Pelita Brunei - Rabu 2 Ogos 2017

Page 6

6

NASIONAL

HARI RABU 2 OGOS 2017

Sistem Smart Q dilancarkan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Dari muka 1

"Sistem ini membolehkan orang ramai merancang dan seterusnya menempah slot queue pendaftaran kad pengenalan lebih awal mengikut tarikh dan masa

yang sesuai mengikut keperluan pemohon. "Ini setentunya akan memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan di jabatan ini khususnya bagi permohonan pendaftaran Kad

Pengenalan tanpa lagi perlu menghadapi masalah menunggu giliran yang lama dan kekecewaan kerana tidak memperoleh nombor giliran," jelas beliau lagi. Sistem tersebut merupakan projek usaha sama yang dikendalikan oleh JIPK bersama dengan Syarikat Rhymin & Partners yang juga merupakan pemenang hadiah perak Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam

Tahun 2016 bagi Kategori Kertas Cadangan. Projek tersebut dibuat secara rintis bagi tempoh selama tiga bulan dan ia dijangka akan dapat dilaratkan ke perkhidmatanperkhidmatan lain yang ada

di JIPK secara berperingkatperingkat. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Sistem Smart Q berkenaan, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JIPK melalui www.immigration.gov.bn.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Sistem Smart Q, Bahagian Kad Pengenalan. ANTARA pegawai yang hadir pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Sistem Smart Q, Bahagian Kad Pengenalan.

Tinjau perusahaan pertanian dan perikanan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara semasa mengadakan Lawatan ke Tapak-Tapak Perusahaan Pertanian dan Perikanan KSSUP ke Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong (kiri dan kanan).

WASAN, Isnin, 31 Julai. Tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan di bawah kawalan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) terus mendapat perhatian rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang mengadakan program lawatan kerja di Daerah Brunei dan Muara dan Tutong. Tumpuan lawatan itu adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai kemajuan peladang dan pengusaha pertanian khususnya di Mukim Gadong 'A' dan Pengkalan Batu serta Mukim Keriam yang dimajukan secara komersial oleh pengusaha-peng usaha berkenaan dalam membantu usaha-usaha ke arah mempelbagai ekonomi negara. Antara Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyertai Program Lawatan ke Tapak-Tapak

Perusahaan Pertanian dan Perikanan KSSUP ke Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Hamid bin Bakal, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit

bin Haji Nudin, Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Awang Haji Johari @Jahari, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong. Lawatan rombongan AhliAhli MMN bermula di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Tungku iaitu kawasan yang ditawarkan bagi Projek Pelaburan Langsung Asing, Request for Proposal (RFP) dan projek rintis dengan mengetengahkan teknologi tinggi dalam peladangan. Lawatan dimulakan di rumah hijau berteknologi tinggi yang diusahakan oleh Syarikat K.N Nursery (B) Sdn. Bhd. bagi pengeluaran bunga orkid, tanaman hiasan, sayur-sayuran dan tanaman herba bernilai tinggi.

Lawatan diteruskan ke Syarikat Sinar Tenaga Sdn. Bhd. yang baharu mengusahakan kawasan ladang di Site A1 seluas 5 hektar dan Site B seluas 40 hektar di KKP Tungku sebagai projek rintis. Syarikat ini baru sahaja memajukan tapak-tapak berkenaan pada awal tahun 2017 ini dengan aktiviti pertanian berteknologi tinggi dan mesra alam bagi menghasilkan tanaman sayursayuran dan buah-buahan yang bernilai tinggi seperti Peria Putih, Tomato, Golden Fruit (Abi'u) dan Rock Melon. Seterusnya, Ahli-Ahli MMN dibawa melawat ke tapak semaian padi secara moden yang diusahakan oleh Syarikat Chantika Sdn. Bhd. di KKP Limpaki. Untuk mengetahui proses pengisaran padi tempatan, rombongan telah dibawa melawat ke Pusat Pemprosesan Padi dan

Beras di KKP Wasan. Ahli-Ahli MMN juga seterusnya dibawa meninjau perkembangan tanaman padi di KKP Wasan dan sekitarnya. Bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi dengan kemajuan industri ternakan berteknologi tinggi di negara ini, Ahli-Ahli MMN seterusnya dibawa melawat ke Syarikat Maya Breeder Farm, di KKP Sungai Tajau. Ahli-Ahli MMN seterusnya dibawa meninjau kemajuan ladang-ladang pertanian di KKP Sinaut, Daerah Tutong. Lawatan ditumpukan kepada Syarikat Eco Nadi Agrobiz yang telah ditawarkan sebuah kawasan seluas 4.40 hektar bagi mengendalikan projek rintis penghasilkan tanaman sayur-sayuran secara komersial. Lawatan diteruskan lagi ke Tapak Industri Ternakan Udang di kawasan Sungai Penyatang, Daerah Tutong, yang diusahakan oleh Syarikat Golden Corporation Sdn. Bhd. yang dijangka akan dapat menghasilkan sehingga 7,350 tan metrik udang setahun bernilai kira-kira BND62 juta menjelang tahun 2020 nanti dengan menghasilkan sendiri benih udang jenis Rostris. Lawatan berakhir di Tapak Industri di Serambangun, Daerah Tutong yang mana Syarikat Golden Corporation Sdn. Bhd. juga mempunyai kilang pemprosesan makanan laut seluas 2.5 hektar. Program lawatan kerja Ahli-Ahli MMN akan disambung lagi pada hari Rabu, 2 Ogos 2017 ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan di Daerah Belait pula.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.