AGAMA
HARI SABTU 17 SEPTEMBER 2016
7
Ibadah korban didik jiwa lebih takwa Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 September. - Dalam meraih ganjaran pahala yang besar daripada Allah Subhanahu Wata'ala, pelbagai pihak di negara ini giat melaksanakan ibadah korban bersempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa turut mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan. Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan pengagihan daging korban kepada golongan asnaf fakir miskin ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.
Majlis turut diselitkan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Korbanku untuk Mu' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit. Dalam ceramahnya, beliau antara lain menjelaskan bahawa melaksanakan ibadah korban itu mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih takwa, selain sebagai menzahirkan rasa kesyukuran atas nikmat hidup dan rezeki yang Allah Subhanahu Wata'ala limpahkan kepada kita yakni hambaNya. Ibadah korban itu, jelasnya, merupakan ujian Allah Subhanahu Wata'ala untuk melatih manusia berkorban di mana fadilat melaksanakan korban itu sangat banyak dan mendapat ganjaran pahala
yang cukup besar daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis kemudian diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban kepada seramai 165 orang daripada golongan asnaf fakir miskin yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya yang terpilih dari Mukim Berakas 'A' dan 'B' serta warga kementerian berkenaan. Tahun ini, sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan dengan disertai oleh seramai 49 orang peserta yang mengikuti ibadah korban kali ini. Majlis Ibadah Korban ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang diadakan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangannya untuk beramal dan bersedekah serta sebagai tanda taat dan bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya.
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kiri) mengagihkan daging korban kepada penerima.
Sahut seruan, semarakkan hari kebesaran Islam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 September. - Laungan-laungan takbir terus bergema dan majlis-majlis ibadah korban rancak diadakan oleh pelbagai agensi mahupun pihak perseorangan. Sehubungan dengan itu, dalam sama-sama menyahut seruan dan menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam tersebut, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Bankuet, di jabatan berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah
PEMANGKU Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (kiri) mengagihkan daging korban kepada penerima.
Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti takbir Hari Raya yang diketuai oleh Imam Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang. Ini diikuti dengan pengagihan daging-daging korban kepada 30 fakir miskin yang terpilih yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Pada tahun ini, sebanyak dua ekor kerbau dan sembilan ekor kambing telah dikorbankan bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 1437 Hijrah. Pelita Brunei sempat menemu bual beberapa penerima daging-daging korban, Pengiran Hajah Rubiah binti
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman Pengiran Sabtu, 80, melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati pemberian daging korban. Beliau yang berasal dari Kampung Delima Satu itu juga melahirkan ucapan terima kasih dan syukur kerana mendapat perhatian oleh pihak yang berwajib dalam pemberian daging korban. Manakala adik beliau, Pengiran Asmah bin Pengiran Sabtu, 68 juga terpilih sebagai penerima daging korban tahun ini melahirkan rasa syukur terima kasih ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana terpilih menerima daging ibadah korban. Beliau seterusnya mendoakan agar bagi yang telah bermurah hati menderma diberkati dan diberi kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.
Galak umat Islam tuntut amalan sunat Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 September. - MahkamahMahkamah Syariah, Negara Brunei Darussalam buat julung kalinya mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah,
di sini. Turut hadir Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Yang Amat Arif / Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin dan pegawai-pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Awang Muhammad Azmi @Muhammad Asrin bin Haji Mohd. Jair dan diikuti dengan takbir Hari Raya Aidiladha beramai-ramai dipimpin oleh Awang Haji Ali-Bolkiah bin Haji Mohd. Diah.
Pada majlis tersebut, tetamu kehormat telah menyempurnakan pengagihan daging korban kepada beberapa orang asnaf fakir miskin kawasan Bandar Seri Begawan dan semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah. Antara tujuan majlis ialah bagi menggalakkan umat Islam untuk menuntut amalan sunat ini selain mengeratkan tali silaturahim antara pegawai dan kakitangan.
KETUA Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar (kiri) mengagihkan daging korban kepada salah seorang asnaf fakir miskin kawasan Daerah Brunei dan Muara.
Tanai sifat pemurah, pengasih BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 September. - Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi Tahun 1437 Hijrah bersamaan 2016 Masihi bertempat di Dewan Raya RTB, di sini.
PENGARAH Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu (kiri) semasa menyempurnakan pengagihan daging korban kepada salah seorang penerima yang tersenarai di dalam MUIB.
Siaran Akhbar : Jabatan Radio Televisyen Brunei Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor Majlis dimulakan dengan takbir Hari Raya diikuti dengan Ceramah Khas dan Doa Selamat yang disampaikan oleh Awang Adi Aismat bin Lamat, penceramah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan diselajurkan dengan penyampaian dagingdaging korban. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para peserta dan 20 orang penerima dari Majlis Ugama Islam Brunei ialah Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.
Sebanyak dua ekor kerbau dan seekor kambing dikorbankan yang disertai seramai 16 peserta terdiri daripada pegawaipegawai dan kakitangan RTB berserta ahli keluarga masing-masing. Majlis Ibadah Korban yang dikelolakan oleh Jabatan RTB adalah bertujuan untuk menanai sifat pemurah, pengasih dan mementingkan saudara-saudara Islam yang lain di samping menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam dan merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga RTB.