang belum mempunyai sebarang pekerjaan. ''PIBB merupakan kesinambungan pada projek BKB 100, iaitu sebuah projek perintis yang dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) untuk dilaksanakan dengan memilih 100 orang ketua keluarga penerima Bantuan Kebajikan Bulanan yang tidak mempunyai pekerjaan untuk dicarikan pekerjaan yang membolehkan mereka keluar
Pelajar Pusat Ehsan kunjungi Taman Permainan Jerudong
ROMBONGAN dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bergambar ramai sebelum memulakan aktiviti Hari Keluarga di Taman Permainan, Jerudong Park.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman JERUDONG, Jumaat, 2 Disember. Pelajar-pelajar khas Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam terus didedahkan dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang berbeza-beza di luar pusat berkenan dalam usaha membantu mereka memahami dunia di sekelilingnya. Sehubungan itu, lebih 500 pelajar bersama kakitangan Pusat Ehsan dan ibu bapa serta penjaga masing-masing dibawa berkunjung ke Taman Permainan Jerudong (Jerudong Park Playground), di sini. Lawatan itu membolehkan golongan
muda dan kanak-kanak berkeperluan khas ini memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan mereka dalam meningkatkan interaksi sosial dan kemahiran serta berkomunikasi dan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka, selain bermain bersama kanak-kanak yang lain. Rombongan diketuai oleh salah seorang pegawai Pusat Ehsan, Dayang Ruby Susanti binti Haji Jahli. Pusat Ehsan mengadakan lawatan ke Taman Permainan Jerudong bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari
Keluarga selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga sekolah dan keluarga pelajar. Ia juga bagi mengisi aktiviti mereka di hujung tahun yang tidak hanya tertumpu kepada warga sekolah malahan juga melibatkan ibu bapa dan keluarga pelajar. Dengan adanya lawatan tersebut, para pelajar diharap dapat belajar serta menyesuaikan diri dengan pengalaman pembelajaran yang baharu, yang dapat membantu mereka meneroka dan bertindak balas terhadap masyarakat. Taman Permainan Jerudong telah kembali beroperasi dan berpotensi bagi kunjungan orang ramai serta mampu menjadi salah satu destinasi pelancongan di negara ini.
dari kebergantungan pada bantuan sahaja,'' ujarnya. Beliau menambah, pemilihan peserta PIBB adalah daripada anak-anak peserta projek BKB 100 yang berumur di antara 18 hingga 21 tahun. Jelasnya lagi, PIBB pada keseluruhannya akan mengambil masa selama sembilan bulan yang terbahagi pada tiga fasa, iaitu di bawah Fasa Pertama, Penghijrahan Diri dan Minda, yang mana para peserta akan diaturkan untuk mengikuti Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) selama tiga bulan yang akan bermula pada 4 Disember ini. Manakala sejurus selesai mengikuti latihan PKBN katanya, para peserta di Fasa Kedua akan dihantar untuk mengikuti Latihan Kemahiran Asas Abad Ke-21, iaitu mengikuti program kemahiran asas di Politeknik Brunei selama tiga bulan dengan diberikan kursus pendek seperti kursus penggunaan komputer, kursus asas keusahawanan seperti belajar membuat buku kunci kira-kira dan mengikuti kursus komunikasi dalam bahasa Inggeris. Beliau seterusnya berkata, bagi fasa terakhir pula, iaitu di bawah Program Penempatan Pekerjaan, para peserta akan diaturkan untuk mengikuti latihan industri selama tiga bulan di beberapa buah syarikat swasta bagi mendedahkan mereka pada suasana pekerjaan. Tambahnya, adalah diharapkan selepas mereka mengikuti program PIBB ini para peserta akan berjaya untuk mendapat pekerjaan. Majlis diisikan dengan pelancaran tayangan video klip PIBB diikuti dengan menandatangani plak kerjasama di antara Pemangku Pengarah JAPEM, KKBS dan Pengarah Politeknik Brunei (PB), Kementerian Pendidikan, Awang Denis Ho Mun Tai. Objektif program ialah membantu memperkasa belia melalui penghijrahan minda dan peningkatan kepercayaan diri; memberikan latihan kemahiran asas pekerjaan kepada belia dan mengurangkan jumlah penerima bantuan kerajaan khususnya golongan belia. Program ini turut sama mendapat sokongan dan gandingan bahu dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama merealisasikan belia yang bermotivasi tinggi serta berdisiplin. Turut hadir pada majlis pelancaran ini, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr.
Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin; Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Ketua-Ketua Jabatan dan Pengarah-Pengarah di Kementerian Pendidikan dan KKBS. Sementara itu, Penolong Pengarah JAPEM, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md. Daud ketika ditemu bual menjelaskan, peserta-peserta yang dipilih adalah belia-belia yang berusia 18 hingga 21 tahun terdiri daripada anak-anak penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, JAPEM yang akan menjalani program selama sembilan bulan. Jelasnya, program ini dibahagikan pada tiga fasa, iaitu fasa pertama, semua peserta akan mengikuti latihan di PKBN dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dan disiplin mereka kemudian mereka akan mengikuti latihan kemahiran di PB, yang mana mereka akan diberikan latihan dan kemahiran seperti basic accounting, basic communication untuk meningkatkan kemahiran mereka pada pekerjaan. Selepas mereka tamat tiga bulan di PB katanya, para peserta akan mengikuti penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat swasta yang terpilih bagi memberi mereka pengalaman suasana bekerja. Di akhir temu bual, beliau berkata, JAPEM berharap agar belia-belia ini akan dapat menggunakan kemahiran-kemahiran yang diberikan supaya mereka nanti akan dapat menjadi generasi belia berwawasan dan juga dapat membantu kedua ibu bapa mereka.
PENOLONG Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md. Daud.