Pelita Brunei - Sabtu 1 Okt 2016

Page 19

20

NASIONAL

HARI SABTU 1 OKTOBER 2016

Ramai pelajar kurang dalami bahasa Melayu LUMUT, Rabu, 28 September. Ramai penuntut tidak mengetahui bahawa kebanyakan istilah-istilah dari bahasa asing telah dijadikan bahasa Melayu standard. Hal ini tidak menghairankan kerana penggunaan istilah bahasa Melayu yang telah dibentuk oleh MABBIM kurang digunakan dalam mata pelajaran sehingga para penuntut lebih cenderung mengenali istilah bahasa asing. Perkara itu antara lain diluahkan oleh Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak pada Majlis Sambutan Bulan Bahasa Daerah Belait di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini. Menurut Dayang Hajah Sariani, jika bukan kita yang memperkasa bahasa kita sendiri, siapakah lagi yang akan memperkasakannya dan siapakah lagi yang akan mendaulatkannya. Apatah lagi dengan senario sekarang yang dihadapi, rempuhan arus era globalisasi pada ketika ini, telah mendorong pada penggunaan istilah-istilahnya tersendiri yang tidak mustahil boleh mencemarkan ketulenan bahasa Melayu itu sendiri. Tambahnya, begitu juga dengan penggunaan tulisan Jawi yang digunakan oleh nenek moyang semakin berkurangan, cuma beberapa agensi yang menggunakannya seperti agensi Jabatan Mufti, Pusat Da'wah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan sebagainya yang berkaitan

dengan agama Islam. Belum tentu ramai yang boleh mengeja ejaan Jawi dengan betul, katanya dan permasalahan itu mungkin terjadi disebabkan oleh kurang minat dan kepekaan individu terhadap tulisan Jawi yang telah diperbaharui oleh DBP. ''Apa yang menyedihkan kini tulisan Jawi hanya digunakan sebagai paparan papan tanda sahaja, itu pun lantaran adanya surat keliling yang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan-papan nama, tanpa surat keliling berkenaan dan sokongan padu daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, mungkin tulisan Jawi semakin hilang jejaknya,'' jelasnya. Justeru itu tambahnya, objektif Sambutan Bulan Bahasa yang diungkayahkan di setiap daerah ialah untuk melibatkan masyarakat dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Ini kerana ujarnya, bahasa Melayu bukan milik DBP secara persendirian, ia merupakan milik bersama dan bersama-samalah kita memeliharakannya, menjaganya, mempertahankannya dan seterusnya mendaulatkannya. Sambutan Bulan Bahasa disemarakkan dan digemakan dengan bacaan ikrar bahasa yang juga turut diisi dengan kegiatan jerayawara agar para pengunjung dapat turut serta dalam mengikuti aktiviti berkaitan dengan kebahasaan. Para peserta dihasratkan akan dapat menimba ilmu yang berkaitan dengan bahasa, sekurang-kurangnya

menambah minat ingin tahu mengenai bahasa Melayu sama ada dari sudut ilmu linguistik, sains bahasa, budaya, mahupun keindahan bahasa atau dikenali sebagai kesusasteraan. Pelita Brunei telah menemu bual salah seorang pelajar cemerlang, Dayang Nurul Nadia binti Muhd. Fadillah, 17, pelajar Pusat Tingkatan Enam, Tutong penerima hadiah pelajar cemerlang dalam subjek bahasa Melayu yang antara lain berkata, pendekatan DBP itu boleh membuka minda pelajar dalam memperkasakan bahasa yang berintikan Melayu dalam penghayatan seharian, begitu juga dengan penggunaan tulisan Jawi yang terlalu banyak maksud dan pengertian. Sementara itu, Guru Bahasa Inggeris, Awang Jeffry bin Mahrip dari Sekolah Rendah Merangking mengatakan, pendekatan DBP itu merupakan satu usaha dan langkah yang baik memandangkan penggunaan bahasa Melayu semakin rosak dalam kalangan generasi baharu. Beliau berharap usaha DBP seumpama itu akan dilaratkan ke sekolah pedalaman dalam sama-sama mendukung serta membarigakan bahasa Melayu dalam kalangan penduduk dan pelajar di kampung pendalaman yang menggunakan bahasa serta loghat mereka sehari-hari. Sambutan itu juga diharap akan dapat menjadi titik permulaan mengenal bahasa Melayu dan perasaan

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

TIMBALAN Setiausaha Tetap KSSUP semasa menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pelajar cemerlang.

minat serta ingin lebih tahu secara mendalam mengenai bahasa Melayu semakin meningkat, sekali gus menyumbang pada pengayaan bahasa Melayu tidak kira dari segi makna, komunikasi, penggunaan, ejaan dan tulisan mahupun peraturan bahasa Melayu. Orang ramai dan para pelajar diseru untuk menerajui kemajuan negara dalam sama-sama menggembleng

tenaga dalam mendaulat dan memperkasa bahasa Melayu selaku Bahasa Rasmi negara dan bukan hanya asal tahu bercakap Melayu. Hadir selaku tetamu khas dan menyampaikan cenderamata kepada pelajar-pelajar cemerlang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

yang dipanggil agenda 'Kesihatan dalam Semua Dasar'. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan terus melihat kepada rangkaian penuh rakan kongsi dalam kerajaan dan sektor swasta termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi dan pemimpin akar umbi masyarakat dan kumpulan masyarakat sivil untuk menggalakkan dan membantu individu untuk mengamalkan pemakanan sihat dan menjadi lebih aktif secara fizikal

untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sihat. ''Pihak Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan mengambil tanggungjawab kepada cara gaya kehidupan mereka sendiri. Kesihatan adalah urusan semua orang. Marilah kita bekerja bersama-sama untuk mewujudkan Negara Brunei Darussalam yang sihat,'' saran Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Tingkatkan kesihatan jantung Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 September. - Jantung yang sihat merupakan asas kesihatan dan kehidupan keseluruhannya, di mana apabila jantung sihat, maka kita akan dapat melaksanakan hampir kesemua peluang kehidupan dan memainkan peranan penuh serta aktif dalam keluarga, masyarakat dan persekitaran kerja. Tanggal 29 September adalah hari memperingati Hari Jantung Sedunia, justeru itu, marilah kita mengambil masa untuk memikirkan bagaimana kita semua boleh meningkatkan kesihatan jantung. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusannya sempena Hari Jantung Sedunia 2016 menyatakan, walau dengan kemajuan yang besar dalam penjagaan rawatan perubatan terutama dalam situasi akut (acute events) seperti serangan jantung dan strok, pada tahun 2014 terdapat 408 kematian akibat Penyakit Kardiovaskular (CVDs) di Negara Brunei Darussalam dan ia terus kekal sebagai punca utama kematian di Negara Brunei Darussalam dalam tempoh lima tahun yang lalu dan seterusnya. Menurut Yang Berhormat, tema tahun ini ialah 'Mewujudkan Persekitaran Jantung Sihat', yang mana ia berkait rapat dengan isu-isu dihadapi hari ini. Mewujudkan persekitaran yang membolehkan menyokong kesihatan dan kesejahteraan serta membuat pilihan yang sihat sebagai pilihan utama adalah kunci untuk mengurangkan faktor risiko CVDs tambah Yang Berhormat, di mana melalui persekitaran kesihatan yang sesuai, sebahagian besar CVDs akan dapat dielakkan. CVDs tambah Yang Berhormat, adalah sekumpulan penyakit jantung dan saluran darah termasuk penyakit jantung koronari seperti serangan jantung juga penyakit serebrovaskular termasuk strok. Terdapat beberapa faktor risiko yang telah dikaitkan dengan CVDs yang kebanyakan adalah diubah suai dan boleh dikawal dengan diet yang sesuai dan aktiviti fizikal. Yang Berhormat berkata, gaya hidup yang tidak aktif, obesiti, pendedahan pada tembakau, tekanan darah tinggi (hipertensi), kolesterol tinggi, kencing manis dan diet yang tidak sihat adalah

contoh-contoh faktor-faktor risiko yang boleh diubah suai. Jelas sekali di sini, ujar Yang Berhormat bahawa pencegahan adalah lebih baik dari mengubati, di mana 80 peratus kematian pramatang dari kematian CVDs boleh dielakkan dengan tiga langkah mudah, iaitu mengurangkan makan dan memilih makanan dengan bijak, melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal secara sederhana lima kali seminggu dan berhenti merokok. ''Langkah paling penting yang boleh diambil untuk diri sendiri dan keluarga untuk mencegah CVDs adalah memastikan bahawa awda memakan diet yang sihat serta perlu mengurangkan makan dan makan secara bijak,'' jelas Menteri Kesihatan. Yang Berhormat menjelaskan, antara langkah berkenaan ialah mengelakkan dari memakan snek yang tidak perlu dan mengamalkan pengawalan makanan pada waktu makan untuk memastikan kita tidak makan berlebihan, pilih makanan seperti sayur-sayuran berdaun, buah-buahan, ikan dan daging tanpa lemak dan elakkan makanan manis serta bergula seperti kuih, pencuci mulut dan minuman ringan. Selain itu, tambah Yang Berhormat, makanan yang tinggi dalam karbohidrat berkanji seperti nasi, mi dan roti harus dimakan hanya secara sederhana sebaliknya makan sayursayuran untuk menggantikannya. Di samping diet yang sihat, Yang Berhormat menyatakan bahawa kita juga perlu bersenam secara teratur, iaitu antaranya dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang serta boleh memuat turun aplikasi kecergasan (Fitness Apps) secara percuma pada telefon pintar untuk mengesan tahap aktiviti pada siang hari. Menurut Yang Berhormat lagi, jika awda tidak bersenam secara tetap sebelum ini, awda dinasihati untuk berbincang dengan doktor sebelum memulakan program senaman berintensiti tinggi. Kementerian Kesihatan jelas Yang Berhormat, bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi lain, telah berusaha menangani cabaran hidup yang tidak sihat melalui pelbagai rangka kerja termasuk Pelan Tindakan Multi-Sektor Brunei Darussalam bagi

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Tidak Berjangkit 2013 - 2018, sejajar dengan tema 'Mewujudkan Persekitaran Jantung Sihat'. Dalam menangani obesiti ujarnya, pakar penjagaan kesihatan di Kementerian Kesihatan menyediakan penjagaan langsung untuk individu-individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes juga mereka yang mengalami kesan-kesan obesiti seperti kencing manis. Yang Berhormat menambah, pihak Kementerian Kesihatan memberi kaunseling motivasi serta nasihat pemakanan kepada pelangganpelanggannya dan bekerja bersamasama dengan pihak berkepentingan lain dalam membangunkan persekitaran yang menyokong individu untuk membuat pilihan yang sihat untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka. Dalam usaha untuk benar-benar memberi impak pada kesihatan jantung di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan terang Yang Berhormat, akan meneroka dan menyokong pendekatan inovatif dalam menangani obesiti dimana sejak beberapa bulan lalu, kementeriannya telah bekerja dengan rakan-rakan kongsi lain untuk memberi tumpuan terutamanya di tempat kerja dan kesihatan pekerja, serta persekitaran pasar raya memastikan bahawa ia adalah kondusif untuk membuat pilihan yang sihat. Di samping itu, bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak Kementerian Kesihatan jelas Yang Berhormat juga meneroka mekanisma fiskal yang akan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat di negara ini. Sempena Hari Jantung Sedunia 2016 hari ini, Kementerian Kesihatan ingin mengulangi komitmennya untuk menangani Penyakit Tidak Berjangkit termasuk CVDs dan menyarankan tindakan agar seluruh masyarakat juga melakukan perkara yang sama. Menurut Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan komited untuk menyokong usaha negara bagi mencegah dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. ''Kami tidak boleh melakukannya sendirian. Lebih dari sekadar pendekatan kerajaan, pendekatan negara untuk menangani isu ini secara keseluruhannya adalah penting,'' jelas Yang Berhormat. Agensi-agensi kerajaan dan entiti bukan kerajaan saran Yang Berhormat, perlu mengambil kira kesan-kesan dasar mereka mengenai kesihatan,


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 1 Okt 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu