Pelita Brunei - Sabtu 29 April 2017

Page 9

9

HARI SABTU 29 APRIL 2017

DPMM FC tewas 1 - 0 di tangan Tampines Rovers FC Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan semasa berkenan menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Liga S. di antara Brunei DPMM FC dengan Tampines Rover FC. Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil berkenan menyertai pasukan All Star FC dalam perlawanan persembahan (atas dan bawah).

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 April. - Pasukan Brunei DPMM FC gagal memanfaatkan permainan di tempat sendiri setelah dikecewakan oleh Pasukan Tampines Rovers FC dengan jaringan 1 - 0 pada perlawanan Great Eastern Hyundai S. League yang berlangsung malamini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan. Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah semasa berangkat menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Liga S. tersebut.

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja yang lain. Juga berangkat, anakandaanakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Babak pertama menyaksikan pasukan Tampines Rover FC menguasai permainan dengan membuat jaringan pertamanya di minit ke-3 melalui tendangan jauh oleh pemain jersi 20, Ivan Dzoni. Kedua-dua pasukan saling silih berganti mengatur serangan untuk menjaringkan gol masing-masing sehinggakan Pasukan Brunei DPMM FC melalui pemain jersi 8, Hendra Azam cuba membuat jaringan gol ke gawang pihak lawan pada minit ke-15 namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol Pasukan Tampines Rover FC, Izwan Mahbud, jersi 1. Mata jaringan tetap tidak berubah kerana masing-masing

mempertahankan pasukan mereka sehinggakan sekali lagi pada minit ke-42, Pasukan Brunei DPMM FC cuba menjaringkan gol melalui jersi 9, Billy Mehmet, namun dapat ditepis oleh penjaga gol pihak lawan. Di babak kedua perlawanan pula, pemain Pasukan Tampines Rover FC, Ivan Dzoni sekali lagi cuba menjaringkan gol ke gawang pihak lawan pada minit ke-48 namun gagal kerana dapat diselamatkan oleh penjaga gol Pasukan Brunei DPMM FC, jersi 25, Wardun Yussof. Perlawanan tetap rancak namun kali ini Pasukan Brunei DPMM FC melalui pemain jersi 6, Azwan Saleh pula hampa setelah gagal dalam percubaan menjaringkan gol ke gawang pihak lawan pada minit ke-78 dan kedudukan kekal 1 - 0 sehingga wisel penamat dibunyikan. Sementara itu, perlawanan pada masa rehat pula menyaksikan Pasukan All Star FC berjaya menewaskan Projek Ikan Pusu 'B' dengan jaringan 1 - 0. Pasukan All Star FC turut dibintangi oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil.

ANTARA aksi pada perlawanan di antara Brunei DPMM FC dan Tampines Rovers FC dalam Perlawanan Bola Sepak Liga S.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.