RENCANA
HARI SABTU 21 FEBRUARI 2015
Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Jabatan Penerangan
P
ERTANDINGAN lumba perahu tradisi, kini dikenali Regata Brunei Darussalam (RBD) mencerminkan sikap rakyat di negara ini yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersatu-padu, bertolak ansur serta saling menghormati antara satu sama lain. Beberapa orang ramai yang ditemui rata-rata memberi pandangan RBD merupakan lambang pengorbanan dan kegigihan rakyat yang selama ini tidak putus-putus memberi pelbagai sumbangan dalam membangunkan Negara Bruneri Darussalam. Ini adalah temasya sukan air di negara ini yang dianjurkan sejak zaman berzaman lagi, kaya dengan sejarah, warisan dan tradisi. Temasya sukan seperti ini merupakan ikon terhadap usaha kita dalam memupuk persefahaman di kalangan rakyat. RBD ini lebih bermakna lagi mencatatkan ristaan apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bercemar duli ke acara RBD yang bermula sejak tahun 2012. Ini setentunya akan mengembalikan semula nostalgia dan kegemilangan lumba perahu. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama anakndaanaknda dan adinda baginda, sudah setentunya menambah semangat dan kemeriahan Bandar Seri Begawan (BSB) dengan mengambil bahagian seperti mana lumba perahu ini menambah meriahkan lagi suasana BSB dan semangat orang ramai lebih-lebih lagi para pekayuh dan mengeratkan hubungan raja dan rakyat jelata. Sebagai antara acara terpenting negeri ini, RBD bukan sahaja perlu diteruskan malah perlu ditambah baik dari semasa ke semasa bagi membolehkannya
menjadi salah satu temasya sukan air terkemuka dunia. Pada 1 Mac 2015, sukan kegemilangan rakyat, ini akan menyaksikan ia berlega lagi dengan penyertaan pasukanpasukan dan perseorangan dari kementerian-kementerian, daerah-daerah, mukim dan kampung negara ini serta penyertaan negara-negara jiran dan kepulauan Borneo, Malaysia dan Nanjing Republik Rakyat China. Ia akan memperlihatkan pasukan lumba perahu, peraduan bot laju dan perahu tambang yang akan bermula jam 7.30 pagi. Dalam sejarah Brunei menyebutkan berkayuh adalah menjadi kebiasaan masyarakat Brunei yang sentiasa berdamping dengan perahu, di mana berkayuh ini dilakukan dengan pantas untuk mengejar masa dan menuntut pekayuhnya berkayuh dengan cepat, beriring-iringan dan belaju-lajuan, maka timbulah istilah ‘lumba berkayuh’ secara tidak langsung menimbulkan idea untuk mengadakan pesta lumba berkayuh (lumba perahu) secara terancang yang bermula pada awal tahun 1930an diadakan di Sungai Brunei.
11
GEMILANG RBD adalah anjuran bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bagi menghidupkan semula acara keraian rakyat. Dengan adanya acara seperti ini secara langsung mengembalikan keceriaan dan memeriahkan lagi kawasan BSB bukan saja sebagai Pusat Bandar tarikan pelancong yang berprestij, ia sedikit sebanyak dapat mempromosikan Negara umumnya dan BSB khasnya. Dengan adanya aktiviti seumpama ini ia dapat meramaikan kunjungan orang ramai sama ada dalam
kalangan penduduk tempatan mahupun para pelancong terhadap pusat bandar. Marilah kita samasama memeriahkan RBD 2015.