Pelita Brunei - Rabu 6 SEPT 2017

Page 1

''BETA suka mengingatkan, bahawa perbuatan menghina Nabi atau menghina ugama dalam apa pun bentuknya adalah tidak akan ada titik noktahnya selama mana ada matahari dan bulan. Tinggal sahaja, kita amat perlu waspada dan bijaksana menghadapinya. Kita umat Islam tidak usahlah hilang punca, tetapi yang penting, suburkan ilmu ugama di dada dan mintalah kepada Allah supaya Dia menetapkan iman, agar kita tidak terpedaya dengan agenda-agenda jahat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.'' - Titah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-7 Tahun 2012.

''WAHAI orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu : lapangkanlah tempat duduk di majlis-majlis (untuk orang lain), maka lapangkanlah, nescaya Allah memberi kelapangan untuk kamu. Dan apabila dikatakan : berdirilah, hendaklah kau berdiri, nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11).

4.46

TAHUN 62 / BILANGAN 107

4.56

6.13

6 SEPTEMBER 2017 / 1438

6.35

12.20

14

3.23

6.24

7.34

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap TYT Wang Jiarui Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Naib Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Tuan Yang Terutama Wang Jiarui yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Naib Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Tuan Yang Terutama Wang Jiarui yang mengadakan lawatan ke negara ini selama empat hari. Semasa Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Wang Jiarui berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau. Menyertai bersama TYT Wang Jiarui pada Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian. Juga hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Barigakan maklumat Sambutan Jubli Emas jelas dan betul Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

29 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 September. - Dalam usaha membarigakan Sambutan Jubli Emas, Jawatankuasa Media berperanan penting memastikan penyaluran maklumat yang jelas dan betul untuk menangani masalah penyebaran maklumat kurang tepat yang mungkin akan mendatangkan persepsi negatif dan mengelirukan orang ramai sepertimana yang telah diviralkan di sana sini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Perdana Menteri (JPM) bersabda menekankan perkara tersebut pada Mesyuarat Kelima Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Bangunan JPM. Walau bagaimanapun, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yakin bahawa pihak-pihak yang berkaitan akan berupaya untuk menanganinya agar tidak terus menular. DYTM seterusnya bersabda menasihatkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menangani perkara yang perlu diperbaiki dengan sebaiknya hasil daripada latihanlatihan dan raptai yang telah dikendalikan. Ke muka 3

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 3

Muka 5

BERANGKAT ke Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas

JMK, RB dan Mulaut Abbatoir adakan Majlis Ibadah Korban

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.