8
NASIONAL
HARI RABU 26 NOVEMBER 2014
Para pelatih PKBN diraikan di Majlis Khatam Al-Qur'an Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali TANAH JAMBU, Ahad, 23 November. - Seramai 71 pelatih terdiri daripada 55 lelaki dan 16 perempuan yang menamatkan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ketiga diraikan pada Majlis Khatam
Al-Qur’an di Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia (PPB), di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya mengepalai bacaan Surah Al Faatihah di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih perempuan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang khatam.
Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. Sejurus itu, disusuli dengan bacaan Khatam Al-Qur’an bermula dari Surah Ad-Dhuaa hingga An-Nas yang dibacakan beramai-ramai oleh para pelatih berkenaan. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh para pelatih PKBN Pengambilan Ketiga, 10449 Awang Mahmud Wafiuddin Zhafir bin Mohd. Isa dan 10458 Awang Mohammad Zulhadri bin Omarali. Pada majlis tersebut diserikan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam yang diketuai oleh Awang Muhd. Taufik bin Haji Noor Hamizan dan seterusnya menabur bunga rampai kepada para pelatih yang diraikan. PKBN ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, bersatu padu, cekal, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan memperkukuhkan ketahanan nasional. Dari itu, Bahagian Khidmat Bakti
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyampaikan sijil kepada seorang pelatih PKBN yang khatam.
Negara masih lagi membukakan peluang kepada rakyat dan penduduk tetap negara yang berumur di antara 16 hingga 21 tahun, untuk menyertai PKBN Pengambilan Keempat. Borang-borang bolehlah diperolehi dan lengkap diisi dengan pemeriksaan kesihatan hendaklah dikembalikan
sebelum 6 Disember 2014 di Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara, Simpang 32-15, Blok Kerajaan Anggerik Desa, Berakas Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja atau menghubungi talian 2340033 dan 2340045 untuk maklumat lebih lanjut.
PARA pelatih PKBN Pengambilan Ketiga yang khatam Al-Qur'an.
Pelatih PKBN Pengambilan Ke-3 adakan Hari Terbuka Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 November. - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan Hari Terbuka PKBN Pengambilan Ke-3 di Padang Kawad Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Acara kawad padang yang dipersembahkan oleh para pelatihpelatih pengambilan ketiga dengan mengandungi beberapa acara iaitu Bacaan Ayat / Surah Al-Qur’an, Kawad, Seni Pertahanan Diri, Latihan Jasmani, Sorak PKBN dan Lagu Sedia Berbakti. Pada acara tersebut para ibu bapa,
ANTARA aksi gimnastik yang ditunjukkan oleh pelatih PKBN semasa Hari Terbuka PKBN Pengambilan Ketiga.
penjaga dan ahli keluarga secara langsung berpeluang menyaksikan hasil pencapaian para pelatih setelah mengikuti PKBN selama tiga bulan penuh. Mereka juga dibawa meninjau prasarana dan kemudahan yang disediakan seperti blok tempat tinggal, surau, Dewan Kuliah, Pusat Perubatan dan Latihan Merempuh Halangan di kem latihan yang menempatkan para pelatih. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar. Sejumlah 77 pelatih, yang terdiri daripada 59 pelatih lelaki dan 18 pelatih perempuan yang berumur di antara 16-21 tahun telah mendaftar bagi pengambilan ketiga pada 24 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada hari Isnin, 24 November 2014 ini. Program serta aktiviti pembelajaran melalui komponen-komponen yang terkandung di dalam Strategi Pelaksanaan PKBN diharap akan dapat mencapai tujuan dan matlamat bagi membentuk serta melahirkan seorang insan yang cekal dan bertangungjawab; membentuk perwatakan positif dan bersemangat kesukarelaan; dan melahirkan belia yang beriman dan bertakwa ke arah melahirkan Belia Brunei Cemerlang selaras dengan Dasar Belia Negara. Turut hadir pada acara tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad, pegawai kanan dan pegawai dari KKBS.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar hadir selaku tetamu kehormat pada Hari Terbuka PKBN Pengambilan Ke-3 di Padang Kawad Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Mesyuarat Agung PEKIRA Ke-12 pada 29 November 2014 BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 November. - Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-12 Bagi Sesi 2013-2014 pada hari Sabtu, 29 November ini. Mesyuarat akan berlangsung di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, bermula 8.30 pagi. Sehubungan itu, PEKIRA menjemput semua ahli supaya akan dapat hadir pada Mesyuarat Agung tersebut dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara juga dialu-alukan hadir. Menurut Siaran Akhbar PEKIRA, mesyuarat tersebut akan diselajurkan dengan Majlis Bertahlil bagi dua ahli PEKIRA yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8 dan 11 November 2014. Kehadiran semua ahli yang terlibat pada Mesyuarat Agung itu nanti adalah sangat-sangat diharapkan bagi membincangkan tentang kemajuan PEKIRA Negara Brunei Darussalam.