NASIONAL
HARI SABTU 14 FEBRUARI 2015
13
Negara sebagai lubuk kesusasteraan Islam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Tamadun sesebuah bangsa atau negara adalah salah satu kriteria penilaian tentang tinggi atau rendahnya mutu sesuatu tamadun itu ialah melalui perkembangan dan tingkat mutu karya sastera yang dihasilkan oleh para sasterawan dalam masyarakat atau negara itu sendiri. Bagi Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam, penilaian tentang tamadun itu adalah dari aspek Islam, maka salah satu ciri tamadun kita ialah kesusasteraan Islam di mana sudah tentu kandungannya mempunyai nilai yang membina dari segi akidah, syariah dan akhlak kerana Islam tidak akan menerima sastera yang merosakkan akidah, syariah dan akhlak orang-orang Islam. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menekankan perkara tersebut ketika berucap pada Majlis Wadah Sastera Islam anjuran Pusat Da’wah Islamiah (PDI) yang berlangsung di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong dan melancarkan buku-buku terbitan PDI. Jelas Yang Berhormat, dalam Islam
Oleh : Khartini Hamir Foto : Masri Osman
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman ketika berucap pada Majlis Wadah Sastera Islam.
sastera itu adalah alat untuk berdakwah, alat untuk menyampaikan risalah Islam, alat untuk menyampaikan perkara-perkara yang membawa kebaikan dan kebajikan
atau ‘Amar Ma’aruf Nahi Mungkar’. Tambahnya, untuk melahirkan karya sastera yang indah, menarik dan berkesan sudah tentu para penulis sastera perlu berusaha memahami bentuk, mencari bahan atau isi persoalan yang baik dan mengadunnya dengan bahasa yang segar dan kuat. “Ini bukan kerja yang mudah. Natijahnya bukan semua hasil karya yang dihasilkan akan memuaskan, tetapi jika berjaya maka itulah kegembiraan bagi seorang penulis,” ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Lazimnya seorang penulis sastera itu khasnya penulis-penulis muda, saran Yang Berhormat, jika ia ingin maju maka ia perlulah sentiasa berusaha memperbaiki mutu karyanya dan berusaha untuk mendapat teguran yang membina dari orang-orang yang telah berpengalaman. Selain itu, mereka juga hendaklah memperbanyakkan pembacaan terhadap karya-karya daripada
Generasi muda penerus sastera tanah air Oleh : Syirain Afifi Md. Fadzil Foto : Masri Osman
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad ketika melancarkan sembilan buah buku terbitan Pusat Da'wah Islamiah.
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa menyampaikan deklamasi sajak.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Februari. - Dalam sama-sama memberikan semangat dan motivasi kepada generasi muda yang akan meneruskan kelangsungan seni sastera tanah air, Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), mengadakan Majlis Wadah Sastera Islam yang diadakan di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong. Majlis Wadah Sastera Islam merupakan projek tahunan PDI, KHEU yang pengisian utamanya ialah
pelancaran buku-buku terbitan PDI dan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Penulisan Seni Kreatif Islam Tahun 1434 Hijrah / 2013 Masihi dan Peraduan Menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan 2014. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Antara sembilan buah buku terbitan baru PDI yang telah dilancarkan pada majlis tersebut adalah buku 'Fajar Islam Di Borneo' yang merupakan hasil tulisan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, sementara buku bertajuk 'Hemat-Hemat dan Himpunan Ucapan Tahun 2005-2010' adalah hasil tulisan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Selain itu, buku 'Keadilan Ilahi' |merupakan karya tulisan Awang Haji Johar bin Haji Mohammad, buku 'Mengenali Puak Wahabiyah dan Mengenali Aliran Syi’ah' dan 'Mazhab Ahlul Bait' adalah hasil susunan Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah
Wal-Jama’ah, KUPU SB dan buku 'Negara Beraja Menurut Al-Qur'an dan Hadits' adalah hasil karya tulisan Awang Haji Shari bin Haji Naim. Di samping itu turut dilancarkan ialah tiga buah buku yang disusun oleh Unit Kajian dan Penyelidikan, Bahagian Kajian dan Penerbitan, PDI, iaitu Tokoh Hijrah 1427H-1431H, Himpunan Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits mengenai Hak dan Adab Muslim Terhadap Saudaranya dan Himpunan Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits mengenai Pemakanan Sihat dan Cara Hidup Sihat. Majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak yang masing-masing disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin. Juga turut mendeklamasikan sajak ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar; Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin dan wakil dari Jabatan Pusat Sejarah, Awang Khairul Firdaus bin Abdullah, setelah itu majlis diteruskan dengan persembahan Menambang Syair, Sketsa Lakonan dan Cetusan Rasa. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh tetamu kehormat majlis kepada para pemenang dalam Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Tahun 1434H / 2013M yang mana tiga kategori telah dipertandingkan, iaitu Kategori Rencana, Cerpen dan Sajak dan dalam Peraduan Menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan Tahun 2014 yang mana sebanyak enam kategori telah dipertandingkan, iaitu Kategori Peraduan Khas, Kategori Kontemporari, Kategori ‘A’ (Lelaki), Kategori ‘B’ (Perempuan), Kategori ‘C’ (Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah) dan Kategori ‘D’ (Saudara-saudara Baru).
penulis-penulis sastera yang masyhur dan terkenal dari dalam dan luar negara. Menurut Yang Berhormat, sastera sebagai alat dakwah sudah dimanfaatkan semenjak di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi, di mana kehebatan dan sanjungan masyarakat Islam terhadap para penyair di zaman itu tidak kurang hebat dan tingginya sanjungan masyarakat Islam terhadap para pejuang di medan perang. “Sebagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menggalakkan para penyair Islam seperti Hassan bin Thabit untuk menggunakan kebolehannya dalam bersyair bagi menentang para penyair dari kaum Quraisy,” terang Yang Berhormat. Puisi-puisi bertemakan Islam juga, ujar Yang Berhormat, terus berkembang zaman demi zaman kerana adanya pengaruh kuat dari kitab suci Al-Qur’an Al-Karim, di mana kitab mukjizat yang agung ini walau bukan sebuah buku sastera, tetapi ia mengandungi unsur puisi yang sangat indah, di samping mempunyai makna yang sangat mendalam sehingga lahirnya puluhan tafsir yang berjilidjilid panjangnya yang dihasilkan oleh para ulama zaman silam dan kontemporari. Sama ada kita sedari atau tidak, kata Yang Berhormat, puisi sebagai alat dakwah sudah pun kita hayati atau telah mempengaruhi kehidupan kita dengan meresapi setiap lapisan masyarakat di negara ini sebagai penyeri dan memberkati majlis, yang tidak lain ialah kitab Dikir Syarafil Anam. “Ia telah menjadi salah satu tradisi kesenian Islam kita yang unggul yang sukar ditemui di tempat lain. Tidakkah ini satu realiti tentang wujudnya puisi Islam yang menjadi kebanggaan kita?” terangnya lagi. Yang Berhormat juga turut mengambil kira mengenai satu kajian yang perlu dibuat tentang riwayat pencipta karya agung ini yang dikatakan penulis oleh Al-Barzanji dari negara Arab dan bilakah ia sampai ke tangan kita sehingga ia meresap menjadi tradisi kita. Namun demikian, Yang Berhormat menekankan berikutan berkurangnya generasi pelapis sastera khasnya
sastera Islam di negara kita, maka perlu diambil maklum bahawa antara langkah untuk menyuburkan pertumbuhan sastera Islam itu ialah melalui peraduan penulisan sastera. Dalam hal tersebut, Yang Berhormat menasihatkan PDI supaya meneruskan usaha seumpama ini dengan memperkemaskan lagi kaedah peraduan dan memasukkan para remaja di peringkat persekolahan menengah sebagai satu kategori baru, ini diikuti dengan memberikan perhatian berupa bimbingan khusus kepada penyair remaja yang berbakat itu dengan harapan akan lebih cepat dapat melahirkan banyak penyairpenyair remaja harapan. Seperti lazimnya selain Kategori Puisi, juga diadakan penulisan bagi Kategori Novel, Cerpen dan Makalah sahaja, walau bagaimanapun Yang Berhormat mencadangkan untuk ditambah lagi dengan kategori lain seperti Kategori Menulis Skrip Drama dan Skrip Pentomen. Yang Berhormat merasa gembira dengan perkembangan mutakhir pelajar-pelajar baik di peringkat menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi yang sering membuat persembahan dalam bentuk pentomen di majlis-majlis, malah pentomen itu selain dalam bahasa Melayu, ada yang dilakonkan dalam bahasa Arab. Ini jelas adalah satu perkembangan yang menarik, walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menegaskan, dengan syarat aktiviti sedemikian itu janganlah sampai menimbulkan isu-isu pergaulan antara lelaki dan perempuan dan tidak mencanggahi hukum syarak. Tradisi Kesusasteraan Islam yang kita sudah pelopori oleh Al-Marhum Pengiran Syahbandar Muhammad Saleh dan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Sastera Islam Brunei Peringkat Nasional, saran Yang Berhormat lagi, wajar dipelihara dan diikuti oleh generasi sekarang dan akan datang. Dengan demikian negara kita, di samping dikenali sebagai sebuah negara Islam, juga akan turut dikenali sebagai sebuah lubuk kesusasteraan Islam di rantau ini.
YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa hadir selaku tetamu kehormat d Majlis Wadah Sastera Islam anjuran PDI.
ANTARA pelajar dan peminat sastera yang hadir pada majlis tersebut.