22
NASIONAL
HARI SABTU 15 OGOS 2015
Sambutan Aidilfitri PEKIRA dalam suasana harmoni Berita dan Foto : Hamdanajib Haji Domeng BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Ogos. - Meskipun kini sudah memasuki minggu ketiga Aidilfitri diraikan di negara ini, namun Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa kemeriahannya. Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) juga telah mengadakan Sambutan Hari Raya khusus bagi ahli-ahlinya serta keluarga, yang berlangsung di sebuah restoran di Kiulap. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua PERKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan bacaan Doa Selamat.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, Awang Haji Muhammad bin Haji Md. Yassin dan seterusnya ucapan daripada YangDipertua PEKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani. Di samping menikmati pelbagai jenis jamuan yang dihidangkan, para ahli PEKIRA juga mengadakan cabutan nombor bertuah dan deklamasi puisi dan sajak seterusnya mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada dengan rakan-rakan kongsi mereka. Acara itu memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan ahli-ahli PEKIRA sendiri.
BERGAMBAR ramai sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA).
Sambutan Hari Raya memupuk semangat bermasyarakat TEMBURONG, Ahad, 9 Ogos. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini terus dirasakan dengan berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perundingan Kampung (MPK) Senukoh, berlangsung di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff, di kampung berkenaan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Penasihat MPK Senukoh, Awang Haji Jakir bin Amin serta para penduduk kampung pelbagai agama dalam sama-sama menyumbangkan nyanyian bertemakan Hari Raya. Selain sebagai rancangan kerja tahunan MPK berkenaan, majlis juga memberi kesempatan kepada para penduduk kampung untuk mengeratkan silaturahim yang mana sekali gus boleh dijadikan platform untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kampung berkenaan. Di samping itu, dengan adanya sambutan seumpamanya akan memberi peluang meningkatkan lagi nilai-nilai hidup bermasyarakat serta menambahkan lagi kemesraan sesama mereka.
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ihsan MPK Senukoh
SEBAHAGIAN dari penduduk Kampung Senukoh mengabadikan gambar kenangan semasa berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Taliff, Kampung Senukoh.
Apa yang diharapkan dengan adanya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri seumpamanya, para
penduduk kampung beragama Islam di kampung berkenaan akan dapat menghayati makna sebenar Aidilfitri.
Kempen derma darah terbuka sempena Hari Raya BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Ogos. - Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan kempen derma darah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 13 Ogos 2015 Masihi bersamaan 27 Syawal 1436 Hijrah, jam 5 petang hingga 8 malam bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Selain sama-sama memeriahkan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihak pusat juga mengharapkan agar kempen derma darah yang akan diadakan ini akan dapat mengutip lebih banyak darah menampung penggunaan darah dan komponen-komponen darah yang semakin meningkat. Di samping itu, kempen-kempen derma darah juga akan diadakan di sepanjang bulan Ogos anjuran pelbagai pihak, iaitu Jabatan Imigresen Kuala Belait pada 10 Ogos 2015, jam 7 hingga 11 pagi, bertempat di Ibu Pejabat Imigresen, Kuala Belait; Sekolah Vokasional Wasan pada 11 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi; Heng Yi Industri pada 12 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi di Perindustrian Serasa; Standard Chartered Bank pada 12 Ogos 2015, jam 2 hingga 4 petang di Hua Ho Manggis Mall; Radisson Hotel pada 13 Ogos 2015, jam 2 hingga 4 petang; Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal pada 18 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi; UNICORP Sdn. Bhd. pada 22 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi di Perindustrian Beribi; Kompleks Yayasan pada 24 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi dan Sekolah Vokasional Nahkoda Ragam pada 26 Ogos 2015, jam 8 hingga 11 pagi. Orang ramai adalah dialu-alukan datang menderma darah ke tempat-tempat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah melalui talian 2242424 sambungan 5745 / 5709 atau layari laman Facebook Pusat Penderma Darah.
Sambutan Hari Raya WI Cawangan Tutong
ISTERI Pegawai Daerah Tutong, Dayang Nor Faridah binti Haji Ahad selaku tetamu kehormat bergambar ramai bersama WI Cawangan Tutong.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed TUTONG. - Bagi meraikan bulan Syawal, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei
Darussalam Cawangan Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 9 Ogos 2015 di
kediaman rasmi Pegawai Daerah Tutong bagi mengeratkan lagi silaturahim dan saling bermaafmaafan di antara Ahli-ahli WI. Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Pegawai Daerah Tutong, Dayang Norfaridah binti Haji Ahad.
Pengerusi majlis, Dayang Hajah Zainun binti Abdul Latif menjelaskan bahawa WI yang telah mencapai 53 tahun, pelbagai program dan kegiatan telah berjaya diungkayahkan khususnya dalam mengetengahkan isu-isu penting yang melibatkan
kehidupan masyarakat baik di peringkat setempat bahkan antarabangsa. Menurut beliau lagi, usaha-usaha yang berterusan ini lebih fokus kepada aspek kesejahteraan kaum wanita, kanak-kanak dan keluarga dan diberi keutamaan dalam bidang keagamaan, pendidikan, hal ehwal kemasyarakatan, kesihatan dan ekonomi sesuai dengan tuntutan semasa. Tahun ini, WI Tutong telah berjaya mengumpulkan derma sebanyak BND1,050 untuk tabung anak-anak yatim yang mana sumbangan ini menunjukkan keprihatinan ahli-ahli terhadap golongan yang memerlukan dan diharap dapat menambah keceriaan mereka semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan, WI Cawangan Tutong juga diberi kepercayaan dalam mengendalikan acara-acara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti penyertaan persembahan padang dan pentas.