NASIONAL
HARI SABTU 17 JANUARI 2015
9
Politeknik Brunei berjaya lahirkan 582 graduan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali RIMBA, Khamis, 15 Januari. Politeknik Brunei ditubuhkan dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan sumber manusia di Negara Brunei Darussalam terutamanya dalam pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan Pelan Pembangunan Negara dan Wawasan Brunei 2035. Ia mula ditubuhkan pada bulan Januari 2012 yang menawarkan pelbagai program akademik di Sekolah Perdagangan, Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Sekolah Sains dan Kejuruteraan. MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Kali Pertama Tahun 2015.
Kejayaan itu membuktikan seramai 582 orang graduan dari pengambilan pertama dan kedua Politeknik Brunei dianugerahkan Sijil Diploma Lanjutan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kali Pertama Tahun 2015 di Dewan Canselor, Universiti Darussalam (UBD), di sini. Dari jumlah tersebut, seramai 247 graduan lelaki dan 335 graduan perempuan menerima penganugerahan sijil masing-masing disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sijil kepada graduan.
Mangsa rumah roboh, terima bantuan MUIB MUIB, Awang Haji Abdul Wahab bin Safar pada majlis yang berlangsung di Bilik Seroja, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini. Rumah-rumah yang roboh itu kepunyaan Awang Mohd. Nor bin Haji Hamid, beralamat di No. 67B, Kampung Lurong Dalam yang didiami bersama dua orang ahli keluarganya dan rumah kepunyaan Dayang Hajah Siti Hawa binti Haji Abu Bakar yang tinggal bersama empat orang ahli keluarganya di No. 69C, juga di kampung yang sama. PEGAWAI Ugama Kanan, Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Sapar menyampaian bantuan kepada Dayang Hajah Siti Hawa binti Haji Abu Bakar.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Herni Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Januari. - Sebagai usaha membantu mereka yang ditimpa musibah seperti kebakaran, bencana alam, rumah roboh dan sebagainya, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) terus memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa tersebut.
Sehubungan itu, MUIB menyerahkan wang bantuan kepada mangsa dua buah rumah roboh di Kampung Lurong Dalam yang berlaku pada hari Isnin, 1 Disember 2015 kira-kira pukul 7.00 pagi. Wang bantuan yang diberikan pada hari ini berjumlah BND1,600 iaitu BND200 setiap seorang. Hadir menyampaikan wang bantuan kepada mangsa terbabit ialah Pegawai Ugama Kanan,
Menteri Pendidikan selaku tetamu kehormat majlis juga menganugerahkan sijil bagi Anugerah Pelajar Terbaik Politeknik Brunei bagi Pengambilan Pertama Sesi Januari 2012 kepada Awang Muhammad Hanif bin Jumat dan Dayang Mas Hafizah binti Anas bagi Anugerah Pelajar Terbaik Politeknik Brunei bagi Pengambilan Kedua Sesi Julai 2012. Anugerah Akademik Cemerlang Pelajar Pengambilan Pertama Sesi Januari 2012 kepada Awang Abdul Khaliq bin Arifin dari Sekolah Perdagangan, Awang Muhammad Hanif bin Jumat dari Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Awang Muhammd Hanis bin Zaini dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan. Sementara, Anugerah Akademik Cemerlang Pelajar Pengambilan Kedua Sesi Julai 2012 kepada Dayang Mas Hafizah binti Anas dari Sekolah Perdagangan, Dayang Syazwani binti Bakir dari Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Awang Mohamad Shazwan bin Ramli dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan. Majlis bermula dengan bacaan
ayat-ayat Suci Al-Qur’an, Surah Asy-Syu’araa’, ayat 123 hingga 140 oleh graduan Diploma Lanjutan dalam Perakaunan Perniagaan Sesi Julai 2012, Awang Abdul Qawiy bin Haji Mat Yamin. Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai selaku Pengerusi Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei dalam ucapan alu-aluannya menyatakan Politeknik Brunei telah mencapai milestones dalam menghasilkan graduan-graduan pendidikan teknik untuk menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan negara. Menurutnya, institusi itu telah melalui pelbagai bentuk perkembangan dari semasa ke semasa sejak penubuhan dan mengendalikan program pertama di Kampus sementaranya di Jalan Ong Sum Ping. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam katanya, telah mengurniakan titah perkenan bagi Perintah Politeknik Brunei 2014 pada 9 September 2014 dan juga Penubuhan Lembaga Pengelola pada 8 Oktober 2014. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang baru, politeknik jelasnya, mempunyai aspirasi untuk menjadi sebuah institusi bereputasi dalam mengeluarkan para graduan yang berinovatif, berkemahiran, berdaya saing dan berpengetahuan. Oleh itu, beliau berharap agar para graduan yang menerima sijil mereka akan membuktikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi akan mampu menjadikan mereka sebagai tenaga kerja yang menepati tuntutan semasa demi kemajuan serta perkembangan ekonomi negara. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan Qasidah Mawlid Politeknik Brunei bersama jurulatih daripada Kelab khidmat dan Qasidah Pusat Belia diketuai oleh Awang Muhammad Rosmadini bin Haji Mohd. Yusof. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Politeknik Brunei, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap serta ibu bapa dan ahli keluarga para graduan yang diraikan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa terjadi dan pada masa sekarang semua mangsa-mangsa tersebut tinggal menumpang di rumah sanak saudara mereka masingmasing. Bantuan yang dihulurkan ini bertujuan bagi kegunaan mangsamangsa berkenaan untuk perbelanjaan mereka dan membeli keperluan-keperluan asasi. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Jabatan MUIB, Dayang Hajah Faridah binti Haji Yaakub; Ketua Kampung Lurong Dalam, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Chuchu serta pegawai-pegawai daripada Jabatan MUIB. AWANG Ihsanuddin bin Juffery bersama kedua ibu bapanya.