22
RENCANA
HARI RABU 18 MEI 2016
Menambah simpanan, melindungi masa depan Disediakan oleh: Autoriti Monetari Brunei Darussalam
D
ENGAN keadaan ekonomi pada masa ini, rakyat Negara Brunei Darussalam digesa untuk merancang wang dengan lebih baik iaitu dengan mengurangkan berbelanja dan menyimpan lebih untuk hari-hari yang memerlukan. Faedah simpanan telah dijelaskan di dalam artikel sempena Hari Menabung Kebangsaan 2016 yang dikeluarkan sebelum ini, Salah satu cara untuk menyalurkan simpanan awda adalah melalui insurans nyawa atau takaful keluarga, yang menawarkan perlindungan dan cara yang berdisiplin untuk menyimpan secara tetap. Terdapat banyak perkara yang boleh dirancang dan boleh diaturkan simpanan untuknya seperti hasrat untuk mengerjakan haji, perbelanjaan untuk perkahwinan awda atau anak-anak awda, perbelanjaan pendidikan anak-anak awda ataupun untuk membeli kenderaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kejadian yang tidak
diduga yang boleh berlaku seperti kehilangan pekerjaan, penyakit atau kematian pencari nafkah keluarga yang boleh menjejaskan kewangan dan gaya hidup awda. Pada ketika inilah insurans dan takaful boleh membantu memberikan perlindungan kewangan kepada awda dan keluarga awda. Apakah insurans nyawa / takaful keluarga? Secara am, insurans dan takaful adalah berkaitan dengan pengurusan risiko yang boleh memberikan awda perlindungan kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini dengan bayaran. Insurans nyawa dan takaful keluarga akan memberikan pampasan kepada pemegang polisi ataupun pewarisnya jika pemegang polisi jatuh sakit, menjadi kurang upaya atau meninggal dunia. Insurans nyawa dan takaful keluarga boleh membantu untuk merancang kewangan awda dengan cara berikut: Bagi Penjagaan Atau Perlindungan Terhadap Kematian
RAJAH 2: Ciri-ciri asas pelan simpanan.
Dan Kehilangan Upaya Kekal Contoh: bagi memastikan sesebuah keluarga mempunyai wang tunai dan pendapatan setelah kematian pencari nafkah keluarga; atau untuk memastikan mereka mempunyai pendapatan lebih ketika awda kurang upaya bekerja kerana sakit teruk atau mendapat kemalangan. Bagi rancangan persaraan, simpanan dan pelaburan Contoh: membuat simpanan bagi pendidikan anak-anak awda; atau simpanan bagi persaraan. Pelan Simpanan Insurans Nyawa / Takaful Keluarga Terdapat beberapa jenis pelan simpanan yang boleh awda pilih bergantung kepada tujuan simpanan awda. (Rujuk rajah 1): Beberapa ciri-ciri asas pelan simpanan adalah seperti yang diterangkan pada Rajah 2. Bilakah awda boleh membeli pelan simpanan tersebut? Awda boleh membeli pelan tersebut pada bila-bila masa sahaja. Had umur maksimum tertakluk kepada polisi. Awda dinasihatkan untuk membeli insurans / takaful ketika masih muda dan sihat, bagi mendapatkan premium / sumbangan lebih murah. Adakah pelan simpanan tersebut berpatutan? Bergantung kepada matlamat membuat simpanan awda, ada terdapat beberapa pelan simpanan yang mempunyai premium serendah BND100 sebulan. Tips mengambil pelan simpanan > Bandingkan harga - Dapatkan sebut harga dari beberapa buah syarikat insurans/ takaful, dan buat perbandingan. Jangan segan untuk
mengajukan pelbagai soalan. > Tentukan syarikat insurans/ takaful awda – Jika awda memutuskan untuk membelinya daripada ejen insurans nyawa/ takaful keluarga, pastikan ejen tersebut berdaftar, dan mempunyai reputasi yang baik serta awda berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Pilih dengan teliti - Senaraikan keperluan perlindungan awda, dan pilih polisi yang sesuai dengan keperluan awda. Pastikan jumlah wang yang awda perlukan untuk persaraan awda. Berapakah jumlah wang yang awda peruntukkan untuk keluarga awda? > Tanya tentang perkara yang dilindungi atau tidak dilindungi dalam polisi awda. Sebelum menandatangani, pastikan awda mengetahui perkara yang dilindungi dalam polisi awda, dan perkara yang tidak dilindungi. Pastikan ejen tersebut menerangkan sehingga awda berpuas hati. > Semak kos – Awda akan membuat caruman tetap bagi perlindungan awda. > Jujur dengan syarikat insurans/ takaful awda – Berterus-teranglah kerana adalah menjadi tanggungjawab awda untuk memberitahu perkara yang benar semasa membuat permohonan. Jika awda meninggalkan sebarang butiran, berkemungkinan sebarang tuntutan
RAJAH 1: Beberapa jenis pelan simpanan yang boleh awda pilih bergantung kepada tujuan simpanan awda.
pada masa akan datang akan ditolak. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada butiran peribadi awda, maklumkan kepada syarikat insurans / takaful awda untuk pengemaskinian. > Simpan dokumen awda di tempat yang selamat. Beritahu keluarga atau kawan atau peguam awda mengenai tempat simpanan dokumen polisi awda. Pastikan mereka maklumkan kepada ejen awda dengan segera jika berlaku sesuatu. Maklumkan syarikat insurans / takaful awda jika polisi awda hilang atau rosak. > Bayar tepat pada masanya – Pastikan awda membayar premium tepat pada masa yang telah ditentukan bagi mengelakkan polisi awda luput Perlu diketahui… Apabila awda memilih pelan insurans / takaful, sentiasalah: . Mempertimbangkan polisi yang sesuai dengan peringkat kehidupan awda. Faktor-faktor seperti status perkahwinan, jumlah tanggungan dan kos kehidupan, keperluan pendidikan masa depan, pendapatan keluarga semasa dan masa depan, dan aset semasa awda dan kewajipan membayar hutang; sebahagian atau semua faktor tersebut memainkan peranan dalam menentukan jumlah pelan simpanan yang sesuai untuk awda. . Memahami manfaat dan perlindungan yang diberikan dalam polisi berkenaan . Menyedari mengenai keadaan sekiranya awda perlu menukar polisi Ejen insurans / takaful awda akan membantu awda mengenal pasti dan menganalisa keperluan awda dan akan mensyorkan strategi simpanan dan pelan yang terbaik untuk awda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Takaful dan Insurans, awda bolehlah memuat turun “My Takaful and Insurance Book”, daripada www.ambd.gov.bn atau mendapatkan salinan percuma di Tingkat 7, Autoriti Monetari Brunei Darussalam, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, BB3910. Awda juga boleh memuat turun aplikasi telefon pintar AMBD bagi mendapatkan senarai pengendali-pengendali Takaful dan syarikat insurans yang berdaftar.