Pelita Brunei - Rabu 20 April 2016

Page 13

NASIONAL

HARI RABU 20 APRIL 2016

13

Adat istiadat adalah warisan Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

PENOLONG Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin (kiri) menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Istiadat Mendukung Keharmonian dan Memangkin Pembangunan' di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 April. - Adat istiadat bermula dari perilaku yang digemari hingga dilakukan berulang-ulang dan menjadi amalan yang diterima oleh kelompok orang serta masyarakat yang kemudiannya diperelokkan juga diperbisaikan sehinggalah menjadi adat yang menunjukkan kemajlisan dan keistiadatannya setelah semakin diperelokkan. Hal itu antara lain dijelaskan oleh Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Adat Istiadat Mendukung Keharmonian dan Memangkin Pembangunan'. Kuliah Khas Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA, Gadong, di sini. Hadir pada kuliah berkenaan ialah Penolong Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Pengiran Dr. Saiful

Bahrin bin Pengiran Haji Kula; pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA serta mahasiswa dan mahasiswi dari Tahun Pertama Semester II bagi Tahun 2015 / 2016 seramai 189 orang.

Adat yang diamalkan adalah warisan daripada datuk nenek sejak dahulu lagi yang bertahan hingga sekarang bagi melambangkan ketamadunan bangsa Melayu Brunei yang tinggi dan terbukti boleh melawan arus zaman seperti istiadat berpuspa, permasyhuran dan istiadat menggelar pembesar diraja. Dengan bersatu padu rakyat dan penduduk negara ini bersedia bernaung di bawah pemerintahan dan kepimpinan seorang raja. Ketaatan berpunca dari rasa hormat, hormat kepada raja juga menjadikan seseorang hormat kepada orang tua, keluarga, ahli masyarakat telah menjadikan hidup saling menghormati dan mewujudkan keharmonian. Adat itu tidak berubah sejak dulu lagi (asli dari dahulu) menunjukkan masyarakat Melayu Brunei itu secara turun-temurun juga bersatu hati dalam mempertahankan adat istiadat yang diamalkan bagi mengikat keharmonian sesama ahli masyarakat Melayu Brunei. Taklimat berkenaan diakhiri dengan sesi soal jawab dan juga penyampaian cenderahati kepada Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Hidop.

PEMANGKU Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar (kanan) selaku tetamu kehormat semasa menyaksikan penyerahan barang Waqaf Tarbiyah.

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

PARA pegawai dan kakitangan UNISSA serta mahasiswa dan mahasiswi hadir menyertai kuliah tersebut.

Amalkan budaya berjimat cermat Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Sabtu, 16 April. - Jabatan Pengajian Islam (JPI) sememangnya mempunyai usaha mencorakkan masa depan anak-anak dengan menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang cara berjimat cermat dan faedah berjimat cermat. Pelajar-pelajar dapat menghayati dan mengamalkan budaya berjimat

Perpustakaan KUPU SB terima sumbangan wakaf

cermat, agar kehidupan mereka kelak akan terjamin untuk kesenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Di samping melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk menjamin masa depan

MURID-MURID Sekolah Ugama Batallion Ke-2 Tutong Kem yang menyertai Program Keagamaan Senegara.

yang lebih cerah. Program Keagamaan Senegara bermula jam 2.00 petang bagi sekolah-sekolah ugama sesi petang seluruh negara. Kali ini tumpuan diadakan di Sekolah Ugama Batallion Ke-2 Tutong Kem, di sini. Antara lain tujuan program diadakan bagi merealisasikan Rancangan Strategik JPI, iaitu meningkatkan peratus pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah Arab dan ugama. Terdahulu, program bermula dengan tazkirah 'Berjimat Cermat Amalan Mulia' yang disampaikan oleh Guru Sekolah Ugama Batallion Ke-2 Tutong Kem, Awang Noradie Azmi bin Daud yang antara lain menyentuh mengenai faedah berjimat cermat. Jelasnya berjimat dapat melatih diri dari melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung jelasnya, jika seseorang selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah 'sedikitsedikit, lama-lama jadi bukit'. Tambahnya, wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkaraperkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading. Sejurus selepas tazkirah, pelajarpelajar sekolah berkenaan beramairamai membaca Surah Al-Fatihah

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 April. - Apabila mati anak Adam akan terputuslah amalanya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Wakaf merupakan amal jariah yang sangat digalakkan bagi umat Islam untuk melaksanakannya, dengan niat mendapatkan keredaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis Penyerahan Wakaf berkenaan telah diadakan di Bilik Taqwa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini. Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyaksikan penyerahan ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. Wakaf berkenaan diserahkan oleh Pengerusi Projek Kokurikulum Wakaf Tarbiyah, Dayang Rafidah binti Haji Duraman kepada Dekan Fakulti Syariah dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dana Wakaf Tarbiyah KUPU SB, Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh. Sebanyak 22 harta wakaf didermakan untuk disumbangkan antaranya kerusi kerja, buku, printer, telekung, selipar, digital wireless microphone dan lain-lain. Sumbangan bahan-bahan tersebut diharapkan akan memberikan manfaat dan dapat dijadikan bahan rujukan dalam pengajian Islam yang sudah setentunya sangat berguna untuk rujukan para pelajar dan tenaga akademik KUPU SB serta juga orang ramai yang menggunakan Perpustakaan KUPU SB. Antara objektif Projek Kokurikulum Wakaf Tarbiyah ini diadakan adalah untuk membarigakan dan memberikan kesedaran tentang kepentingan wakaf kepada warga di KUPU SB, ahli keluarga dan rakan sebaya juga untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dengan sama-sama mengejar ganjaran pahala di akhirat kelak melalui amal jariah wakaf.

PROGRAM Keagamaan Senegara yang diadakan di Sekolah Ugama Batallion Ke-2 Tutong Kem.

dan selawat-selawat ke atas nabi dan seterusnya bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara

Brunei Darussalam dibacakan oleh salah seorang guru sekolah tersebut.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 20 April 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu