Pelita Brunei - Sabtu 19 Mac 2016

Page 8

8

NASIONAL

HARI SABTU 19 MAC 2016

PAI Sambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Negara Brunei Darussalam dalam menyambut Hari Kebangsaan. Tambahnya, tujuan melibatkan para residen itu adalah untuk memberikan peluang kepada mereka bagi meyakinkan kepada masyarakat yang mereka masih lagi mampu menyumbangkan khidmat dan tenaga kepada negara. Majlis tersebut berlangsung di Dewan As-Salam, PAI, Kampung

Kupang, Daerah Tutong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat Penolong Kanan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Awang Haji Mohd. Adanan bin Haji Abdul Hamid. Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Guru Ugama PAI, Awang Nor Faisal bin Haji Muhd. Salleh diikuti dengan perbarisan lalu

dan bacaan ikrar daripada residen PAI. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik dan persembahan silat dari residen PAI, diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu khas dan penurunan bendera negara. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Komandan PAI, Dayang Siti Nor Hadinah binti Haji Marsal, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan serta residen dari PAI.

Promosi Bahasa, Kebudayaan Jepun PENOLONG Kanan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Awang Haji Mohd. Adanan bin Haji Abdul Hamid (kanan sekali) ketika menerima cenderahati dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32 Bagi Residen-Residen Pusat Al-Islah (PAI), Biro Kawalan Narkotik.

TUTONG, Sabtu, 5 Mac. - Menjadi generasi berwawasan bebas tanpa dadah adalah tujuan utama Pusat Al-Islah (PAI) menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa PAI, Awang Haji Kani bin Haji Jaluddin dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-32 Tahun bagi

Residen-Residen PAI, Biro Kawalan Narkotik. Jelasnya, projek tahunan PAI itu melibatkan 100 peratus penyertaan residen dengan harapan untuk para residen mencurahkan dan menzahirkan kesetiaan dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat

Blok Titipak Kasih anjur aktiviti bercerita

GURU Besar Sekolah Rendah Keriam, Dayang Rasiah binti Haji Mohd. Tuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada Pembantu Pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dayang Hajah Armah binti Haji Bair (kiri).

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan TUTONG, Sabtu, 5 Mac. - Sempena lima tahun Penubuhan Bangunan Blok Titipak Kasih, Model Sekolah Inklusif, Sekolah Rendah (SR) Keriam menganjurkan satu aktiviti bercerita. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, aktiviti itu disampaikan oleh Pembantu Pengarang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bandar Seri Begawan, Dayang Hajah Armah binti Haji Bair. Blok Titipan Kasih mula digunakan pada 5 Mac 2011, aktiviti bermula jam 8.30 pagi bertempat di bilik 'Multi Sensory' MSI, SR Keriam, Tutong. Ia merupakan aktiviti pertama yang pernah dijalankan kepada 20 pelajar berkeperluan khas di sekolah itu. Usaha bersepadu pihak sekolah bersama DBP telah pun berjalan sejak awal tahun 2015, di mana Model Sekolah Inklusif membuat perancangan dan jadual mereka sendiri ke DBP Daerah Tutong pada setiap bulan malah aktiviti berkenaan diteruskan ke tahun ini. Di samping menyampaikan dua buah cerita, Pembantu Pengarang Majalah Mekar, DBP, Awang Srinarawie bin Badziah juga memberikan penerangan mengenai perisian Majalah Mekar dan Majalah Jawi Naindung. Turut hadir Guru Besar SR Keriam, Dayang Rasiah binti Haji Mohd. Tuddin yang juga berkesudian untuk menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Dayang Hajah Armah. Beberapa ibu bapa pelajar berkeperluan khas juga turut hadir bagi sama-sama menyokong aktiviti berkenaan. Pihak sekolah mengharapkan akan ada aktiviti susulan yang lebih menarik dari DBP yang dapat dijalankan bersama dengan pihak sekolah di masa-masa akan datang.

SETIAUSAHA Kedua Kedutaan Jepun, Yuki Iida (kiri) bersama Pengurus Besar Times Square Mall, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili (kanan) semasa Sidang Akhbar tersebut.

Berita dan Foto : AK. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Mac. - Bagi usaha memperkenalkan Bahasa dan Kebudayaan Jepun, Kedutaan Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam akan menyelenggarakan Minggu Bahasa dan Kebudayaan Jepun pada 18 hingga 20 Mac ini di The Times Square, Berakas di sini. Ia juga diungkayahkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Yayasan Jepun, The Times Square, Persatuan Alumni Jepun Brunei (BAJA), Divisyen Pendidikan dan Latihan Berterusan di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE - CET) dan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) serta Alumni SSEAYP (BERSATU) dan juga pertubuhan-pertubuhan yang lain. Acara itu nanti akan memperkenalkan budaya tradisi Jepun, budaya pop moden serta maklumat mengenai melanjutkan pengajian di Jepun, programprogram pertukaran belia yang disokong oleh kerajaan Jepun dan maklumat pelancongan lain. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Yuki Iida berkata, acara tahun ini akan lebih memfokuskan pada segi akademik. Sepanjang acara tiga hari tersebut, pelbagai aktiviti akan

diadakan seperti demonstrasi langsung dan petak-petak pameran bagi Manga (lukisan kartun Jepun), Ikebana (seni gubahan bunga tradisi Jepun), masakan dari Chef Kedutaan Jepun, kaligrafi, origami, memakai Yukata (kimono kasual musim panas Jepun), seni mempertahankan diri Jepun, lagu-lagu dan tarian, rancangan kuiz serta banyak lagi. Yuki Iida menjelaskan perkara itu pada Sidang Akhbar mengenai minggu bahasa dan kebudayaan tersebut, bertempat di Ruang Legar, Aras Bawah, The Times Square, Berakas. Menurutnya, demonstrasidemonstrasi dan bengkel Manga akan dikendalikan oleh seorang artis Manga Jepun, iaitu Manaru Tenkawa yang menghasilkan manga dan esei mengenai budaya serta kaligrafi Arab. Beliau juga merupakan pensyarah separuh masa yang mengajar mengenai seni komik di Institut Komputer Nihon. Pada acara itu, beliau akan melukis dan menunjukkan gambar yang menggabungkan kaligrafi Arab secara langsung di atas pentas. Beliau juga akan mengendalikan bengkel-bengkel mengenai metodologi melukis Manga profesional pada 18 dan 19 Mac bagi

30 pemohon bertuah setiap hari. Penyertaan adalah berdasarkan yang dahulu didahulukan. Tenkawa akan mengumumkan pemenangpemenang dari kedua-dua bengkel dan hadiah-hadiah yang berkaitan dengan manga akan disampaikan semasa majlis penutup pada 20 Mac bagi tempat pertama hingga ketiga. Manakala itu, demonstrasi Ikebana akan dipimpin oleh seorang pakar Ikebana terkemuka, Risho Saito yang merupakan ahli Persatuan Guru-guru Sogetsu dan merupakan Ketua Cawangan Yamaguchi Sogetsu. Ini bukanlah kali pertama beliau datang ke Brunei, beliau juga pernah dijemput untuk menyertai acara pada tahun lalu. Dalam acara kali ini, beliau sekali lagi akan menunjukkan tekniknya yang elegan dan mengadakan sesi percubaan bagi mereka yang berminat. Menumpukan ke atas Bahasa Jepun, beberapa penganjur bersama dan penyokong akan memperkenalkan asas bahasa Jepun, berkongsi pengalaman belajar di Jepun, membentangkan program JENESYS yang ditaja oleh kerajaan Jepun dan memperkenalkan aktiviti-aktiviti kelab Bahasa Jepun. Di samping itu, rakyat Jepun di Brunei juga akan memperkenalkan kaligrafi Jepun. Pertandingan kaligrafi juga akan diadakan di mana para peserta diminta untuk menulis satu perkataan Jepun menggunakan Hiragana (skrip fonetik asas Bahasa Jepun). Pemenang pertandingan itu akan diumumkan di majlis penutup dengan pemenang pertama dan kedua akan menerima kamera digital CANON (IXUS 255 HS) dan jam tangan G-shock. Acara berkenaan juga akan dimeriahkan dengan kehadiran pelakon-pelakon karakter 'Ultraman'. Acara antara lain diselenggarakan untuk mengukuhkan hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun.

Waktu Perkhidmatan Pergigian semasa cuti persekolahan Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Mac. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian bagi pesakit kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal pertama 2016 akan bermula pada 19 Mac hingga 2 April 2016 (kecuali hari Jumaat dan hari Ahad serta hari kelepasan awam). Tempat pendaftaran bagi perkhidmatan tersebut adalah di Tingkat 1, Blok 'A', Pusat Pergigian Negara Lapangan

Terbang Lama, Berakas. Waktu Pendaftaran Perkhidmatan Pergigian bagi pesakit kanak-kanak bermula dari jam 7.45 pagi hingga 10.00 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang. Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan. Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak adalah dibuka seperti biasa.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Sabtu 19 Mac 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu