Pelita Brunei - Rabu 22 April 2015

Page 7

MINDA PEMBACA

HARI RABU 22 APRIL 2015

Pembakaran terbuka ancaman kepada alam sekitar ERDAPAT banyak cara untuk mengatasi masalah jerebu yang berlaku pada masa sekarang. Pada amnya, fenomena jerebu berpunca daripada pembakaran terbuka. Sebagai contoh, negara-negara jiran perlu bersedia untuk menghadapi jerebu yang disebabkan oleh pembakaran yang tidak terkawal oleh petani dan pemilik ladang untuk membersihkan kawasan tanah mereka bagi penanaman selanjutnya pada setiap tahun. Keadaan bertambah buruk lagi jika ia menjadi penyebab konflik di antara negara-negara yang terjejas dan negara terbabit perlu bertanggungjawab. Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu menyebabkan gatal pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Bagi menangani masalah itu, kualiti udara negara perlulah diawasi untuk mengesan perubahan kepada kualiti udara yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran. Pada masa sama, dikuatkuasakan juga undang-undang bagi melarang masyarakat melakukan aktiviti yang mengancam alam sekitar seperti pembakaran terbuka. Usaha lain bagi mengelakkan berlakunya jerebu adalah dengan membangunkan program pengurusan dan pencegahan kebakaran tanah gambut. Di antara bahan pencemar yang membentuk jerebu telah dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius dan kerosakan alam sekitar. Pendedahan kepada zarah-zarah yang sangat kecil di udara juga dikaitkan dengan peningkatan masalah pernafasan, fungsi paru-paru menurun dan kematian lebih awal. Di samping itu, zarah-zarah seperti nitrat dan sulfat yang menyumbang kepada pembentukan hujan asid membuat tasik dan sungai tidak sesuai untuk ikan. Ia juga meruntuhkan bangunan, monumen bersejarah serta cat pada kereta. Akhir sekali, jerebu merupakan kesan yang menyumbang kepada perubahan iklim yang dipanggil sebagai pemanasan global. Pemanasan global bermakna bahawa bumi menjadi semakin panas kerana pelepasan gas-gas rumah hijau yang tidak terkawal ke udara. Jika dibiarkan, pemanasan global akan menyebabkan paras laut meningkat dan spesies haiwan akan pupus kerana mereka gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Secara umum, ia akan memberi kesan kepada apa yang ada di bumi.

Masyarakat perlu peka bahaya jerebu EMBAKARAN terbuka pada masa ini semakin berleluasan. Hal ini boleh menyebabkan jerebu yang berpanjangan dan akan membahayakan kesihatan awam seperti sesak nafas, kurang selesa, merah mata, demam panas dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengurangkan masalah pembakaran terbuka. Walau bagaimanapun, usaha-usaha yang dilakukan kurang mendapat sambutan dalam masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu meningkatkan lagi usaha agar masalah pembakaran terbuka ini dapat diatasi. Selain pihak kerajaan, masyarakat sekeliling juga turut bertanggungjawab dalam mengatasi hal ini. Perkara ini dapat dilakukan dengan cara menghantar barangbarang yang tidak diguna pakai lagi ke Syarikat Kitar Semula atau mengitar semula barang tersebut. Salah satu contoh kitar semula adalah botol yang tidak diguna pakai lagi boleh dibelah dua dan dijadikan sebagai tempat menyimpan pensil, pemadam dan sebagainya. Dengan cara ini kuranglah masalah berjerebu di Negara Brunei Darussalam. Amalan kitar semula ini perlu dipupuk sejak kita atau anak-anak kita masih kecil lagi seperti kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mengatasi hal ini, maka masalah berjerebu akan dapat diatasi. Pelbagai usaha telah diambil untuk menyedarkan manusia akan keburukan membakar. Sehubungan itu,, semua pihak perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam menerapkan budaya kitar semula. Jika masyarakat tidak bekerjasama, maka terjadilah Jerebu yang berpanjangan dan sudah tentu kesihatan awam akan terganggu. Oleh itu,, kita hendaklah mengelakkan tabiat membakar agar pemandangan kelihatan bersih dan masyarakat boleh hidup dengan aman, sihat dan selesa kerana ia adalah untuk kepentingan kita semua.

7

Semai sifat tanggungjawab elak pembakaran terbuka

T

P

N

Nama : Amira Aqilah binti Kifli No. K/P : 01-097676 (K) Alamat : No. 1, Simpang 22, Jalan C, Kampung Perpindahan Mentiri, BU 2129, Negara Brunei Darussalam.

Nama : Mohamad Nur Iskandar Zulkarnain bin Zulkifli No. K/P : 01-104326 (K) Alamat : No. 1299, Kampung Batu Ampar, Jalan Mulaut / Limau Manis, BH1323, Negara Brunei Darussalam.

Nama: Nurrafhanah binti Romze No. K/P : 01-102310 (K) Alamat : No. 04-03 Block C, Apartment Tasek Lama, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

EGARA Brunei Darussalam kini sedang mengalami masalah jerebu. Salah satu sebab berlakunya masalah jerebu di negara ini adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka. Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk dan asap yang telah menjejaskan udara di langit. Jerebu banyak mendatangkan kesan negatif terutama terhadap kesihatan rakyat di negara ini. Antara kesan-kesan jerebu ialah, menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan orang tua mudah jatuh sakit. Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan juga terpaksa dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat. Selain itu, jerebu juga boleh mengundang berlakunya kemalangan jika keadaan jalan raya penuh ditutupi oleh asap yang tebal. Oleh itu, pembakaran terbuka mestilah dielakkan agar masalah jerebu dapat diatasi. Oleh yang demikian, semua pihak perlu menanamkan sifat bertanggungjawab agar mereka tidak melakukan pembakaran terbuka secara terus menerus agar masalah jerebu tidak semakin teruk dan tahap keadaan kesihatan rakyat terjamin.

TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Rasuah Musuh Negara'. Tarikh Tutup : 22 April 2015. 2. 'Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik'. Tarikh Tutup : 29 April 2015. 3. 'Melestarikan Adat Budaya Brunei'. Tarikh Tutup : 6 Mei 2015. Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Unit PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.