Pelita Brunei - Rabu 18 Feb 2015

Page 12

12

AGAMA

HARI RABU 18 FEBRUARI 2015

Majlis Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Februari. - Dalam sama-sama memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala, Institut Pendidikan Tinggi (IPT) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan yang juga selaku Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pro Canselor Institut Teknologi Brunei Ke-41 Tahun. Majlis yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) di sini dimulakan dengan Sembahyang

Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Khusus yang dipimpin oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammad Hussin bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Ismail; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan pegawaipegawai Kementerian Pendidikan.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Februari. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Jeneral ABDB Ke-41 Tahun. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah

Garison itu ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah. Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Berjemaah dan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Awang Shuib bin Abdullah. Majlis juga diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Acara seumpamanya turut diadakan di seluruh Kem dan Garison ABDB.

PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd. Noor semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ke-41 Tahun di Surau Ibu Pejabat Polis.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Februari. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini.

Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah diputerakan pada 17 Februari 1974 dan diperkenankan dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis pada 5 Mei 2005. Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri

Awang Bahrin bin Mohd Noor. Juga hadir ialah pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawaipegawai pemerintah Daerah Polis, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai polis dan anggota PDB. Terdahulu, Majlis Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Ke-41 Tahun itu

dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Surau berkenaan, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh imam surau berkenaan. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 18 Feb 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu