Pelita Brunei Rabu 8 April 2015

Page 11

RENCANA

HARI RABU 8 APRIL 2015

11

Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga penuh dengan adat diraja Oleh : Ak Jefferi Pg Durahman Foto : Jabatan Penerangan

S

EMPENA Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah terdapat pelbagai Istiadat yang dijalankan mengikut Adat Istiadat Diraja Brunei. Salah satunya adalah Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga. Gendang Jaga-Jaga merupakan gendang kebesaran diraja digunakan dalam sesuatu istiadat tertentu khususnya dalam musim istiadat.

Alat-alat yang terkandung di dalamnya sama juga seperti yang digunakan dalam Naubat, iaitu Nakara, dua (2) buah Gendang Labik dan empat (4) buah Serunai, tetapi ditambah lagi dengan tiga (3) biji Chanang dan dua (2) biji Gong. Lagu titir dalam Gendang Jaga-Jaga terdiri dari lima (5) irama, iaitu gendang perang, gendang raja lalu, gendang arak-arakan, gendang alih-alihan tengah, dan gendang alih-alihan hujung. Gendang Jaga-Jaga juga memainkan tiga (3) lagu serunai, iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan liu-liu. Menurut orang tua-tua, antara semua alat-alat Naubat tersebut, Nakara antara yang tertinggi sekali

JURU Laki Awang Haji Johan Areffen menjunjung anugeraha sebelum mengusung Nakara di atas kepalanya untuk meletakkan Nakara ke tempat asal.

JURU Laki Awang Haji Johan Areffen semasa mengangkat dan mengusung Nakara di atas kepalanya lalu berjalan membelah majlis menuju ke tempat yang dikhaskan.

TEMBAKAN meriam sebanyak 21 das mengiringi setelah Nakara dititir, gualan Gendang Labek, tiupan Serunai, pukulan Agong dan Chanang. Tiap-tiap Titir diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

kedudukannya, diletakkan ditempat yang tinggi daripada alat-alat Naubat lain dan membawanya pula diusung di atas kepala oleh guru (penjual Nakara atau Ketua Pengendang), sementara tempat menyimpannya juga diistimewakan daripada yang lain, iaitu diletakkan di atas kaban (peti) Mahkota. Dikatakan juga sahap Nakara ini dibuat daripada kulit Tuma (Sejenis binatang ganjil). Alat-alat Naubat yang ada ini dikatakan semuanya diwarisi oleh Sultan-Sultan Brunei turun temurun. Apabila sesuatu istiadat khas yang memerlukan Gendang jaga-jaga diadakan, maka sebagai menandakan istiadat itu dimulakan, Gendang Jaga-Jaga akan dibuka dengan rasminya dalam satu istiadat yang diadakan di Lapau atau ditempat yang disifatkan sedemikian dan diiringi dengan tembakan meriam kebesaran diraja sebanyak 21 das, kemudian diikuti pula dengan pemasangan perhiasan diraja. Jika Gendang Jaga-Jaga dikurniakan kepada seseorang yang dimaksudkan, sekali lagi diadakan pembukaan rasminya dirumah atau tempat kediaman orang yang dikurnai diikuti dengan tembakan meriam kebesaran diraja menurut bilangan yang layak kepada yang dikurniakan tersebut diikuti dengan pemasangan perhiasan diraja di kawasan yang bersesuaian. Istiadat ini dinamakan Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga. Setelah sempurna Gendang Jaga-Jaga dibuka, maka kesempurnaan itu akan disembahkan kepada yang dikurnai. Setelah sempurna istiadat berkenaan, maka Gendang JagaJaga ini akan ditutup dengan satu Istiadat juga yang disebut Istiadat Menutup Gendang Jaga-Jaga atau Istiadat Membaca Doa Selamat sebagai menandakan istiadat tersebut telah sempurna. Dari waktu Gendang Jaga-Jaga dibuka hingga Gendang Jaga-Jaga ditutup, dinamakan musim istiadat. Maka dalam musim tersebut Gendang Jaga-Jaga ini akan dititirkan (dilagukan) menurut peraturannya pada waktu yang

ANTARA alat-alat kebesaran diraja yang digunakan semasa majlis beristiadat.

ALAT-ALAT Perhiasan Diraja dipasangkan di atas kedua-dua Pemajangan, sebaik sahaja dilepaskan tembakan meriam 21 das dalam Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

ditetapkan untuk menandakan pada masa itu ialah musim istiadat. Istiadat yang memerlukan Gendang Jaga-Jaga, seperti Istiadat Berpuspa, Istiadat Memasyhurkan Pengiran Muda Mahkota, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Mengurniakan Gelaran (Istiadat Mengarak Wazir), Istiadat Berkhatan Putera Diraja, Istiadat Berkhatan dan Bertindik Puteri Diraja, Istiadat Meluaran dan seumpamanya. Gendang Jaga-Jaga yang

digunakan dalam Majlis BerjagaJaga Diraja ini adalah dikhaskan untuk Sultan, tetapi jika dengan perkenan baginda,alat kebesaran ini boleh juga dikurniakan kepada keluarga Diraja atau Pengiran yang akan diarak menjadi Pengiran Perdana Wazir atau Wazir. Selepas selesai Istiadat Membuka Gendang Jaga, pada masa itu juga pemasangan perhiasan yang digunakan untuk istiadat itu mula dipasang di Pemajangan serta di tempat yang ditentukan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei Rabu 8 April 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu