24
HARI SABTU 23 OGOS 2014
Projek outfall atasi banjir Dari muka 1 Sebelum mengadakan lawatan, Yang Berhormat bersama rombongan terlebih dahulu berkunjung berhari raya ke Dewan Persidangan, Kuala Belait bersama pegawai dan kakitangan jabatanjabatan cawangan Daerah Belait di bawah Kementerian Pembangunan. Rombongan termasuk Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Yang Berhormat menyatakan, tanpa usaha dan rasa tanggungjawab yang ada pada diri masing-masing, pegawai dan kakitangan di daerah ini, kita setentunya akan kurang berkesan dalam menjalankan tugas kita, di sini. Yang Berhormat berkata, berkat kerjasama dan bersepadu dalam kalangan semua pegawai dan kakitangan di Daerah Belait, akan dapat menyumbang tenaga, bakti kita kepada rakyat dan penduduk di daerah ini dan kita telah dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan di daerah ini. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, apa yang dilakukan di daerah ini tidak kurang penting dengan yang dilaksanakan di daerah-daerah lain. “Jika di Daerah Brunei Muara menghadapi banjir setiap kali hujan di beberapa kawasan tertentu di mana infrastrukturnya kurang ataupun mengalami kerosakan jalan raya, mengalami tanah runtuh dan sebagainya maka di sini pun tidak kurang kita berdepan dengan masalah-masalah serupa. Apapun tindak-tanduk kita di Daerah Brunei Muara, maka di Daerah Belait tidak kurang pentingnya tindak-tanduk yang sama,” ungkap Yang
Berhormat. Yang Berhormat menambah, dengan hanya pihak kita sama-sama mengawas dan memerhatikan keadaan-keadaan sebegitu maka sebaik itulah kita dapat melaksanakan tugas-tugas kita sepertimana yang diharapkan oleh penduduk dan rakyat di daerah ini. “Ini memerlukan pegawai dan kakitangan di daerah ini lebih prihatin akan keadaan sekeliling di daerah ini agar situasi seperti keadaan banjir, jalan raya rosak, keadaan tanah mudah susur apabila hujan lebat, pembangunan yang tidak teratur dan lain-lain perkara dapat diawasi dan diambil tindakan seperlunya,” ungkap Yang Berhormat. Yang Berhormat telah menyampaikan sumbangan derma kepada dua orang kakitangan yang kurang berkemampuan di cawangan Daerah Belait. Mereka terdiri daripada Awang Ramlie bin Yassin, 58, bertugas sebagai penjaga malam di Jabatan Kerja Raya Kuala Belait. Awang Ramlie mengidap penyakit ‘Hypertensi dan Diabetes’ sejak 2012 mempunyai tiga orang tanggungan termasuk seorang isteri dan dua orang anak yang masih bersekolah. Penerima kedua, Awang Juhasdi bin Ahmad Juriah, 40, bekerja sebagai Pembantu Pejabat di Jabatan Tanah, Kuala Belait. Awang Juhasdi mempunyai tujuh orang tanggungan termasuk seorang isteri dan enam orang anak yang masih bersekolah. Anaknya yang sulung berusia 10 tahun dan yang bungsu berusia satu tahun. Majlis merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi menyemai tanggungjawab golongan pegawai dan kakitangan di kementerian tersebut dan jabatanjabatan di bawahnya dalam samasama memeduli warga di cawangan jabatan-jabatan di daerah ini serta mengeratkan lagi siraturahim di antara yang lain dan juga memeduli orang susah.
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa mendengar penerangan mengenai Projek ‘Outfall’ No.8 di Jalan Maulana, Kuala Belait.
Saling bekerjasama tingkatkan prestasi PSR Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Selasa, 19 Ogos. Guru-guru besar sekolah-sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah di daerah ini diharap akan dapat saling bekerjasama dari segi tenaga pengajar supaya akan dapat membantu sekolah-sekolah lain sama ada pada waktu sekolah ataupun pada hujung minggu dalam harapan untuk meningkatkan prestasi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi Daerah Temburong. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong melahirkan harapan demikian semasa ditemu bual oleh pihak media sejurus membuat lawatan kerja ke beberapa buah sekolah rendah di daerah ini. Menurut Yang Berhormat, Daerah Temburong adalah daerah atau zon yang telah mencapai kecemerlangan dalam tahun 2013. Oleh itu, Yang Berhormat berharap agar daerah ini akan dapat mempertahankan dan meningkatkan prestasi berkenaan. Menyentuh mengenai lawatan ke Sekolah Rendah Selangan dan Sekolah
Rendah Semabat, Yang Berhormat menjelaskan, lawatan telah memberi peluang bagi mengadakan perbincangan dengan pemimpin sekolah iaitu guru-guru besar dan juga guru-guru serta mendapatkan maklumat tentang tindakan-tindakan atau inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh sekolah-sekolah berkenaan sejak 4 Ogos lalu dalam menempuhi 34 hari lagi sebelum para pelajar menduduki peperiksaan PSR. “Dan kita berpuas hati bahawa guru-guru besar yang berkenaan telah pun melaksanakan nasihat-nasihat ataupun cadangan-cadangan yang diberikan kepada mereka umpamanya mereka telah melaksanakan otonomi dari segi pembelajaran iaitu berjadual waktu dengan menumpukan perhatian kepada core subject iaitu mata pelajaran yang akan diambil dalam PSR,” jelas Yang Berhormat. Selain itu, ujar Yang Berhormat lagi sekolah-sekolah terbabit juga mendapat bantuan daripada sekolah menengah di mana guru yang mampu mengajar matematik dan sains diperbantukan ke sekolah-sekolah
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
berkenaan untuk meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Langkah-langkah lain jelas Yang Berhormat lagi ialah mereka akan mengadakan kelas-kelas tambahan pada hujung minggu bagi membantu khususnya para pelajar yang pencapaiannya adalah lebih rendah dan memerlukan bantuan.
BEDB komited mempromosi harta intelek BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Ogos. - Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) menganjurkan Majlis Anugerah untuk Pertandingan Animasi sempena Hari Harta Intelek Sedunia di iCentre, Anggerek Desa, di sini. Hari IP Sedunia adalah acara global disambut setiap 26 April oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) untuk memperingati kepentingan IP dan peranan yang dimainkan dalam kehidupan seharian kita. Pada masa ini, negara-negara anggota WIPO termasuk Negara Brunei Darussalam, meraikan Hari IP Sedunia dengan aktiviti-aktiviti di seluruh dunia untuk menunjukkan bagaimana kerja-kerja IP dan memacu inovasi teknologi yang membantu membentuk dunia kita. Dengan sokongan LKEB Kemudahan Seni Kreatif (CRAFT) dan rakan-rakan pakar dalam perisian Autodesk dan kesan sampingan, para peserta telah diminta untuk membuat satu video animasi antara 30 saat dan seminit panjang yang bertemakan cetak rompak dan pelanggaran. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan hak harta intelek (IPR), manakala menggalakkan inovasi dan kreativiti selaras dengan tema Hari IP Sedunia ‘Movies - a Global Passion’. Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Dr. Haji Abdul Manaf Metussin menekankan bahawa LKEB komited untuk meningkatkan nilai inovasi dengan menyokong dan mempromosikan harta intelek dan juga mengukuhkan keketaraan output kreatif dan inovatif. Beliau juga menegaskan bahawa daripada pendaftaran dengan penguatkuasaan, perlindungan IP yang cekap adalah penting untuk menarik dan terus melabur dalam
bakat yang kreatif dan inovatif yang boleh membuat pertumbuhan yang lebih dan pekerjaan yang mapan. Dari mewujudkan idea untuk menterjemahkannya ke dalam ilmu dan ciptaan, IPR membantu untuk merangsang inovasi, kreativiti, menggalakkan pelaburan dan menyebarkan teknologi dengan cara yang memberi manfaat dari segi sosial. Beliau berkata, usaha-usaha yang dibuat oleh Pejabat Harta Intelek (BruIPO) di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama kementerian lain serta agensi-agensi kerajaan dan Kedutaan Amerika Syarikat telah mengakibatkan penyingkiran Negara Brunei Darussalam dari senarai USTR 301 Watch selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014. Beliau juga menekankan kepentingan usaha BruIPO dalam meningkatkan kesedaran mengenai IPR sambil membincangkan cara-cara yang lain di mana LKEB menyediakan sokongan untuk sistem inovasi tempatan, terutamanya dalam sokongan mereka kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, melalui pelbagai kemudahan skim geran mereka. Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Tahun Baru 2014 di mana baginda
bertitah menyeru Negara Brunei Darussalam untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra perniagaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan terutama dalam sektor swasta bagi menangani peningkatan kadar pengangguran. Menurut BruIPO, 21 penyertaan diterima dan 11 video telah dikemukakan. Berdasarkan persaingan yang berlaku pada 23 Julai 2014 di Knowledge Hub, Anggerek Desa dan hakim-hakim terdiri daripada wakil-wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat, LKEB, BruIPO, Autodesk dan iCentre. Lima bahagian teratas video telah dipilih dan pemenang hadiah utama menerima BND2000, manakala BND1000 bagi tempat kedua, BND750 bagi tempat ketiga dan dua penyertaan tempat keempat menerima BND250 setiap satu. Semua lima penyertaan video teratas juga berhak untuk menduduki kursus pendek di animasi yang akan diadakan di Pusat CRAFT yang terletak di Knowledge Hub, Anggerek Desa. Pemenang pertandingan keseluruhan akan dimasukkan dalam pasukan reka bentuk TrueVector dengan video mereka yang bertajuk ‘Characters Alleyways – A Parody for Piracy.’
MAKLUMAN JABATAN Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin mengalukan-alukan orang ramai untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2014 antara pasukan Myanmar dan Viet Nam yang akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 23 Ogos 2014 pada pukul 8.30 malam. Masuk adalah percuma.
RAJA PENERAJU KECEMERLANGAN NEGARA